Flipbook.

Wednesday, July 7, 2010

Pertandingan Imbang Bola


Pertandingan Imbang Bola Sempena Demam Bola Piala Dunia
6 Julai 2010 (Khamis)
2.30 Petang
Padang SK Bangsar

6 Julai 2010 - Selasa .Seramai 29 orang murid telah menyertai pertandingan Imbang Bola yang dianjurkan oleh PSS SKB Sempena Demam Bola Piala Dunia. Para peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan. Dibantu oleh Pengawas PSS yang terdiri daripada Anis, Laili, Amerah dan Syazwina. Begitu juga dibantu oleh 2 orang cikgu iaitu Cikgu Nazir dan Zulkifli. Seramai 9 orang peserta dipilih untuk ke final. Hasil imbangan bola yang telah dibuat oleh 9 peserta akhir keputusannya ialah :
1. Muhammad Hamdani 5 Dinamik - 75 kali imbangan
2. Muhd Zulfadzli 5 Kreatif - 36 kali imbangan
3. Jagestwaran 6 Kreatif - 23 kali imbangan.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Yang kalah boleh cuba dipertandingan akan datang.

Peserta Final Imbang Bola seramai 9 orang daripada 29 orang murid

Peserta imbang bola. Walaupun berbadan kecil tetapi cekap mengimbang bolaAksi menimbang bola mengikut kumpulanBergambar sebelum aktiviti mengimbang bola

Thursday, July 1, 2010

Majlis Pelancaran Bulan Membaca 1 Malaysia

Backdrop
Hadiah untuk warga SK Bangsar
Bacaan Doa oleh Ustaz Najib Bin Jamri
Taklimat Program Bulan Membaca 1 Malaysia oleh Cik Norhazalina Hashim
Penyelaras Pusat Sumber
Ucapan Perasmian Guru Besar - Tuan Haji Nordin Bin Yaman
Perasmian oleh Tuan Haji Nordin Bin Yaman - Guru Besar SK Bangsar
Juruacara Majlis - Encik Mohd Nazir Majid
Pengunjung Bertuah PSS Kategori Guru - Pn Siti Rokiah
Penyampaian hadiah murid paling banyak membaca
Penyampaian cenderahati daripada Pusat Sumber Sekolah
Persembahan Nyanyian dan Gerakan Prasekolah lagu : Anak Ayam
Guru-guru SK Bangsar
Pantomin- Tetamu Senja

Nyanyian Koir - Membaca Gaya Wawasan
Persembahan Band dan murid Tahun 5 dan 6 lagu : Apo nak dikato

Pelancaran Bulan Membaca 1 Malaysia
Sesi Pagi
1 Julai 2010
8.00 Pagi
Dewan Bestari SK Bangsar

Bulan Julai telah diisytiharkan sebagai Bulan Membaca pada 2001 oleh kerajaan. Sebagai menyahut seruan kerajaan pihak Pusat Sumber melancarkan Bulan Membaca 1 Malaysia setiap tahun.Majlis Perasmian Bulan Membaca 1 Malaysia telah diadakan pada 1 Julai 2010 (Khamis) di Dewan Bestari SK Bangsar pada pukul 8.00 pagi. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Najib Bin Jamri. Cik Norhazalina selaku Guru Pusat Sumber telah memberi taklimat ringakas mengenai program yang telah diaturkan. Antara Panitia yang akan melibatkan diri ialah Panitia Bahasa Malaysia, Bahasa Ingeris, Matematik, Sains dan Pendidikan Seni. Tuan Haji Nordin Bin Yaman Guru Besar SK Bangsar telah sudi menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Bulan Membaca 1 Malaysia. Seterusnya majlis penyampaian hadiah kepada warga SK Bangsar antaranya pengunjung bertuah murid dan guru, peminjam paling banyak buku dan murid yang paling banyak membaca telah disempurnakan oleh Tuan Haji Nordin Bin Yaman. Antara persembahan murid-murid ialah Nyanyian dan gerakan Prasekolah lagu - anak ayam dan terima kasih cikgu, pantomin murid 6 Kreatif, koir PSS dan Band sekolah. Pihak Pusat Sumber merakamkan terima kasih kepada semua guru SK Bangsar yang banyak memberi sokongan untuk menjayakan Program yang dianjurkan oleh Pusat Sumber SK Bangsar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...