SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG PUSAT SUMBER SEKOLAH KEBANGSAAN BANGSAR MENYEMAI DAN MENYUBURKAN ILMU DI MANA JUA

Saturday, March 6, 2010

Laporan Sambutan Maulidur Rasul 2010

Laporan Maulidur Rasul
Peringkat Sekolah
6 Mac 2010 (Sabtu)
8.00 Pagi

Dewan Bestari SK Bangsar

Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah diadakan pada 6 Mac 2010 bertempat di Dewan Bestari. Murid-murid telah berkumpul di dewan dan khemah yang disediakan. Majlis dimulakan dengan kata alu-aluan oleh pengerusi majlis oleh Encik Mohd Nazir B. Majid dan Cik Norhazalina Binti Hashim. Seterusnya bacaan doa telah diketuai oleh Ustaz Ahmad Abd Rahim. Bacaan surah diketuai oleh Ustaz Sabri Che Bedolah selaku Ketua Panitia Pendidikan Agama Islam bersama-sama guru-guru lelaki. Tuan Haji Nordin Guru Besar SK Bangsar telah sudi menyampaikan ucapan.Kemudian murid-murid berselawat dan berarak mengikut kelas dengan membawa sepanduk. Pertandingan sepanduk dan perarakan telah diadili oleh En Ismail B. Ahmad GPK Kokurikulum dan Cik Suzana Bt Abdullah. Tuan Haji Nordin telah menyampaikan hadiah kepada pemenang sepanduk dan perarakan terbaik bagi sesi pagi dan petang.Pemenang bagi sesi pagi tempat pertama Kelas 5 Inovatif, tempat kedua 5 Inisiatif , da tempat ketiga Kelas 6 Proaktif. Manakala bagi sesi petang ialah tempat pertama kelas 4 Dinamik, tempat kedua 4 Inisiatif dan tempat ketiga kelas 3 Inisiatif. Majlis diakhiri dengan selawat dan pengagihan makanan.

Juruacara Sambutan Maulidur Rasul-

En Mohd Nazir B. Majid dan Cik Norhazalina Binti Hashim Bacaan doa oleh Ustaz Ahmad Abd Rahim

Bacaan Surah Yassin


Ucapan Guru Besar - Tuan Haji Nordin Bin Yaman
Perarakan Sambutan Maulidur Rasul

Sepanduk Kelas 6 Proaktif

Pertandingan Sepanduk dan perarakan

Sesi Pagi kelas 5 Inisiatif

No comments:

Post a Comment