Flipbook.

Friday, February 24, 2012

PAMERAN BERTEMA "HARI WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN"

Kertas Cadangan

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pameran bertema ini merupakan program yang telah dirancang oleh Jawatankuasa Kerja Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Bangsar dan Kelab Pusat Sumber Sekolah .

Pameran ini juga, sudah pastinya dapat memupuk minat membaca dikalangan pelajar . Pameran seumpama ini diisi dengan pelbagai aktiviti yang menarik seperti sudut pameran sejarah Wilayah Persekutuan Labuan, soalan kuiz, pertandingan mewarna bendera Wilayah Persekutuan Labuan, dan pengunjung bertuah .

Pencarian maklumat oleh pelajar akan menyebabkan PSS sekolah ini bukan sahaja berfungsi sebagai wadah untuk mendapatkan ilmu tetapi juga dapat menerapan maklumat mengenai sejarah Wilayah Persekutuan Labuan.

1.2 Rasional

Mengisi aktiviti secara bertema oleh Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Bangsar.

1.3 Matlamat

Berikut adalah matlamat program yang ingin dicapai :

1.3.1 memupuk minat membaca di kalangan pelajar

1.3.2 memupuk minda yang positif, kreatif dan inovatif hasil dari

pengalaman pameran yang dijalankan.

1.4 Objektif

Berikut adalah objektif pameran yang ingin kami capai :

1.4.1 memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pelajar tentang sejarah penubuhan Wilayah Persekutuan Labuan dan lokasi pelancongan yang menarik di Labuan.

1.4.2 mengenali bendera Wilayah Persekutuan Labuan.

1.4.3 belajar mengurangkan tekanan belajar melalui penglibatan dalam penganjuran pameran.

1.5 Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran program ini adalah seperti berikut :

1.5.1 Semua warga SK Bangsar

2.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Jawatankuasa yang akan melaksanakan program ini adalah seperti di bawah :

JAWATANKUASA PROGRAM PAMERAN

Pengerusi : Pn Che Norizam Binti Abdullah - Guru Besar

Naib Pengerusi : Encik Mohd Ali Bin Kasmun - GPK Tadbir dan Kurikulum

Penyelaras : Cik Norhazalina Binti Hashim

Setiausaha : Cik Nor Asiah Bt Bidin

Naib Setiausaha : Cik Amie Binti Ismail

Bendahari : Cik Norfazliah Binti Mohamad

Jurukamera : Encik Mohd Nazir Bin Majid

AJK :

Encik Zulkifli Bin Saad

Pn Zalina Binti Mohamad

Pn. Wan Izyan Binti Wan Mahadi

Pengawas Pusat Sumber

3.0 AKTIVITI PAMERAN

Gambar bendera Wilayah Persekutuan Labuan.

3.3 Maklumat mengenai sejarah penubuhan Wilayah Persekutuan Labuan dan lokasi tempat pelancongan yang menarik di Labuan.

3.4 Soalan kuiz

3.5 Pengunjung bertuah

3.6 Pertandingan Mewarna Bendera Labuan.

4.0 TEMPAT PAMERAN

4.1 Pusat Sumber Sekolah

5.0 PERALATAN

Papan pameran, kertas A4, plastik liminate, paku tekan, polisterin warna, bendera-bendera Wilayah Persekutuan Labuan dan artikel daripada internet.

6.0 TARIKH PAMERAN

Jangkamasa pameran adalah :

Tarikh : 2 – 28 Februari 2012

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

7.1 Anggaran Pembelian Hadiah

i. Kuiz Tahap 1 10 orang X RM 5.00 = RM 50.00

ii. Kuiz Tahap 2 10 orang X RM 5.00 = RM 50.00

iii. Pengunjung bertuah 9 orang x RM 5.00 = RM 45.00

Tahap 1 – 3 orang murid

Tahap 2 – 3 orang murid

Guru – 3 orang

iv. Pertandingan Mewarna 20 orang X RM 5.00 = RM 100.00

JUMLAH ANGGARAN KESELURUHAN RM 245.00

7.2 Bajet

Bil

Bahan

Jumlah

1

Hadiah

RM 245.00

2.

Dokumentasi

RM 10.00

3.

Album

RM 15.00

4.

Gambar

RM 20.00


Jumlah

RM 290.00

8.0 PERTIMBANGAN

Diharapkan permohonan untuk mengadakan pameran ini mendapat pertimbangan dan perhatian yang sewajarnya daripada pihak tuan.

9.0PENUTUP

Pameran ini, diharapkan dapat mempertingkatkan dan mengukuhkan lagi budaya membaca di kalangan pelajar sekolah ini. Warga SK Bangsar dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi semasa pameran itu nanti di samping mengetahui sejarah penubuhan Wilayah Persekutuan Labuan dan lokasi yang menarik di Pulau Labuan.

Disediakan oleh :

( CIK NORHAZALINA HASHIM)

GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...