Flipbook.

Monday, July 30, 2012

PAMERAN BERTEMA “SEJARAH TEMA DAN LOGO HARI KEBANGSAAN MALAYSIA


1.0         PENDAHULUAN
1.1         Pengenalan
Program ini merupakan program yang telah dirancang oleh Jawatankuasa Kerja Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Bangsar.Murid akan mengetahui sejarah tema dan logo Hari Kebangsaan Malaysia.
Pameran ini juga, sudah pastinya dapat memupuk minat membaca di kalangan pelajar . Pameran seumpama ini diisi dengan pelbagai aktiviti yang menarik seperti  soalan kuiz dan pertandingan mewarna logo Hari Kebangsaaan 2012. Pencarian maklumat oleh pelajar akan menyebabkan PSS sekolah ini bukan sahaja berfungsi sebagai wadah untuk mendapatkan ilmu sejarah.
Semoga aktiviti yang dilaksanakan akan memberi manfaat dan pendedahan kepada pelajar selain sebagai pemangkin untuk memupuk hubungan mesra dan kerjasama dalam kalangan warga SK Bangsar.
1.2         Rasional
Mengisi aktiviti secara bertema oleh Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Bangsar.
1.3         Matlamat
Berikut adalah matlamat program yang ingin dicapai :
1.3.1   memupuk minat membaca di kalangan pelajar.
1.3.2   memupuk semangat patriotisme.
1.3.3     memupuk minda yang positif, kreatif dan inovatif hasil dari
pengalaman pameran yang dijalankan.

            1.4       Objektif
                        Berikut adalah objektif pameran yang ingin kami capai :
1.4.1     Memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pelajar tentang  sejarah tema dan  logo Hari Kebangsaan Malaysia.
1.4.2     Mengamalkan hidup bersatu padu kaum dan menghayati tema sambutan Hari Kebangsaan.
1.4.3     Belajar mengurangkan tekanan belajar melalui penglibatan dalam penganjuran pameran.
1.5       Kumpulan Sasaran
            Kumpulan sasaran program ini adalah seperti berikut :
1.5.1     Semua warga SK Bangsar
2.0         JAWATANKUASA PELAKSANA
Jawatankuasa yang akan melaksanakan program ini adalah seperti di bawah :
JAWATANKUASA PROGRAM PAMERAN
Penasihat                              : Pn Che Norizam Bt Abdullah- Guru Besar
Pengerusi                             : Encik Mohd Ali Bin Kasmun – GPK 1
Naib Pengerusi                    : Pn Nor Shafina Bt Yasak – GPK HEM
                                                  Pn Tanma a/p Rajasegaran
Penyelaras                            : Cik Norhazalina Binti Hashim
Setiausaha                           : Pn Nor Asiah Binti Bidin
Naib Setiausaha                  : Pn Zalina Binti Muhammad
Bendahari                             :  Cik Norfazliah Binti Mohamad
AJK                                         : Encik Zulkifli Bin Saad
                                                  Cik Amie Binti Ismail
                                                  Encik Mohd Nazir Bin Majid
                                                 Encik Zulkarnain Bin Nordin
                                                 Pengawas Pusat Sumber
3.0       AKTIVITI PAMERAN
            3.1       Sudut Pameran  gambar dan maklumat logo dan tema Hari
Kebangsaan
            3.2       Soalan kuiz terkumpul
            3.3       Pengunjung bertuah
            3.4       Pertandingan mewarna logo Hari Kebangsaan
4.0       TEMPAT PAMERAN
            4.1       Pusat Sumber Sekolah
5.0       PERALATAN
Papan kenyataan, kertas warna, kad manila, liminate, paku tekan, majalah dan surat khabar.
6.0       TARIKH PAMERAN
Jangkamasa pameran  adalah :
Tarikh             :           1Ogos – 7 September 2012
7.0       ANGGARAN PERBELANJAAN
7.1 Anggaran Pembelian Hadiah
i.              Kuiz Tahap 1                                 10 orang X RM 6.00 =         RM 60.00
ii.            Kuiz Tahap 2                                 10 orang X RM 6.00 =         RM 60.00
iii.           Pengunjung bertuah                    6 orang x RM 5.00   =         RM 30.00
iv.           Pertandingan mewarna               20 orang X RM 5.00 =         RM 100.00
Logo Hari Kebangaan ( Tahap 1 dan 2)
JUMLAH ANGGARAN KESELURUHAN                                RM   250.00
7.2 Bajet
Bil
Bahan
Jumlah
1
Hadiah
RM 250.00
2
Dokumentasi
RM 30.00
3
Gambar
RM 30.00
4.
Album
RM 30.00

Jumlah
RM 340.00

8.0 PERTIMBANGAN
Diharapkan permohonan untuk mengadakan pameran  ini mendapat pertimbangan dan perhatian yang sewajarnya daripada pihak tuan.

9.0 PENUTUP
            Pameran ini, diharapkan dapat mempertingkatkan dan mengukuhkan lagi budaya membaca di kalangan pelajar sekolah ini. Warga SK Bangsar dapat  memanfaatkan ilmu yang diperolehi semasa pameran itu nanti di samping memupuk budaya semangat patriotisme dan cinta akan negara Malaysia. 
 Disediakan oleh :
.......................................................
(CIK NORHAZALINA HASHIM)
GPM

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...