Flipbook.

Friday, March 9, 2012

Anugerah NILAM dan Anugerah Pusat Sumber Sekolah Peringkat Kebangsaan 2012

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan menganjurkan Anugerah NILAM dan Anugerah Pusat Sumber Sekolah (APSS) Peringkat Kebangsaan 2012 yang diurus setiakan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan.

Anugerah NILAM Peringkat Kebangsaan merupakan pengiktirafan tertinggi KPM dalam usaha membina tabiat membaca dalam kalangan murid selaras dengan hasrat negara melahirkan masyarakat bermaklumat dan berpengetahuan. Anugerah PSS Peringkat Kebangsaan pula bertujuan meningkatkan bilangan PSS yang berkualiti dan berfungsi yang menjadi pemangkin kepada pembudayaan literasi maklumat dalam kalangan murid.
Penilaian APSS akan dilaksanakan pada bulan Mac – April 2012 manakala penilaian Anugerah NILAM akan diadakan pada 26 April 2012. Kesemua calon untuk kedua-dua Anugerah akan mengikuti program Kembara NILAM 1Malaysia pada 25 – 30 April 2012. Majlis Anugerah akan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, YB Dato’ Ir. Dr. Wee Ka Siong pada 29 April 2012 semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.
Sumber :

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...