Flipbook.

Thursday, December 31, 2009

Thursday, December 17, 2009

NILAM-Nadi Ilmu Amalan Membaca


1.0 PENGENALAN
Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) merupakan penggabungan atau adunan kesemua aktiviti galakan membaca yang dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan.NILAM adalah usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina tabiat membaca di kalangan murid dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang cintakan budaya membaca dan budaya ilmu. Program NILAM telah dimulakan dengan Tahun 1 dan Tingkatan 1 pada tahun 1999. Penilaian pembacan mereka diteruskan mereka tamat persekolahan.
2.0 MATLAMAT
Satu strategi untuk menanam minat membaca di kalangan warga SK Bangsar khususnya murid sehingga wujudnya tabiat dan budaya membaca di kalangan warga SK Bangsar.
3.0 OBJEKTIF
1. Menjadikan murid banyak membaca ( semua bidang , bahan berkualiti dan bukan sahaja pembacaan yang berorientasikan peperiksaan)
2. Menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca dikalangan warga sekolah.
4.0 PELAKSANAAN
1. Rekod Bacaan (Buku NILAM)
2. Borang Rekod (penilaian guru)
3. Pengiktirafan (ganjaran mengikut tahap )
5.0 TAHAP PELAKSANAAN DAN PENCAPAIAN NILAM
Pelaksanaan Program NILAM ini dibahagikan kepada dua tahap:
1. Tahap Jauhari - murid membaca banyak buku dan direkodkan (Buku NILAM)
2. Rakan Pembaca - murid sudah membaca 100 buku dan jalankan aktiviti pembacaan
5.1 NILAM TAHAP JAUHARI
Murid-murid wajib melibatkan diri dengan banyak membaca sebaik sahaja mereka tahu membaca dan mula belajar (Pertengahan Tahun dalam Tahun Satu).
Pengiktirafan Tahap Jauhari
90 - 179 buku - Gangsa
180 - 269 buku - Perak
270 - 359 buku - Emas
360 buku ke atas - NILAM (permata)
5.2 NILAM RAKAN PEMBACA
1. Kebolehan murid membimbing dan menarik minat orang lain supaya suka membaca. Aktiviti Tahap Jauhari diteruskan.
2. Guru Kelas Efektif dilantik sebagai Guru Pembimbing Rakan Pembaca mengikut Aliran.
3. Murid akan memilih dan meminjam buku dari PSS atau sumber lain untuk dibaca dan seterusnya meminjamkan buku tersebut kepada rakan-rakan, keluarga dan jiran.
4. Pengiraan markah bagi Tahap RP berdasarkan aktiviti yang dijalankan ialah bercerita, membaca bersama, bicara buku, meminjambuku, syarahan, lakonan dan diskusi.
Contoh Pengiraan Rakan Pembaca
Bil Aktiviti Pendengar Markah
1. Bercerita 1sesi x 20 pendengar 5
2. Bicara buku 1 sesi x 3 pendengar 3
3. Lakonan 1 sesi x 40 pengengar 5
Jumlah 13

6.0 HADIAH
Pertandingan “Program NILAM 2010”
i. Pembaca Terbanyak mengikut Aliran (Jan– Oktober 2010) Tempat 1, 2 dan 3
ii. Kelas yang paling banyak membaca mengikut Aliran ( Januari—Oktober 2010) Tempat 1,2 dan 3
iii. Keseluruhan Pembaca Terbanyak 2010 Tahap 1 dan 2
Tempat 1,2 dan 3
iv. Keseluruhan Kelas Terbanyak Membaca 2010 Tahap 1 dan 2 (Tempat 1,2 dan 3)
v Rakan Pembaca Keseluruhan Tahap 1 dan 2 (markah terbanyak) Tempat 1, 2 dan 3
Tempat 1,2, dan 3®Rakan Pembaca Tahap 1 dan 2 (Markah terbanyak keseluruhan) Tempat 1,2,3

7.0 STRATEGI MENJALANKAN AKTIVITI DAN MASA PELAKSANAAN

1. Dua waktu membaca di perpustakaan dimuatkan dalam jadual kelas mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris atau bawa buku ke dalam kelas.
2. Gunakan masa waktu di PSS untuk menjalankan aktiviti ‘info-hunt’ (murid cari maklumat daripada bahan bacaan di PSS).
3. Gunakan 10-15 minit semasa P&P untuk membaca teks tentang sesuatu tajuk pelajaran dan catat sedikit nota ke dalam rekod, laporan penuh direkodkan hanya apabila habis satu buku yang dikongsi dalam kelas (rizzo/ berapa helai seminggu atau tulis di whiteboard)
4. Gunakan 10-15 minit untuk membaca dengan kuat dalam P&P terutamanya dalam pelajaran B.I,BM, Bahasa Arab,agama atau satu aktiviti formal
5. Mata pelajaran lain seperti Kajian Tempatan, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan galakkan tugasan folio dan catatkan ringkasan tentang buku rujukan untuk tugasan.
6. Galakkan murid membaca pada waktu senggang di sekolah dan rumah.
CONTOH AKTIVITI MEMBACA
Ø Resensi Buku Baru (tajuk/ diskusi tentang tema dll)
Ø Ulasan buku (secara menulis/lisan)
Ø Pameran bertema
Ø Sudut Bacaan Kelas
8.0 PERANAN KETUA PANITIA
1. Membantu pihak sekolah dalam pemilihan bahan bacaan untuk murid.
2. Merancang dan menyelaras aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang boleh menjurus ke arah pembacaan berkualliti.
3. Membuat perancangan, anggaran perbelanjaan Program NILAM bersama Penyelaras NILAM.
4. Memantau pelaksanaan Program NILAM.
5. Menyemak dan mengesahkan rekod bacaan murid.
9.0 PERANAN GURU KELAS
1. Menyediakan sudut bacaan di kelas masing-masing.
2. Mengalakkan murid-murid mengikuti aktiviti Program NILAM secara aktif.
3. Menyemak dan mengesahkan rekod bacaan murid.
4. Merekod bilangan buku yang dibaca ke dalam borang data NILAM.
5. Membantu pelaksanaan Program NILAM mengikut perancangan.
6. Menyerahkan data NILAM kepada Guru Data NILAM (Guru Kelas Efektif) setiap hujung bulan.
7. Mengenal pasti murid yang layak ke tahap Rakan Pembaca kepada Guru Pembimbing Rakan Pembaca(Guru Kelas Efektif setiap aliran)
10.0 PENUTUP
Program ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua warga SK Bangsar dan seterusnya dapat meningkatkan ilmu pengetahuan yang diperolehi melalui pembacaan serta meningkatkan kecemerlangan akademik murid-murid SK Bangsar.


Renungan

Anda tidak akan berasa penat sekiranya melakukan perkara yang anda suka

Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting bagaimana keadaan kita semasa hidup.

Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama.

Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan & kegagalan sendiri daripada menuding kesalahan kepada pihak lain.

Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan.

Jika anda hanya berbuat baik kepada diri sendiri maka anda sebenarnya tidak pernah membuat kebaikan.

Ke Arah Pusat Sumber Cemerlang SK BANGSAR 2010

1. Kemudahan Fizikal, Peralatan & Bahan
1.1 Lokasi PSS Induk & Bilik Media/BBM- Terletak di tempat yang strategik.
1.2 Susun Atur Bilik/Ruang - Bilik dan ruang mencukupi untuk menampung sekurang-kurangnya 10% enrolmen pelajar(200 murid). Bilik ruang untuk kaunter, pameran, perabot, bahan/rujukan, tayangan, belajar secara individu dan kumpulan, kerja dan lain-lain yang berkaitan.
1.3 Perabot - Kelengkapan perabot yang mencukupi dan memuaskan, termasuk kaunter, rak buku, kerusi, meja, papan maklumat dll.
1.4 Bahan Cetak - Mempunyai pelbagai bahan cetak yang menepati kualiti dan kuantiti. Ini termasuk buku, akhbar, majalah, jurnal, risalah, peta, carta dll.
1.5 Bahan Bukan Cetak - Koleksi pelbagai bahan bukan cetak. Ini termasuk model, globe, transparensi, slaid, kaset audio & video, CD dll.
1.6 Peralatan - Mempunyai peralatan elektronik atau bukan elektronik yang mencukupi. Ini termasuk OHP, pellbagai projektor, radio kaset, TV, VCR, kamera, komputer dll.
1.7 Alat Keselamatan - Mempunyai alat pemadam api, pelan keselamatan, peraturan keselamatan beserta arahan-arahan dan peti kecemasan.
2. Pengurusan dan Pengelolaan
2.1 Struktur Organisasi - Menyediakan dan mempamerkan struktur organisasi PSS yang lengkap. Ini termasuk JK Induk, JK Kerja, JK Panitia Mata pelajaran dan Pengawas Perpustakaan.
2.2 Rancangan Tahunan - Menyediakan rancangan tahunan yang lengkap. Dikemukakan dalam mesyuarat JK kurikulum atau mesyuarat guru supaya semua aktiviti akan dimasukkan dalam takwim sekolah.
2.3 Dokumen dan Rekod - Pengurusan PSS perlu ada pelbagai rekod dan dokumen:
2.3.1 Fail kuasa
1. Peraturan-peraturan
2. Buku stok perolehan
3. Rekod pinjaman
4. Semakan stok dan hapus kira
5. Belanjawan dan perbelanjaan
6. Penyenggaraan
7. Aktiviti dan kajian
8. Pencapaian dan kejayaan
2.3.2 Pengelolaan koleksi – Semua koleksi PSS perlu dikelolakan dengan baik. Ini termasuk indeksing, pengkelasan, pengkatalogan dan automasi. Katalog buku dan bahan bukan buku perlu dipusatkan (centralised) bagi memudahkan pengguna.
2.3.3 Pengelolaan perabot, kelengkapan serta peralatan perlu direkod dan dikelolakan dengan baik.
2.4 Keceriaan - Keadaan dalam dan luar PSS perlu kemas dan ceria untuk menarik minat pengunjung.
2.5 Penglibatan Warga Sekolah dan Komuniti - Penglibatan warga sekolah dan komuniti dalam membantu dan menyokong pengurusan dan pengelolaan PSS.
3. Penggunaan PSS
3.1 Waktu Operasi - Setiap sekolah perlu memperuntukan waktu yang sesuai untuk pengguna berkunjung ke PSS.
3.2 Jadual Waktu - Jadual waktu lengkap tentang penggunaan PSS perlu disediakan dan dipamerkan di tempat-tempat yang mudah dibaca oleh pengguna.
3.3 Urusan Pinjaman - Semua urusan pinjaman yang melibatkan guru dan pelajar perlu diurus dengan sempurna dan direkodkan. Ia meliputi pinjaman secara individu juga kelompok.
3.4 Penggunaan TVP - Penggunaan TVP secara `on-air’ atau `off-air’ perlu digalakkan. Sediakan jadual waktu khas dan rekodkan penggunaannya.
3.5 Pameran - Menganjurkan aktiviri pameran dari masa ke masa mengikut tema tertentu.
3.6 Aktiviti Galakan - Menjalankan pelbagai aktiviti galakan untuk menarik pengguna datang ke PSS.
3.7 Pembelajaran Kendiri - Perlu disediakan ruang/sudut pembelajaran kendiri. Rekod penggunaannya perlu disediakan dengan sempurna.
3.8 Bahan Promosi/Publisiti - Mengadakan pelbagai bahan promosi untuk menggalak pengguna seperti sesi orientasi, ceramah buku , penerbitan brosur dan senarai bahan baru.
3.9 Kemahiran Maklumat - Mengadakan latihan, kursus atau bengkel kemahiran maklumat dan IT kepada pelajar dan guru-guru dari masa ke masa.
3.10 Menghasilkan Bahan dan Perisian - Sentiasa memberi kemudahan kepada pelajar dan guru untuk menghasilkan bahan dan perisian untuk membantu proses P & P.
4. Program NILAM
4.1 Pengurusan Program- Program perlu diurus dengan sistematik. Adanya Jawatankuasa, senarai dan pembahagian tugas.
4.2 Pelaksanaan Tugas - Semua pelajar terlibat.
4.3 Dokumen dan Rekod - Rekod pengguna diurus dengan baik. Ini termasuklah rekod pelajar; rekod guru matapelajaran khususnya matapelajaran BM dan BI; rekod guru kelas dan tingkatan; dan rekod sekolah. Rekod-rekod ini diketahui oleh masyarakat sekolah.
4.4 Pencapaian - Perlu ada beberapa peratus pelajar mencapai tahap Jauhari dan Rakan Pembaca.
4.5 Pengiktirafan- Pengiktirafan pencapaian semua pelajar direkodkan ke dalam buku rekod pelajar dan adanya system pengiktirafan yang formal. Contohnya, dengan mengeluarkan sijil.
5. Program Peningkatan PSS
5.1 Rancangan Pembangunan Jangka Panjang- Setiap PSS sepatutnya mempunyai perancangan jangka panjang yang konkrit dan menyeluruh untuk meningkatkan PSS dalam jangka masa 3 hingga 5 tahun.
6.2 Naiktaraf Kemudahan ICT di PSS - Mempunyai perancangan yang khusus untuk mempertingkatkan kemudahan bilik/ruang, peralatan, kelengkapan dan koleksi bahan berasaskan ICT terkini bagi menampung keperluan semasa.
6.3 Pengautomasian - Melaksanakan pengurusan dan pengelolaan PSS secara elektronik.
6.4 Kewangan Melaksanakan pelbagai aktiviti secara berterusan untu menambah sumber kewangan.
6.5 Kewangan PSS - Menggunakan sumber kewangan yang diperoleh dengan sebaik mungkin untuk mempertingkatkan PSS. Rekod penggunaan perlu disediakan dengan sempurna.
6.6 Latihan Kemahiran - Merancang dan melaksanakan program latihan, khususnya yang berkaitan dengan teknologi terkini untuk mempertingkatkan pengurusan dan penggunaan PSS.
6.7 Penilaian dan Kajian - Untuk meningkatkan mutu pengurusan dan penggunaan PSS, penilaian dan kajian keperluan perlu dijalankan secara berterusan.
7. Jadikan PSS Cemerlang 2010, 2011 dan 2012 sebagai contoh kerana semua PSS yang berjaya telah menunjukkan ciri-ciri positif seperti berikut:
1. Sekolah dilihat Sebagai Satu Keluarga. Apa jua program yang diadakan pasti semua akan terlibat secara ‘total’ – dari Guru Besar hinggalah kepada guru-guru, kakitangan sokongan dan ibubapa.
2. Guru Besar Berfikiran Terbuka - sentiasa bersedia dan mahu menerima idea baru/luar semata-mata untuk kecemerlangan sekolahnya.
3. Mempunyai Perancangan Strategik.
4. Memahami Konsep, Peranan dan Fungsi PSS.
5. Menjadikan PSS payung kepada segala aktiviti pemerolehan, penghasilan dan penggunaan sumber.
6. Penglibatan panitia matapelajaran dalam Jawatankuasa PSS secara langsung mempertingkatkan penggunaan PSS dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
7. Mengadakan pelbagai program bagi memastikan PSS digunakan ke peringkat optimum.
8. Tempat dan ruang yang ada digunakan sepenuhnya bagi menjana pemikiran aktif dan kreatif pelajar.
9. Kekurangan yang ada tidak dilihat sebagai masalah, tetapi sebagai cabaran dan lantas menjadi lebih kreatif dan inovatif.
10. Perkembangan dan kemudahan teknologi baru digunakan sepenuhnya samada untuk automasi PSS mahupun membina perisian dan mewujudkan laman web.
11. Kehadiran kemudahan dan sumber teknologi terkini seperti CD-ROM dan INTERNET tidak menjejaskan penggunaan sumber tradisional seperti carta, pita video dan sebagainya. Malah bahan-bahan tradisi ini tetap diurus, dikelola dengan baik dan digunakan secara optimum.
PELAKSANAAN
Pada dasarnya setiap negeri akan mencalonkan 4 buah PSS Cemerlang peringkat negeri ( satu PSS Rendah Bandar, satu PSS Rendah Luar Bandar, satu PSS Menengah Bandar dan satu PSS menengah Luar Bandar) untuk dipertandingkan ke peringkat kebangsaan.
Penilaian dibuat berasaskan prestasi PSS sepanjang tahun 2009 dan 2010. Namun begitu aspek-aspek berterusan dan kesinambungan tentang pelaksanaan program PSS turut diambilkira dan dipertimbangan.


Skop dan bidang yang ditetapkan dalam penilaian ialah:-
1. Bahagian I – Kemudahan Fizikal, Peralatan dan Bahan (10%)(Lokasi PSS Induk & Bilik Media/BBM, Ruang/ Kemudahan Tambahan, Susunatur Bilik dan Ruang, Perabot dan Kelengkapan, Bahan Cetak, Bahan Bukan Cetak, Peralatan, Alat Keselamatan) 6.1.2
2. Bahagian II – Pengurusan dan Pengelolaan PSS (15%)(Struktur Organisasi, Rancangan Tahunan, Pengurusan Kewangan PSS, Dokumen dan Rekod – Pengurusan PSS, Pengelolaan Koleksi, Pengelolaan Peralatan, Pengelolaan Perabot dan Kelengkapan, Keceriaan, Penglibatan Warga Sekolah dan Komuniti)
3. Bahagian III - Penggunaan PSS (40%) (Waktu operasi PSS, Jadual waktu, Pinjam-Meminjam –Bahan Cetak, Bahan Bukan Cetak, Peralatan, Pinjaman Secara Kelompok, Penggunaan Rancangan TV Pendidikan, Aktiviti Pameran, Aktiviti Galakan, Pembelajaran Kendiri, Bahan Promosi/Publisiti, Kemahiran Maklumat, Penghasilan Bahan dan Perisian)
4. Bahagian IV ­- Program Gerakan Membaca(20%) (Pengurusan Program Gerakan Membaca, Pelaksanaan, Dokumen dan Rekod, Pencapaian, Pengiktirafan)
5. Bahagian V - Program Peningkatan PSS (10%) (Rancangan Pembangunan Jangka Panjang, Naiktaraf Kemudahan ICT di PSS, Pengautomasian, Kewangan PSS, Penggunaan Sumber Kewangan, Latihan Kemahiran, Penilaian dan Kajian)
6. Bahagian VI - Kriteria Khusus (5%) (Ciri Keistimewaan yang tidak termasuk dalam Bahagian I hingga V)
Sektor Perkhidmatan Sumber Pendidikan
Bahagian Teknologi Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia

Salam Maal Hijrah

Selamat menyambut Maal Hijrah kepada warga SK Bangsar. Tidak lupa untuk semua Guru Perpustakaan dan Media di Malaysia....Teruskan perjuangan anda untuk anak bangsa Malaysia...

Wednesday, December 2, 2009

Tuesday, December 1, 2009

Malam Jasamu Dikenang


Malam Jasamu Dikenang
Tarikh : 21 November 2009
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 Malam
Tempat : Dewan Bestari SKB


Ucapan Guru Besar - Tn Haji Nordin Bin Yaman


Jamuan Makan Malam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...