Flipbook.

Monday, May 21, 2012

MAJLIS PENUTUPAN DAN PENYERAHAN SUMBANGAN TOGETHER WE LEARN TOGETHER WE SERVE

Tarikh : 21 Mei 2012  
Masa : 9.30 - 11.00 pagi
Tempat : Dewan Arif Fakulti Pendidikan Universiti Malaya

          Pada 21 Mei 2012, bertempat di Dewan Arif Fakulti Pendidikan Universiti Malaya telah diadakan Majlis Penutupan dan Penyerahan Sumbangan daripada pelajar Universiti Malaya. 3 orang pelajar dari Universiti Malaya iaitu daripada Siti Nurfatihah, Radhiah, dan Muhammad Faiz, kerana sudi memilih Pusat Sumber SK  Bangsar telah mengadakan projek "Together We Learn, Together We Serve" pada 23 April - 4 Mei 2012
            Mereka bertiga telah melaksanakan projek ini dengan jayanya. Antara program yang telah diadakan ialah Pameran Bertema Makanan Tradisional Malaysia yang diadakan selama 2 minggu. Pelbagai aktiviti yang dijalankan berorientasi Literasi Maklumat yang merupakan salah satu bidang Pusat Sumber Sekolah. Mereka telah menyediakan sudut pameran bertema di dalam Pusat Sumber Sekolah. Bahan pameran diperolehi daripada internet dan majalah yang dipilih di Pusat Sumber. Sudut pameran ini dihias begitu ceria untuk menarik murid membaca dan mencari maklumat berkaitan dengan makanan tradisional.
Soalan kuiz diadakan untuk murid mencari maklumat dan jawapan di sudut pameran. Pertandingan mewarna makanan tradisional juga diadakan untuk mencungkil bakat dan kreativiti murid mewarna. Pada waktu rehat murid-murid berpeluang mengikuti aktiviti permainan berkaitan dengan makanan tradisional. Murid-murid begitu teruja untuk menjawab dan menyertai pertandingan yang diadakan. Tayangan video pun diadakan di Bilik Media. Ini merupakan pengalaman baru bagi murid-murid SK Bangsar.
Mereka bertiga juga membantu Pusat Sumber memproses buku baru dalam sistem automasi Program S-Lib. Ini dapat memberi pendedahan kepada mereka mengenai ilmu sains perpustakaan
            Pihak sekolah sememangnya mengalu-alukan kehadiran pihak luar unutk membantu murid-murid dalam proses pembelajaran. Saya berharap agar projek yang berbentuk service learning ini dapat diteruskan pada masa hadapan kerana melalui projek sebegini, banyak faedah yang diperoleh oleh pihak-pihak yang terlibat.
Ucapan daripada Timbalan Dekan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya Prof. Dr. Moses Stephens Gunams Samuel selaku timbalan dekan fakulti
Tayangan video aktiviti yang dilaksanakan di Pusat Sumber SK Bangsar
 Cik Norhazalina Hashim menyampaikan ucapan wakil Guru Besar SK Bangsar
Sijil Penghargaan
Sumbangan buku
Sijil Penghargaan, sumbangan buku daripada Universiti Malaya
Buku yang diterima
Sijil Penghargaan
Buku

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...