Flipbook.

Friday, August 10, 2012

BULETIN RAYA PSS 2012

 Assalammualikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulillah, syukur ke hadrat  Ilahi kerana dengan keizinanNya dapatlah kiranya kami menerbitkan Buletin Raya PSS Edisi Aidilfitri khas 2012 buat warga SK Bangsar. Penerbitan edisi istimewa bagi tahun ini bertujuan merapatkan hubungan silaturahim selain memberi ruang dan peluang buat warga SKB dalam menyampaikan ucapan bersemperna dengan kehadiran  bulan Syawal.
                 Biarpun menghadapi kengkangan masa, namun berkat kerjasama barisan pentadbir, AJK Pusat Sumber, guru-guru, para kakitangan serta murid-murid SKB maka inilah hasil atau wardah yang dapat direalisasikan. Terbit jua rasa kekesalan di hati kerana tidak dapat menyediakan ruang ucapan yang mencukupi khasnya buat warga guru dan kakitangan SKB disebabkan faktor-faktor yang tidak dapat diatasi.
 Di kesempatan ini juga, saya ingin menyusun sepuluh jari meminta ampun dan maaf sekiranya terdapat salah, silap dan terlanjur bicara selama ini. Semoga berbahagia bersama keluarga tersayang. Akhir kata daripada saya serta warga  AJK PSS SKB ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Ceria selalu.
Ramadan bakal beransur pergi,
Syawal menjelma di Aidilfitri;
Seikhlas hati menyusun jari,
memohon dimaaf kekhilafan diri.
'Salam Aidilfitri, maaf zahir batin'
Ikhlas :
Cik Norhazalina Bt Hashim
Guru PSS Sesi Pagi 


Alhamdulillah, bersyukur kita diatas limpah KurniaNya, akhirnya buletin raya dapat dihasilkan dengan kerjasama yang diberikan oleh semua. Dikesempatan ini, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433 H dengan harapan kita telah pun menyempurnakan puasa di bulan Ramadan. Semoga kehadiran Syawal pada tahun ini membawa seribu keberkatan dalam hidup kita. Saya juga mengambil kesempatan ini juga untuk saling bermaafan sesama kita.
             Berjabat salam rindu diakrabi,
             Senyum ikhlas jujur mengiringi;
Salah dan silap mohon dimaafi,
Bekalan ke akhirat sebelum mati.

Burung undan di pucuk meranti,
Merenung laut ikan dinanti;
Rahmat Ramadan kita penuhi,
Aidilfitri tanda jiwa mensyukuri.

Ikhlas :
Pn Nor Asiah Bt Bidin
Guru PSS Sesi Petang

Buletin raya yang telah disiap dan dipasarkan pada 13 Ogos 2012
ruangan peraduan mewarna 
ucapan raya murid-murid
maklumat dan ucapan raya guru-guru
cover belakang 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...