Flipbook.

Friday, August 27, 2010

Nuzul Al-Quran


Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran.

Firman Allah: Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya: ”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Oleh; Dr. Samsu Adabi Mamat

Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam

Universiti Kebangsaan Malaysia

Sunday, August 15, 2010

Bunga Kebangsaan


Bunga Raya atau Hibiscus Rosa dipilih sebagai sebagai bunga kebangsaan pada 28 Julai 1960 oleh Perdana Menteri ketika itu YTM AI-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra AI-Haj. Pemilihan tersebut adalah berdasarkan kepada keunikan bunganya yang merah di mana ia melambangkan keteguhan politik dan ekonomi serta sifat keberanian menempuh cabaran.

Bentuk lima kelopak yang terdapat pada bunga raya memberi maksud lima prinsip Rukun Negara. Bunga yang juga dikenali sebagai "Queen Tropical Flowers" ini adalah bunga yang tergolong daripada keluarga Malvaceae yang mempunyai 300 spesis tumbuhan.

Kepelbagaian bunga raya dari segi warna, bentuk dan ukuran menjadi lambang pelbagai bangsa, agama dan kebudayaan yang hidup harmoni di negara tercinta ini. Warna merah pula bermaksud kepelbagaian bunga raya dari segi warna, bentuk dan ukuran menjadi lambang pelbagai bangsa.

Sumber dari http://www.malaysiamerdeka.gov.my/index_bm.php


Saturday, August 14, 2010

Hari Kebangsaan 2010

1 Malaysia Menjana Transformasi

Jalur Gemilang



Bendera Malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.

Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

Semasa sambutan kemerdekaan ke 40, pada 31 Ogos 1997 Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad telah memilih nama Jalur Gemilang bagi bendera Malaysia.

Friday, August 13, 2010

Perkara-perkara berikut akan membatalkan puasa

1. Makan dan minum dengan sengaja walaupun pada nilaian dan kadaran yang sedikit pun,seperti memakan saki baki makanan kecil yang terlekat pada celah gigi dan lain-lain lagi.

2. Muntah dengan sengaja

3. Bersetubuh atau keluar air mani dengan sengaja

4. Keluar darah haid atau nifas

5. Gila (hilang akal)

6. Pitam(termasuk pengsan) atau mabuk sepanjang hari.

7. Merokok disiang hari.(Termasuk menghisap ganja atau dadah)

8. Murtad (keluar dari Islam)

9. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka seperti menyembur pewangi atau menyegar mulut dan sebagainya.Larangan ini tidak termasuk memasukkan air atau udara ke dalam rongga terbuka kerana ingin berwuduk atau melegakan kesakitan dan ketidakselesaan pada rongga(dengan syarat air tersebut tidak diminum atau ditelan dengan sengaja).

Thursday, August 12, 2010

Puasa di Bulan Ramadan

Puasa (bahasa Arab: صوم) secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makan atau minum untuk suatu jangkamasa tertentu.

Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.

Dalil

Firman Allah S.W.T:

" " Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. " - (Surah Al-Baqarah: 183) "

Hadis Rasulullah s.a.w: Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:

" " Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa Puasa (bahasa Arab: صوم) secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makan atau minum untuk suatu jangkamasa tertentu.

Lafaz niat

Lafaz setiap malam. Niat ringkas:

نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.

Lafaz lengkap:

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Sebenarnya bangun untuk bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa.

Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:

Lafaznya:

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya, kita mengikut Imam Malik yang membolehkan berniat untuk sebulan sekali gus.

Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu niatnya:

"Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta'ala".

Waktu berniat

Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.

Hukum puasa

Puasa Wajib

Puasa di bulan Ramadhan merupakan salah satu daripada Rukun Islam. Syariat puasa Ramadhan difardhukan kepada umat Muhammad s.a.w. pada tahun ke-2 Hijrah. Makanya, wajiblah ia dilakukan oleh semua orang Islam.

Puasa Kifarah.

Puasa Nazar.

Puasa Sunat

Hari-hari berikut disunatkan berpuasa bagi umat Islam:

Puasa enam hari pada bulan Syawal

Puasa pada Hari Arafah pada 9 Zulhijjah

Puasa pada Hari Asyura pada 10 Muharam

Puasa pada Hari Isnin dan Khamis

Puasa Haram

Rencana utama: Tempoh haram puasa

Puasa pada Hari Syak pada hari 30 Syaaban

Puasa pada Hari Raya Aidil Fitri pada 1 Syawal

Puasa pada Hari Raya Aidil Adha pada 10 Zulhijjah

Puasa pada Hari Tasyrik pada 11, 12, 13 Zulhijjah

Puasa perempuan haid & Nifas

Puasa sunat seorang perempuan tanpa izin suaminya

Puasa bagi orang yang bimbang berlakunya mudharat ke atas dirinya kerana berpuasa

Puasa untuk orang lain dan yang ghaib serta tidak diniatkan kepada Allah SWT

Syarat wajib puasa

Orang-orang Islam yang memenuhi syarat-syarat di bawah ini diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadhan:

Berakal/waras

Baligh (cukup umur)

Mampu/tidak uzur.

Syarat sah puasa

Manakala syarat puasa itu diterima di dalam Islam (sah) ialah:

Orang Islam

Berakal - tidak sah jika gila atau kanak2 belum mumayyiz

Suci daripada haid dan nifas

Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa, iaitu bukan dalam tempoh haram puasa.

Rukun puasa

Rukun puasa ada dua, iaitu:

Berniat pada malam harinya

Menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari.

Sunat puasa

Perkara-perkara berikut disunatkan ketika berpuasa:

Makan sahur serta melambatkannya

Menyegerakan berbuka dan sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis atau air

Menjamu orang-orang berbuka puasa

Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan.

Perkara yang membatalkan puasa

Manakala perkara-perkara berikut akan membatalkan puasa jika terjadi:

Makan dan minum dengan sengaja walaupun pada nilaian dan kadaran yang sedikit pun,seperti memakan saki baki makanan kecil yang terlekat pada celah gigi dan lain-lain lagi.

Muntah dengan sengaja

Bersetubuh atau keluar air mani dengan sengaja

Keluar darah haid atau nifas

Gila (hilang akal)

Pitam(termasuk pengsan) atau mabuk sepanjang hari.

Merokok disiang hari.(Termasuk menghisap ganja atau dadah)

Murtad (keluar dari Islam)

Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka seperti menyembur pewangi atau menyegar mulut dan sebagainya.Larangan ini tidak termasuk memasukkan air atau udara kedalam rongga terbuka kerana ingin berwuduk atau melegakan kesakitan dan ketidakselesaan pada rongga(dengan syarat air tersebut tidak diminum atau ditelan dengan sengaja).

Mereka yang diizinkan berbuka

Terdapat kelonggaran (harus) kepada golongan yang berikut untuk berbuka:

Orang yang sakit .

Orang yang berkerja buruh.

Orang yang dalam musafir (perjalanan).

Orang tua yang sudah lemah.

Orang yang hamil dan ibu yang menyusukan anak.

Doa buka puasa

اللهم لك صمت وبك امنت وعلى رزقك أفطرتYa Allah, Aku telah berpuasa untuk Kau dan pada Kaulah aku mempercayai dan aku membuka puasa dengan apa yang Kau berikan

Tingkatan Puasa

Imam Abu Hamid al-Ghazali dalam bukunya Ihya al-'Ulumuddin telah membahagikan puasa itu kepada 3 tingkatan:

Puasanya orang awam (shaum al-'umum): menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti makan dan minum.

Puasanya orang khusus (shaum al-khusus): turut berpuasa dari panca indera dan seluruh badan dari segala bentuk dosa.

Puasanya orang istimewa, super khusus (shaum al-khawasi al-khawas): turut berpuasa 'hati nurani', iaitu tidak memikirkan sangat soal keduniaan

Pembahagian di atas memberikan umat Islam ruang untuk berfikir dan menelaah tingkat manakah mereka berada.

Kerugian meninggalkan puasa Ramadhan

Pahala puasa Ramadhan amat besar. Orang yang meninggalkan puasa dengan sengaja, bukan saja telah melakukan satu dosa besar, bahkan dia mengalami satu kerugian yang amat besar, satu hari puasa yang ditinggalkan tersebut tidak boleh ditebus dengan apa jua cara, tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidupnya. Ini jelas sebagaimana sabda Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam: Maksudnya: "Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (uzur syarak) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat menggantikan puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup." (Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa'i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).

Wednesday, August 11, 2010

Penyampaian hadiah Pameran Bertema Demam Bola Piala Dunia

Tarikh : 9 Ogos 2010
Hari : Isnin
Tempat: Tapak perhimpunanPemenang imbang bolaPemenang peraduan mewarna maskot Tahun 1

NAMA PEMENANG PAMERAN BERTEMA “DEMAM BOLA…PIALA DUNIA 2010”

Kuiz Pameran bertema Piala Dunia 2010

1. Nur Syafrina Bt Rosli 6 Dinamik

2. Muhammad Nazrul Iskandar 6 Inisiatif

3. Aiman Irffan 6 Efektif

Saguhati

1. Muhammad Azrul Aizad Muhammad Saadum 6 Fokus

2. Muhd Haziq B. Hj Harun 6 Fokus

3. Muhd Amir 6 Efektif

4. Muhd Faizal 6 Kreatif

Pengunjung Bertuah Sesi Pagi

1. Muhd Izzal Ikhmal 6 Fokus

2. Nurul Najiha Bt Mohamed 6 Efektif

3. Sahzlina Bt Ismail 6 Fokus

Pengunjung Bertuah Sesi Petang

1. Muhd Izzudin B. Mohd Radzi 3 Inisiatif

Pertandingan Mewarna Maskot dan logo Piala Dunia

Prasekolah

1.Diana

2.Nurinamira

3.Izzatul

4. Khairinizzat

5. Faizul Naim

Tahun 1

1. Nur Aina Balqis Bt Mohammad Yasin 1 Fokus

2. Farisha 1 Fokus

3.Siti NorShafikah Bt Anuar 1 Fokus

Tahun 2

1. Siti Aida Nabila Bt Aini 2 Dinamik

2. Nurul Qistina 2 Dinamik

3. Soleha Bt Azizan 2 Proaktif

Tahun 3

1. Muhd Izzuddin Bin Mohd Radzi 3 Inisiatif

2. M. Aliff Izzuddin 3 Dinamik

3.Aina Mysara Bt Mazlan 3 Dinamik

Tahun 4

1. Asnita Bt Usman 4 Kreatif

2. Nurul AIN Zulkifli 4 Kreatif

3.Aleya Nadia Amat Nazrin 4 Kreatif

Tahun 5

1. Nurul Fatihah Bt Rosli 5 Efektif

2.Nurul Shahirah Azizan 5 Dinamik

3.Siti Nur Yasmin Bt Md Jaman 5 Kreatif

Tahun 6

1. Nursyafrina Bt Rosli 6 Dinamik

2. Nurul Shafikah Bt Idris 6 Dinamik

3. Nurul Alia Bt Mohd Azman 6 Fokus

Saguhati :

1.Nurul Basyirah Bt Mohamed 6 Dinamik

2. Nur Ainie Amiera Binti Maiwira 6 Fokus

3.Nurul Nawwar Aliaa 6 Dinamik

Pertandingan Mewarna logo Piala Dunia

Tahun 1

1. Farisha 1 Fokus

2. Muhammad Ikmaal Bin Mazlan 1 Inovatif

3. Nurul Ain Fatrini 1 Inisiatif

Tahun 2

1. Nur Aisyah Bt Mohd Zaki 2 Dinamik

2. Siti Rohaidah Bt Mazalan 2 Progresif

3. Muhammad Ikham 2 progresif

Tahun 3

1. Muhd Jeffry 3 Dinamik

2.Eva Hasmalinda Bt Haramaini 3 Kreatif

3.Syuhana Nazira 3 Fokus

Tahun 4

1. Nur Ain Farhana 4 Inisiatif

2.Nur Mahirah Bt Mazlan 4 Kreatif

3. Deni Eldiya Bt Mat Nawawi 4 Responsif

Tahun 5

1. Nurul Amira Bt Mohd Awal 5 Kreatif

2. Nurul Nasuha Bt Mohd Asri 5 Progresif

3. Mohd Faris 5 Inovatif

Tahun 6

1. Muhammad Naim 6 Fokus

2.Nurul Basyirah Bt Mohamed 6 Dinamik

3. Nur Ainie Amiera Bt Maiwira 6 Fokus

Pertandingan Imbang Bola

1. Muhamad Hamdani 75 imbang bola 5 Dinamik

2. Muhammad Zulfadzli 36 imbang bola 5 Kreatif

3.Jagestwaran 23 imbang bola 6 Kreatif

Saguhati :

1.Muhd Busra Nizam 6 Dinamik

2. Muhd Daniel Irfan 6 Inisiatif

3. Muhammad Ekhiman 5 Inovatif


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...