Flipbook.

Monday, July 16, 2012

PROSES SARINGAN DAN PEMILIHAN TOKOH NILAM NEGERI TAHUN 2012

Proses saringan dan pemilihan calon Tokoh NILAM Negeri tahun 2012 telah diadakan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kuala Lumpur pada 16 Julai 2012 (Isnin) bagi kategori sekolah rendah. Adik Aribah Binti Iskandar dari tahun 5 Dinamik telah mewakili SK Bangsar bagi pemilihan calon Tokoh NILAM peringkat Negeri. Cik Norhazalina Binti Hashim selaku Guru Perpustakaan dan Media telah menjadi guru pengiring.
Adik Aribah telah membaca  sebanyak 458 buah buku. Antara anugerah yang diperolehi peringkat sekolah ialah Anugerah Gangsa, Perak, Emas, NILAM dan Rakan Pembaca. Markah yang dikumpul untuk Rakan Pembaca sebanyak 92 markah.
Jadual saringan : 
1. 8.00 - 8.30 pagi - Pendaftaran (Bilik ProfPen)
2.8.30 - 9.10 pagi - Ujian Penulisan Bahasa Melayu
3. 9.10 - 10.40 pagi - Ujian Penulisan Bahasa Inggeris 
4. 10.40 - 11.00 pagi - Rehat
5. 11.00 - 12.30 tengah hari - Sesi temuduga (individu - dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris)
* Ujian penulisan dan sesi temuduga diadakan di Bilik Cempaka 2, BTPNKL
BTPNKL
 Aribah Binti Iskandar
Gembira dan lega setelah selesai sesi ujian penulisan dan temuduga.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...