Flipbook.

Tuesday, August 30, 2011

SELAMAT HARI RAYA 2011

Pihak Pusat Sumber SK Bangsar ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat warga SK Bangsar. Terima kasih di atas kerjasama dan komitmen yang diberikan kepada PSSSKB dalam menjayakan aktiviti PSS sepanjang tahun 2011. Maaf zahir dan batin sekiranya ada salah dan silap. Moga selamat pulang ke kampung bergembira bersama keluarga tersayang.

Tuesday, August 23, 2011

Majlis Perasmian Bulan Patriotisme

SK Bangsar telah mengadakan Majlis Perasmian Bulan Patriotisme peringkat sekolah pada 23 Ogos 2011.

Wednesday, August 17, 2011

Nuzul Al-Quran


Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M.

Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

Sumber :http://ms.wikipedia.org/wiki/Nuzul_Quran

Friday, August 12, 2011

Penyampaian Derma

Terima kasih kepada semua warga SK Bangsar yang sudi menderma kepada mangsa tanah runtuh Rumah Anak Yatim Al-Hidayah dan Madrasah Al Taqwa Hulu Langat Selangor.
11 Ogos 2011 - Berita Harian

Monday, August 8, 2011

Majlis Penyampaian Hadiah NILAM Januari - Mac 2011

Pada 8 Ogos 2011, pihak Pusat Sumber SK Bangsar telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah NILAM bagi murid yang paling banyak membaca bagi bulan Januari - Mac 2011 untuk tahun 5 dan 6.Pn Che Norizam Bt Abdullah selaku Guru Besar SK Bangsar telah sudi menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Guru menghantar data NILAM dengan lengkap - Pn Vijaya dan Cik Rosmaida

NAMA PEMENANG PEMBACA TERBANYAK 2011

JANUARI TAHUN 6

1. SITI NURHALIZA - 6 EFEKTIF (57 BUAH BUKU)

2. NUR SHAFINAZ - 6 EFEKTIF ( 24 BUAH BUKU)

3. LIEW MEI KHEI - 6 DINAMIK ( 23 BUAH BUKU)

JANUARI TAHUN 5

1. NUR YASMIN – 5 DINAMIK ( 120 BUAH BUKU)

2. AHMAD IMAN AMMER – 5 DINAMIK ( 24 BUAH BUKU)

3. NURUL AINA NAZIHA – 5 DINAMIK ( 24 BUAH BUKU)

FEBRUARI TAHUN 6

1. RAJA MUHD HAREZ - 6 FOKUS (32 BUAH BUKU)

2. MUHAMMAD SYAFIQ B. AHMAD – 6 DINAMIK (23 BUAH BUKU)

3. ERNA NOR SYUHAILA BT – 6 FOKUS (15 BUAH BUKU)

FEBRUARI TAHUN 5

1. NUR YASMIN - 5 DINAMIK (120 BUAH BUKU)

2. NURUL AIN BT AYUB – 5 DINAMIK ( 48 BUAH BUKU)

3. NUR FADZLIANA – 5 DINAMIK (48 BUAH BUKU)

MAC TAHUN 6

1. AMIRAH PUTRI BT SAMSUDIN – 6 FOKUS (40 BUAH BUKU)

2. ERNA NOOR SUHAILA BT. ZUBER – 6 FOKUS ( 32 BUAH BUKU)

3. MUHAMMAD NASRULLAH – 6 FOKUS (12 BUAH)

MAC TAHUN 5

1. CHE NOR AZRINA - 5 FOKUS (48 BUAH BUKU)

2. NUR AIN FARHANA - 5 FOKUS - 5 FOKUS (47 BUAH BUKU)

3. AMIRA SHAKIRA – 5 FOKUS (40 BUAH BUKU)

GURU KELAS YANG MENGHANTAR DATA LENGKAP DARI JAN – JULAI

1. CIK ROSMAIDA – 6 FOKUS ( 959 BUAH BUKU )

2. ENCIK RUSLAN BASRI – 5 DINAMIK (1614 BUAH BUKU )

3. PN VIJAYA – 5 FOKUS (1531BUAH BUKU )

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...