Flipbook.

Monday, January 31, 2011

Selamat Hari Wilayah Persekutuan yang ke 37

Tarikh : 1 Februari 2011 (Selasa)

Wilayah Persekutuan ialah wilayah yang ditadbir secara langsung oleh kerajaan Persekutuan Malaysia dan ditadbir di bawah perundangan Kementerian Wilayah Persekutuan. Tidak seperti negeri-negeri lain bagi Malaysia, Wilayah Persekutuan tidak diperintah oleh kerajaan negeri, sebaliknya terletak di bawah pentadbiran Persekutuan dan diperintah oleh Yang di-Pertuan Agong.

Terdapat tiga bahagian dalam Wilayah Persekutuan, iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Daripada ketiga-tiga bahagian ini, Kuala Lumpur merupakan ibu kota Persekutuan, Labuan merupakan Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa (IBFC) manakala Putrajaya merupakan pusat pentadbiran Persekutuan.

Pembentukan Kabinet baru pada 27 Mac 2004 oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi telah membawa kepada penubuhan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP). Tugas kementerian ini ialah memberi tumpuan khusus terhadap kemajuan Wilayah Persekutuan.

Semasa Sukan Malaysia di Kedah pada tahun 2006, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya telah disatukan ke dalam kontinjen tunggal Wilayah Persekutuan.


Wilayah Persekutuan memiliki bendera rasminya yang sendiri. Bendera ini telah mula digunakan pada 23 Mei 2006. Sungguhpun begitu, bendera-bendera milik setiap wilayah masih dipakai guna.
Kuala Lumpur ditubuhkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974, lalu menjadi ibu negara Malaysia. Pentadbiran Kuala Lumpur diletakkan di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Kuala Lumpur merupakan pusat perundangan dan menempatkan Bangunan Parlimen
Pada 16 April 1984, Labuan yang dahulunya sebahagian daripada pentadbiran Sabah dibawa masuk ke dalam Wilayah Persekutuan dan diletakkan di bawah pentadbiran Perbadanan Labuan.
Pada 1 Februari 2001, Putrajaya ditubuhkan sebagai Wilayah Persekutuan ketiga dan diletakkan di bawah pentadbiran Perbadanan Putrajaya. Putrajaya kemudiannya menjadi pusat pentadbiran yang baru bagi Malaysia.

Rujukan :
http://ms.wikipedia.org/wiki/Wilayah_Persekutuan

Friday, January 21, 2011

KURSUS PENGUKUHAN DISIPLIN PENGAWAS SEKOLAH

Tarikh : 22 Januari 2011 (Sabtu)
Masa : 7.30 pagi - 1.00 petang
Tempat : SK BangsarAJK PendaftaranMurid tandatangan untuk kehadiranPengawas Sekolah berkumpul di Dewan BestariTuan Haji Nordin Bin Yaman - Guru Besar menyampaikan ucapanCikgu Naharudin - Guru Disiplin menyampaikan taklimat ringkasPengawas berkumpul di gelangang futsalIce Breaking -membuat aksi haiwanCik Suzana -Guru Bimbingan dan Kaunseling

Thursday, January 20, 2011

Thaipusam

Hari Thaipusam merupakan perayaan yang disambut oleh mereka yang beragama Hindu di seluruh dunia bagi menghormati dewa Hindu, Dewa Murugan atau juga dikenali sebagai Dewa Subramaniam.

Thaipusam dirayakan pada bulan 'Thai' bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil. Pada hari Thaipusam, bulan penuh melintasi bintang terang, Pusam dalam zodiak Cancer.

Tujuan

Hari Thaipusam merupakan hari menunaikan nazardan menebus dosa atau memohon ampun di atas dosa-dosa yang telah dilakukan selama ini. Tidak semua penganut Hindu akan menunaikan nazar. Nazar ialah memohon sesuatu hajat kepada Dewa Murugan dan jika permohonan dikabulkan, maka satu acara tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran.


Pada hari itu mereka akan membawa susu yang berwarna putih kerana susu itu dianggap paling suci .
Susu ini diisikan dalam belanga tembikar atau kini dalam belanga aluminium. Belanga berisi susu ini akan dihias dengan pelbagai corak , warna , daun dan benang. Belanga ini akan dijunjung di atas kepala dari luar kuil hinggalah ke dalam kuil. Tidak semua penganut Hindu membawa belanga berisi susu ini.

Ramai juga lelaki Hindu yang mencukur rambut pada hari tersebut dan mewarnakan kepala dengan warna oren. Perkhidmatan menggunting rambut ini ada disediakan di luar kuil dengan bayaran tertentu. Ia merupakan satu bentuk melepaskan atau membayar nazar.

Bagi yang memohon ampun agar dosa mereka diampunkan, kavadi akan dibawa atau dijunjung di atas bahu atau di atas kepala. Kavadi ini diperbuat daripada beberapa rod besi atau kayu yang di atasnya terletak patung dewa Murugan dengan pelbagai saiz dan bentuk. Antara hiasan utama kavadi ialah bulu burung merak dan bunga-bungaan. Pembawa kavadi ini terdiri daripada lelaki , perempuan, tua, muda dan kanak-kanak. Berat dan saiz kavadi ini bergantung kepada kemampuan seseorang. Selain itu pembawa kavadi akan diiringi oleh beberapa orang pembantu khas dari tempat masing-masing. Ada yang diiringi dengan kumpulan muzik , mangkuk perasap kemenyan dan lain-lain. Dari semasa ke semasa, pembawa kavadi akan berehat di tangga-tangga tertentu , berehat dan diberi minum.

Pelbagai cara menyiksa diri bagi menunjukkan mereka memohon ampun. Antaranya ialah berjalan di atas kasut berpaku. Mereka melangkah perlahan-lahan mendaki tangga-tangga kuil hingga tiba ke sisi patung Dewa Murugan di dalam gua Batu Caves. Ada juga yang mencucuk panah besi pada lidah dan pipi dari kiri ke kanan dengan panah pendek dan panjang. Yang lain pula mencucuk belakang mereka dengan puluhan mata pancing yang bersaiz 10 sm. Mata pancing itu disangkut dengan buah limau nipis yang teramat pedih rasanya. Ada juga mata pancing itu bertali dan ditarik oleh para pembantu.

Boleh dikatakan semua mereka berada di dalam keadaan separuh sedar.

Lokasi Sambutan Thaipusam di Malaysia

Thaipusam merupakan satu perayaan yang disambut secara besar-besaran dan meriah di Malaysia.

Kuil Sri Subramaniyar, Batu Caves, Selangor merupakan kuil tumpuan utama penganut India . Sambutan perayaan Thaipusam bermula dengan perarakan arca Dewa Murugan dan dua isterinya Dewi Valli serta Devi Theivanai di atas pedati perak setinggi 7 meter dari Kuil Mahamariaman di Jalan Tun Hs Lee. Susu abishegam disiram kepada Dewa Murugan.

Di Ipoh, Perak, perayaan Thaipusam disambut di Kuil Sri Subramaniar Gunung Cheroh . Ia bermula dengan perarakan pedati termasuk pedati mini mini ratham untuk Dewa Murugan dari Kuil Maha Mahamariaman di Buntong , Ipoh.

Di Kuching , Sarawak ia disambut di Kuil Nivasagar , bandar Kuching.

Di Pulau Pinang, ia disambut di Kuil Arulmigu Balathandayuthabani , Georgetown.

Di Johor, ia disambut di Kuil Sri Muniswarar di Tampoi serta Kuil Sri Subramaniar di Jalan Kolam Air dan Kuil Arulmigu Thandayuthabani di Jalan Kuel.

Cuti

Di Malaysia, hari Thaipusam merupakan cuti umum di beberapa buah negeri seperti di Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Perak dan Pulau Pinang. Pada 20 Januari 2008, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan bercuti umum sempena hari Thaipusam. Negeri Pahang, Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Sabah , Sarawak dan Melaka belum menjadikan Thaipusam sebagau cuti umum.


http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Thaipusam

Thursday, January 13, 2011

Kemudahan Pusat Sumber SK Bangsar

Sudut Bacaan Guru
Sirkulasi ( kaunter peminjaman dan pemulangan
Rak pelbagai jenis kamus
Rak buku-buku fiksyen Bahasa Malaysia

Friday, January 7, 2011

Origami

Tarikh : 7 Januari 2011
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Dewan BestariPn Sarimah memberi penerangan membuat Origami

Murid-murid menunjukkan kertas warna yang diberi.

Wednesday, January 5, 2011

Perkara Yang Mengeratkan Persahabatan

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.” Riwayat Al-Tabrani

Tuesday, January 4, 2011

Kasih Kepada Rasulullah

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: “Didiklah anak-anak kamu atas tiga sifat iaitu: cintakan nabi mereka, cintakan keluarga Nabi dan membaca al-Quran.” (At-Tabrani)

Matlamat, Objektif, Misi, Visi, Motto PSS SK Bangsar

MATLAMAT PSS SK BANGSAR

· Meningkatkan mutu pendidikan di sekolah.

· Membentuk profesion perguruan yang berilmu, dinamis, kreatif, inovatif dan berdisiplin untuk membantu pembinaan sahsiah guru-guru supaya dapat memainkan peranan yang berkesan dalam pembangunan negara, bangsa dan agama.

· Membentuk golongan pelajar yang berilmu, kreatif dan berdisiplin untuk membantu sahsiah pelajar supaya dapat memainkan peranan positif.

· Mendedahkan pelajar dengan pengetahuan teknologi maklumat menerusi penggunaan komputer.

OBJEKTIF PSS SK BANGSAR

· Menyediakan sumber-sumber bagi kemudahan guru dan pelajar.

· Menyediakan tempat untuk guru-guru merancang dan menghasilkan sumber-sumber pengajaran dan pembelajaran.

· Meningkatkan profesionalisme guru.

· Mengumpul, menyimpan dan mengedar pelbagai jenis maklumat.

· Membina program media untuk pengajaran dan pembelajaran.

· Menyediakan perisian pendidikan untuk kegunaan guru dan

pelajar.

MISI PSS SK BANGSAR

MENJADIKAN PUSAT SUMBER SEKOLAH PUSAT PENYEBARAN ILMU DAN MAKLUMAT

VISI PSS SK BANGSAR

PEMBUDAYAAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN SELARAS DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

MOTTO PSS SK BANGSAR

PUSAT SUMBER SEKOLAH KE ARAH KECEMERLANGAN BUDAYA ILMU

Monday, January 3, 2011

Perhimpunan Pagi Kali Pertama Sesi 2011

Tarikh : 3 Januari 2011
Hari : Isnin
Masa : 7.40 pagi
Tempat : Tapak Perhimpunan

Guru Bertugas Sesi Pagi diketuai oleh Encik Naharudin, Encik Norhazlesham dan Encik Mohd Nazir. Wartawan dari RTM membuat liputan pada hari pertama persekolahan sesi 2011
Hari ini dalam sejarah Y.B. Dato' Raja Nong Chik Bin Dato’ Raja Zainal Abidin Menteri Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar
sudi menghadiri ke Majlis Perhimpunan Pagi buat kali pertama bagi sesi 2011.

Saturday, January 1, 2011

Selamat Kembali ke Sekolah


Selamat kembali ke sekolah pada 3 Januari 2011 kepada semua warga SK Bangsar.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...