Flipbook.

Sunday, January 8, 2012

NILAM


PROGRAM NILAM
SATU PROGRAM KEMENTERIAN PELAJARAN
WAJIB KEPADA SEMUA PELAJAR
MULAI 1999 HINGGA SEKARANG
( S P I BIL. 13/1998, TARIKH 22 MEI 1998 )

NILAM : NADI ILMU AMALAN MEMBACA.
-Merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca dengan
memberi pengiktirafan yang sesuai.
-Program ini merupakan pendekatan menyuburkan tabiat membaca di kalangan
pelajar.

Matlamat
Membina tabiat membaca yang berkekalan di kalangan pelajar.

Objektif
-Menjadikan pelajar suka membaca.
-Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.
Sejarah
Program NILAM bermula pada tahun 1998
( di peringkat kebangsaan ).
Semua murid Tahun 1, Tahun 2 dan Tingkatan 1 diwajibkan mengikuti program
ini.
Penglibatan sepenuhnya sekolah rendah dan sekolah menengah pada 2003
3 elimen nilam
1. Rekod
2. Pengesahan
3. Pengiktirafan

Ganjaran dan pengiktirafan
tahunan- buku rekod kemajuan
keseluruhan
sijil berhenti sekolah
surat akuan sekolah

Program ini mempunyai dua tahap
1.tahap Jauhari
2.tahap rakan pembaca

Konsep
Membina kemahiran dan minat membaca sehingga terbina satu tabiat.
Aktiviti yang menjurus kepada penguasaan kemahiran membaca serta memupuk
tabiat membaca yang berterusan.

Sumber Bacaan
Pusat Sumber Sekolah
Perbadanan Perpustakaan Awam
Perpustakaan Awam Negeri
Kedai buku
Perpustakaan Bergerak
Perpustakaan Desa
Perpustakaan Keluarga
Perpustakaan Masjid Perpustakaan Persendirian
Perpustakaan Kemas
Perpustakaan Komuniti
Perpustakaan Siber
Bahan Bacaan Sekolah rendah-Tahap 1
1. Ilustrasi yang menarik dan berwarna warni.
2. Bahan berbentuk imaginasi dan fantasi.
3. Struktur ayat yang mudah.
4. Saiz font : 14 – 18
5. Bilangan muka surat : > 6 ms

Bahan Bacaan sekolah rendah –tahap 2
1) Ilustrasi yang sesuai mengikut keperluan.
2) Bahan berbentuk realiti.
3) Struktur ayat yang mudah kepada kompleks
4) Gaya bahasa yang menarik.
5) Saiz font : 12
6) Bilangan muka surat : > 20 ms.

Bahan Bacaan sekolah menengah –tingkatan 1 – 3
1. Berdasarkan kebolehan dan minat pelajar.
2. Novel remaja yang bersesuaian.
3. Buku fiksyen dan bukan fiksyen.
4. Bilangan muka surat : > 30 ms.

Bahan Bacaan sekolah menengah –tingkatan 4-5
1. Berdasarkan kebolehan dan minat pelajar.
2. Bahan yang membolehkan pelajar berfikir secara
konkrit dan matang.
3. Buku-buku yang bertema dan plot yang lebih
kompleks.
4. Bilangan muka surat : > 50 ms.

Rekod Bahan Bacaan
1. Menjadi tanggungjawab pihak sekolah membekalkan
buku rekod membaca kepada semua pelajarnya.
2. Buku rekod membaca mesti diganti apabila hilang,
rosak atau habis digunakan.
3. Hantar buku rekod membaca pelajar ke sekolah baru
jika pelajar berpindah.
4. Pelajar baru membawa buku rekod membaca dari
sekolah lama.
Setiap buku yang dibaca, pelajar akan membuat sinopsis dalam Buku Rekod
Membaca Program NILAM mengikut format yang ditentukan.
Guru akan mengesahkan rekod membaca pelajar dengan menurunkan tanda
tangan dan tarikh disemak.
Pengesahan bacaan
Tanggungjawab diberikan kepada Guru kelas & Semua guru
Pelajar bebas memilih guru bagi menyemak ringkasan pembacaannya jika guruyang ditetapkan tidak hadir.
PENGIKTIRAFAN TAHAP JAUHARI SEKOLAH RENDAH
JUM. BACAAN* PENGIKTIRAFAN
90 – 179 GANGSA
180 – 269 PERAK
270 – 359 EMAS
360 ke atas NILAM
FORMULA BACAAN SEKOLAH RENDAH
TAHUN ASASSEDERHANA TINGGITERTINGGI
1 9 18 27 36
2 18 36 54 72
3 18 36 54 72
4 18 36 54 72
5 18 36 54 72
6 9 18 27 36
JUMLAH90 180 270 360
PENGIKTIRAFAN TAHAP JAUHARI SEKOLAH MENENGAH
JUM. BACAAN* PENGIKTIRAFAN
72 – 143 GANGSA
144 – 215 PERAK
216 – 287 EMAS
288 ke atas NILAM
FORMULA BACAAN SEKOLAH MENENGAH
TAHUN ASAS SEDERHANA TINGGI TERTINGGI
1 18 36 54 72
2 18 36 54 72
3 9 18 36 36
4 18 36 54 72
5 9 18 27 36
JUMLAH 72 144 216 288
Konsep Rakan Pembaca
1. Diwujudkan supaya pelajar yang mempunyai daya keyakinan, kepimpinan dan
kemahiran membaca dapat membantu percambaha penyertaan pelajar lain.
2. Mengutamakan aspek kepimpinan dalam aktiviti membaca dan penekanan
kepada kebolehan pelajar membimbing dan menarik minat rakan, jiran dan
keluarga supaya suka membaca.
Perlaksanaan
1. Pelajar layak memasuki Tahap RP setelah membaca 100 buah buku pada
Tahap Jauhari.
2. Dicadangkan 10 pelajar dibimbing oleh seorang guru pembimbing.
3. Guru pembimbing akan menetapkan hari dan masa untuk menjalankan aktiviti.
4. Setiap aktiviti akan diberi markah dan dicatat dalam Kad Pemarkahan RP.
Aktiviti
1. Semua aktiviti mestilah berasaskan buku.
2. Banyak sesi boleh diadakan untuk sebuah buku.
3. Boleh dijalankan secara terancang atau secara
tidak formal.
4. Contoh-contoh aktiviti;*
Bercerita Meminjam buku
Membaca bersama Kuiz
* Pelajar boleh menjalankan aktiviti yang relevan selain yang tersebut di
atas.
SISTEM PEMARKAHAN AKTIVITI RP untuk satu sesi
Bercerita x 5 pendengar = 5
Membaca bersama x 3 pembaca = 3
Bicara buku x 5 pendengar = 5
Lakonan x 100 penonton = 5
Forum x 40 pendengar = 5
Meminjam buku x 1 peminjam = 1
JUMLAH = 24
PENGIKTIRAFAN TAHAP RAKAN PEMBACA
MARKAH PENGIKTIRAFAN
100 – 199 GANGSA
200 – 299 PERAK
300 – 399 EMAS
400 KE ATAS NILAM
CADANGAN BILANGAN AKTIVITI RAKAN PEMBACA
ASAS 5
SEDERHANA 10
TINGGI 15
TERTINGGI 20
X 5 MARKAH MAKSIMUM
X 4 TAHUN
Masa yang disarankan
1. Dimasukkan dalam jadual waktu; satu waktu dalam pengajaran bahasa.
2. Masa khas; 10 minit sebelum atau selepas waktu sekolah.
3. Waktu untuk aktiviti PSS.
4. Waktu pengajaran bahasa kelas peralihan.
5. Waktu senggang.
6. Dalam pelbagai aktiviti membaca.
1. Dimasukkan dalam jadual waktu; satu waktu dalam pengajaran bahasa.
2. Masa khas; 10 minit sebelum atau selepas waktu sekolah.
3. Waktu untuk aktiviti PSS.
4. Waktu pengajaran bahasa kelas peralihan.
5. Waktu senggang.
6. Dalam pelbagai aktiviti membaca.
Jadual Waktu Nilam
1. Disediakan oleh PK Pentadbiran.
2. Diambil satu waktu dari BM atau BI.
3. Guru mesti membawa pelajar ke perpustakaan.
4. Aktiviti yang boleh dijalankan :-
- Kemahiran Membaca,
- Aktiviti Galakan Membaca,
- Literasi Maklumat
5. Dicatat dalam Buku Persediaan Mengajar.
Diskripsi tugas
PENGERUSI ( Pengetua / Guru Besar )
1. Memahami dasar dan matlamat Program NILAM.
2. Mempengerusikan setiap mesyuarat Jawatankuasa Program
NILAM peringkat sekolah.
3. Memberi taklimat kepada guru dan ibu bapa.
4. Memastikan pelaksanaan Program NILAM di peringkat sekolah
berjalan dengan lancar.
5. Mengamati masalah, kelemahan dan kelebihan Program NILAM
dan mengambil tindakan susulan.
6. Menentukan keberkesanan jadual pelaksanaan Program NILAM.
7. Menentukan bahan bacaan mencukupi dan sesuai untuk pelajar.
8. Menentukan pihak yang mengesahkan dan menandatangani
Buku Rekod Membaca.
9. Mengenalpasti guru untuk diberi kursus atau seminar berkaitan.
10. Meluluskan peruntukan kewangan.
TIMBALAN PENGERUSI ( Penolong Kanan Pentadbiran )
1. Memahami dasar dan matlamat Program NILAM.
2. Bertanggungjawab kepada Pengerusi menjalankan tugas
Pengerusi semasa ketiadaannya.
3. Membantu Pengerusi merancang, melaksana, menyelaras,
memantau dan menilai pelaksanaan Program NILAM.
4. Memastikan setiap panitia mengadakan sekurang-kurangnya
satu aktiviti yang menyokong Program NILAM.
5. Menyimpan Rekod Pencapaian Bulanan pelajar pada hujung
tahun.
6. Mengesahkan guru pembimbing dan kumpulan pelajar
PENYELARAS PROGRAM ( Guru Perpustakaan dan Media )
1. Memahami dasar dan matlamat Program NILAM.
2. Memberi taklimat kepada murid dan pelajar.
3. Mengagihkan buku pinjaman kelompok.
4. Menyedia dan melaporkan analisis koleksi bahan bacaan di
Pusat Sumber Sekolah.
5. Mengurus pembelian buku PSS berasaskan keperluan dan
sistem pembelian sekolah.
6. Menyelaraskan aktiviti membaca yang menyokong Program
NILAM yang dirancang oleh setiap panitia.
7. Menyediakan pangkalan data maklumat (PRONILAM).
8. Menyelaras pengurusan data( pengumpulan, pengisian dan analisis)
9. Membentang laporan pencapaian NILAM di peringkat sekolah.
10. Menghantar laporan ke PKG dan PSPN.
SETIAUSAHA
1. Membantu Penyelaras melaksanakan program NILAM
peringkat sekolah.
2. Menyelaras perjalanan mesyuarat dan hal-hal berkaitan.
3. Menyimpan rekod, minit mesyuarat dan surat-menyurat.
4. Mengedarkan buku rekod bacaan pelajar kepada guru kelas.
5. Mengesan pelajar yang layak memasuki Tahap Rakan Pembaca.
6. Menyenarai nama guru pembimbing dan kumpulan pelajar.
7. Mengemaskini statistik BRM pelajar dan markah RP dengan
bantuan ketua aliran secara berkala dan tahunan.
8. Menganalisis data pencapaian keseluruhan Tahap Jauhari.
9. Menganalisis keseluruhan pencapaian Tahap Rakan Pembaca.
10. Membantu Penyelaras Program menyediakan laporan peringkat
sekolah.
KETUA PANITIA
1. Membantu pemilihan bahan bacaan.
2. Merancang dan menyelaras aktiviti Rakan Pembaca.
3. Membuat anggaran perbelanjaan Program NILAM.
4. Menyelia pelaksanaan Program NILAM
GURU KELAS / GURU TINGKATAN
1. Mengesah dan menandatangani buku rekod bacaan.
2. Membuat pinjaman kelompok buku dari Pusat Sumber Sekolah.
3. Mengedarkan buku rekod bacaan dan kad RP kepada pelajar.
4. Menggalak dan membimbing pelajar membaca.
5. Menyediakan sudut bacaan di dalam kelas.
6. Mengemaskini Rekod Pencapaian Bulanan setiap pelajarnya.
7. Menyimpan analisis pencapaian bulanan (Ganjaran Jauhari &
Rakan Pembaca) setiap pelajarnya.
8. Menyedia & mempamerkan data bacaan murid di papan kenyataan
kelas
9. Mencatat rekod bacaan terkini pelajar dalam :
- Kad kemajuan
- Sijil berhenti sekolah
- Surat akuan sekolah
GURU PEMBIMBING ( Semua guru pusingan )
1. Mendapatkan senarai pelajar daripada setiausaha Program
NILAM.
2. Mendapatkan Kad Rakan Pembaca (dan buku aktiviti) daripada
setiausaha.
3. Membimbing sekumpulan pelajar ( dicadangkan 10 orang )
menjalankan aktiviti.
4. Menyediakan jadual aktiviti.
5. Mengesahkan aktiviti dan memberi markah kepada pelajar
bimbingannya.
6. Menyimpan kad Rakan Pembaca pelajar kumpulannya.
7. Memberi laporan kepada Ketua Aliran masing-masing dan satu
salinan kepada guru tingkatan / kelas dalam bulan : Mac, Julai,
dan Oktober( borang RSGRP ).
KETUA / PENYELARAS ALIRAN
1. Membantu guru kelas dan guru pembimbing dalam program
galakan membaca.
2. Memantapkan dan memantau aktiviti membaca yang menyokong
Program NILAM yang telah dirancang.
3. Mengambil tindakan selepas pembentangan laporan Setiausaha
NILAM.
4. Mengumpul rekod sistem ganjaran Jauhari ( Borang RSGJ )
daripada guru kelas dan sistem ganjaran RSGRP daripada guru
pembimbing.
5. ‘Key-in’ data ke dalam program ProNILAM.
6. Menjadi urusetia Anugerah NILAM peringkat sekolah.
WAKIL PIBG
1. Menghadiri mesyuarat.
2. Menjadi pengantara seperti:
a. Membimbing dan menggalakan anak membaca di rumah.
b. Menyediakan bahan bacaan di rumah.
c. Menggalakan meminjam buku dari sumber lain.
d. Memastikan anak-anak sentiasa ada bahan bacaan dan
merekodkan bacaan.
3. Membantu pihak sekolah dari sumber kewangan.
4. Sebagai agen kepada penglibatan institusi lain.
MESYUARAT J/K
1. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun:-
I. Januari - Mesyuarat perancangan dan
pentadbiran.
II. Jun - Mesyuarat pelaksanaan dan
penilaian.
III. November- Mesyuarat penilaian dan rumusan.
2. Menyediakan pelan tindakan dan carta gantt.
PROMOSI PROGRAM NILAM
-Brosur NILAM – kepada ibu bapa semasa pendaftaran murid baru.
-Nyanyian Lagu NILAM dalam perhimpunan.
-Poster NILAM.
-Papan skor / Pokok NILAM.
-Penubuhan Kelab Rakan Pembaca.
-Hari Anugerah NILAM peringkat sekolah.
-Bengkel NILAM - boleh diuruskan oleh pihak sekolah ataupun mendapat bantuan
jurulatih PKG.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...