Flipbook.

Sunday, January 31, 2010

Pameran Bertema Hari Wilayah Persekutuan


Pameran Bertema Hari Wilayah Persekutuan


Tarikh : 2 -28 Februari 2010

Tempat : Pusat Sumber Sekolah


Aktiviti :

1. Pameran maklumat mengenai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

2. Pertandingan Mewarna Bendera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

3. Kuiz Pameran

4. Pengunjung bertuah kategori murid dan guru


Maklumat lanjut murid-murid boleh berhubung dengan Cik Norhazalina dan Encik Fakhri


Selangkah anda ke PSS beribu ilmu diperolehi....


Tema Hari Wilayah Persekutuan :


"1Wilayah Persekutuan Maju dan Sejahtera"



Friday, January 29, 2010

PELANCARAN KEMPEN KITAR SEMULA

PELANCARAN KEMPEN KITAR SEMULA

Bersama Yayasan Anak Warisan Alam & Yayasan Salam Malaysia

Tarikh : 6 Februari 2010
Hari : Sabtu
Tempat : Dewan Bestari






Atur cara

7.30 Pagi –P&P berjalan seperti biasa & tayangan video
10.30 Pagi– Bacaan doa
10.35 Pagi– Ucapan wakil Yayasan Anak Warisan Alam.
10.45 Pagi – Ucapan perasmian Tuan Hj.Nordin, Guru Besar SK.Bangsar
11.00 Pagi – Pelancaran kempen Alam Sekitar
11.10 Pagi – Tayangan Klip Video – Earth Song
11.30 Pagi - Pertandingan kutipan barang kitar semula
12.00 tgh – Aktiviti permainan kitar semula & Jualan Amal kitar semula
1.00 petang - Bersurai


Program kitar semula ini merupakan aktiviti kesedaran kepada warga SK Bangsar khususunya murid – murid bagi mendidik kita menyayangi bumi kita dengan melakukan aktiviti kitar semula.
Pelbagai aktiviti yang akan diadakan dan dibantu oleh NGO yang berpengalaman mengendalikan aktiviti bumi hijau di sekolah - sekolah dan komuniti seluruh Malaysia.
Dengan pendedahan seperti ini diharapkan dapat membantu SK Bangsar dan bumi Malaysia umumnya agar terus maju dengan pembangunan lestari.


Fakta kitar semula :
1. Kertas yang dikitar semula dapat mengurangkan 4360 tan sampah sehari. Jumlah ini bersamaan dengan 78000 batang pokok. Bayangkanlah betapa kita dapat memelihara hutan kita dengan mengamalkan kitar semula.

2.Kitar semula dapat mengelakkan pembuangan sisa ke dalam sungai dan laut yang dapat memberi kesan kepada kualiti air dan kehidupan di dalamnya.

3.1 botol kaca yang dikitar semula dapat menjimatkan tenaga yang cukup untuk menyalakan mentol 100 watt selama 4 jam.

4.Kitar semula tin aluminium dapat menjimatkan jumlah tenaga yang mampu menghidupkan televisyen selama 3 jam.

JAWATANKUASA MEDIA 2010

JAWATANKUASA MEDIA 2010

PENASIHAT : TN HJ NORDIN BIN YAMAN
GURU BESAR
PENGERUSI : GPK KURIKULUM
NAIB PENGERUSI 1 : ENCIK MOHD ALI BIN KASMUN
GPK HEM
NAIB PENGERUSI 2 : PN TANMA A/P RAJASEGARAN
PENYELARAS : ENCIK FAKHRI B. MOHD NOR
SETIAUSAHA : PN WAN IZYAN BT WAN MAHADI
AJK : ENCIK ZULKIFLI B. SAAD
ENCIK MOHD BAHRIN B. NORDIN
ENCIK MOHD NORIZI
PN SUZANA BT ABDULLAH
PN ZUHAIDA


Thursday, January 28, 2010

Perkhidmatan Perpustakaan 2010

Pagi – 7.15 – 7.35 (Selasa- Jumaat)

Waktu rehat (Isnin – Jumaat) :

Murid Tahun 1 – 10.10-10.30 pagi

Murid-murid Tahun 5 dan 6 :
10.40 – 11.00 pagi

Murid-murid Sesi Petang (Isnin – Jumaat):
12.00 tengah hari – 1.00 petang

JAWATANKUASA PSS 2010

JAWATANKUASA KERJA PSS 2010
PENASIHAT : TN HJ NORDIN BIN YAMAN
GURU BESAR
PENGERUSI : GPK KURIKULUM
NAIB PENGERUSI 1 : ENCIK ALI BIN KASMUN
GPK HEM
NAIB PENGERUSI 2 : PN TANMA A/P RAJASEGARAN
SETIAUSAHA : CIK NORHAZALINA BINTI HASHIM
NAIB SETIAUSAHA : CIK NOR ASIAH BINTI BIDIN
AJK : ENCIK MOHD NAZIR BIN MAJID
CIK AMIE BT ISMAIL
CIK NORFAZLIAH BT MUHAMAD
CIK KHAIRIATI
CIK NURUL HAYATI BT BAKAR
PN NAFISAH BT YAACOB
ENCIK MANSUR B. KAMIS
PN MAZLIZAWATEY BT. MOHD ZAIN
PN ZALINA BT MOHAMAD

JAWATANKUASA PSS 2010

JAWATANKUASA INDUK PSS 2010
PENGERUSI : TN HJ NORDIN BIN YAMAN
GURU BESAR
NAIB PENGERUSI 1: GPK KURIKULUM
NAIB PENGERUSI 2 : ENCIK ALI BIN KASMUN
GPK HEM
NAIB PENGERUSI 3 : PN TANMA A/P RAGASEGARAN
PENYELIA PETANG
SETIAUSAHA : CIK NORHAZALINA BINTI HASHIM
NAIB SETIAUSAHA : CIK NOR ASIAH BINTI BIDIN
AJK : SEMUA KETUA PANITIA
1. BAHASA MALAYSIA : PN SUZANA BT ABDULLAH
2. BAHASA INGGERIS : PN LALITHA A/P RASALINGAM
3. MATEMATIK : PN NURUL HAYA BT SAMSUDIN
4. SAINS : PN SUZY BINTI MOHAMED
5. PEN. AGAMA ISLAM : ENCIK SABRI B CHE BEDOLAH
6. KEMAHIRAN HIDUP : EN NORDIN B. SAMAD
7. PJK : ENCIK AHMAD FAISAL B. MOHD RAMLI
8. PEN SENI VISUAL : CIK ROSMAIDA BT ARIFFIN
9. PENDIDIKAN MUZIK : PN JASCINTA SHAMMINI A/P GEORGE SAMUEL
10. KAJIAN TEMPATAN : PN RUSLIDAINI AKMA BT IDRIS
11. PENDIDIKAN MORAL : CIK NORHAFIZAH BT AZMAN
12. PEN SIVIK & KEWARGANEGARAAN : PN VIJAYA LUXUMY

Selamat Hari Wilayah 1 Februari 2010




Kuala Lumpur (Jawi: كوالا لومڤور) (KL) atau nama rasminya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merupakan pusat perundangan dan kehakiman di Malaysia. Kuala Lumpur pernah memainkan peranan sebagai pusat pentadbiran Malaysia. Dengan penubuhan Putrajaya pada akhir 1990-an, pusat pentadbiran (eksekutif) telah dipindahkan ke Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kuala Lumpur terletak di pertengahan pantai barat Semenanjung Malaysia. Di Malaysia, Kuala Lumpur umumnya dikenali sebagai KL.
Wilayah Persekutuan merupakan salah satu daripada negeri yang membentuk Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia). Wilayah Persekutuan ditadbir secara langsung oleh kerajaan persekutuan di bawah bidang kuasa Perdana Menteri melalui Kementerian Wilayah Persekutuan. Selain daripada Kuala Lumpur dan Putrajaya, terdapat satu lagi Wilayah Persekutuan iaitu Wilayah Persekutuan Labuan.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur merupakan sebuah pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab mentadbir seluruh Kuala Lumpur dan sekitarnya.


SEJARAH


Sejarah moden Kuala Lumpur bermula pada 1850-an, ketika ketua Melayu Klang, Raja Abdullah, mengupah buruh Cina untuk membuka lombong timah yang baru dan lebih besar. Mereka tiba di kuala Sungai Gombak dan Sungai Klang untuk membuka lombong di Ampang.Sungai Gombak pernah dikenali sebagai Sungai Lumpur, maka nama asal untuk bandar ini ialah "Pengkalan Lumpur", lama-kelamaan diberi nama Kuala Lumpur. Tidak lama kemudian, lombong timah dibuka di Pudu dan Batu.
Lombong-lombong ini berkembang menjadi kawasan perdagangan yang semakin diterima sebagai bandar sempadan. Banyak sekali kemelut yang dialami Kuala Lumpur yang masih muda itu, terutamanya
Perang Saudara Selangor, di samping diserang wabak penyakit, kejadian kebakaran dan banjir.Sekitar 1870-an, Kapitan Cina Kuala Lumpur, Yap Ah Loy menjadi pemimpin yang bertanggungjawab memastikan ketahanan diikuti pertumbuhan sistematik bandar ini. Beliau mula membangunkan Kuala Lumpur dari sebuah tempat kecil yang tidak dikenali menjadi bandar perlombongan yang giat sekali ekonominya.Pada tahun 1880, ibu negeri Selangor berpindah dari Klang ke Kuala Lumpur yang jauh lebih strategik.
Pada tahun 1881, berlakunya malapetaka kebakaran besar disusuli banjir besar, memusnahkan struktur kayu atap bangunan-bangunan Kuala Lumpur. Residen British di Selangor,
Frank Swettenham, bertindak dengan mewajibkan semua bangunan dibina daripada batu-bata dan jubin sahaja.Kebanyakan bangunan batu-bata baru menyerupai rumah kedai di China Selatan, dengan ciri-ciri "kaki lima" dan juga hasil kemahiran pertukangan kayu Cina, maka menyerlahkan seni bina eklektik rumah kedai tersendiri yang biasa terdapat di rantau ini. Pengangkutan ke bandar ini dipermudahkan lagi dengan landasan keretapi. Berikutan kepesatan pembangunan pada 1890-an, maka wujudnya sebuah Lembaga Kebersihan (Sanitary Board). Pada tahun 1896, Kuala Lumpur dipilih sebagai ibu negara Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang baru.

Pelbagai komuniti berlainan keturunan mencari tempat tinggal di merata Kuala Lumpur. Kaum Cina menetap di sekitar pusat perdagangan Medan Pasar (Market Square) di timur Sungai Klang, ke arah Pekan Cina (Jalan Petaling). Kaum Melayu, Chettiar India, dan India Muslim pula menetap di sepanjang Java Street (kini Jalan Tun Perak). Padang yang kini dikenali sebagai Dataran Merdeka, merupakan pusat pejabat pentadbiran British.
Ketika Perang Dunia II, Kuala Lumpur ditawan oleh tentera Jepun pada 11 Januari 1942 dan menguasainya bersama seluruh Tanah Melayu sehingga 15 Oktober 1945, apabila panglima besar Tentera Kawasan Ketujuh Jepun di Singapura dan Tanah Melayu, Seishirō Itagaki, menyerah kalah kepada pentadbir British selepas pengeboman atom Hiroshima dan Nagasaki. Kuala Lumpur meredah zaman peperangan, kejatuhan nilai getah dan timah dan zaman darurat ketika Tanah Melayu berdepan dengan pemberontakan komunis.Pada tahun 1957, Persekutuan Tanah Melayu merdeka dari pemerintahan British.Kuala Lumpur kekal sebagai ibu negara selepas pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.
Kuala Lumpur mencapai status bandaraya pada tahun 1972,menjadikannya penempatan pertama di Malaysia yang dikurniakan status itu sejak mencapai kemerdekaan. Pada 1 Februari 1974, Kuala Lumpur menjadi Wilayah Persekutuan,lalu menyerahkan status ibu negeri Selangor kepada Shah Alam pada tahun 1978.Pada 14 Mei 1990, Kuala Lumpur menyambut 100 tahun kerajaan tempatannya dengan memperkenalkan lagu dan bendera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Pada 1 Februari 2001, Putrajaya diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan dan juga pusat kerajaan persekutuan Malaysia. Fungsi-fungsi pentadbiran dan kehakiman kerajaan beralih dari Kuala Lumpur ke Putrajaya. Namun begitu, Kuala Lumpur masih mengekalkan fungsi perundangan,dan juga kekal sebagai kediaman rasmi Yang di-Pertuan Agong.


Daripada Wikipedia Bahasa Melayu

Friday, January 8, 2010

Gotong-royong

Aktiviti Gotong-royong
Tarikh : 9 Januari 2010 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi- 12.30 tengah hari
Aktiviti :
1. Senamrobik
2. Mengemas, menyusun buku, memproses buku baru

Tuesday, January 5, 2010

Mesyuarat Pengawas Pusat Sumber Kali Pertama 2010

Mesyuarat Pengawas Pusat Sumber Kali Pertama 2010

Tarikh : 5 Januari 2010
Tempat : PSS
Masa : 10.40 pagi

Agenda :
1. Ucapan Penasihat Guru Perpustakaan Cik Norhazalina
2. Pembahagian tugas
3. Rancangan Tahunan 2010
4. Gotong-royong
5. Perkara berbangkit
6. Ucapan Penangguhan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...