Flipbook.

Saturday, September 29, 2012

BIG BOOK

Buku yang telah diproses dalam sistem automasi S-Lib.
Big Book- Bahasa Melayu



Friday, September 28, 2012

SUKANEKA TAHUN 6

28 September 2012
Taklimat
tunjuk cara
acara bermula
membawa bola pingpong dengan menggunakan sudu
belon air
tunjuk cara membaling dan menangkap belon air
acara bermula

Thursday, September 27, 2012

PERATURAN PERMAINAN TRADISIONAL - TUJU TIN



1.Terdapat 2 kumpulan. 1 kumpulan melontar, 1 kumpulan penyerang.
2. Setiap kumpulan terdiri daripada 10 orang. 8 Orang pemain dibenarkan bagi setiap permainan.
3. 2 kumpulan akan diundi. Sama ada menjadi penyerang atau pelontar.
4. Separuh masa pertama  selama 10 minit. Separuh masa kedua juga selama 10 minit. 5 minit untuk rehat.
5. Setiap ahli kumpulan dibenarkan membuat 3 kali percubaan. Sekiranya lontaran yang dibuat dapat ditangkap oleh penyerang sebelum bola jatuh ke tanah secara automatik  semua pelontar akan mati.
6. Apabila tin telah  jatuh. Pihak pelontar akan sedaya- upaya menyusun  semula tin tersebut.
7. Apabila pihak penyerang membaling bola ke arah pelontar lalu terkena bola, secara automatik pelontar akan mati.
8. Pelontar yang berjaya menyusun kesemua tin. Akan mendapat 1 mata.
9. Pelontar yang mati tidak dibenarkan bermain lagi. Sehingga semua ahli pelontar mati baru penyerang akan menjadi pelontar.
10. Separuh masa kedua penyerang semasa separuh masa kedua akan menjadi pelontar.
11.Sekiranya markah seri, jumlah tin yang paling sedikit berjaya dijatuhkan akan dikira sebagai pemenang. Jika seri lagi. Seorang ahli akan membuat lontaran yang paling sedikit akan menjadi pemenang.

FUTSAL SEPARUH AKHIR DAN AKHIR- KARNIVAL SUKAN TAHUN 6

27 September 2012
6 Dinamik - Guru kelas Pn Hamidah
6 Optimal - Guru Kelas Pn Suzy
Futsal bermula
6 Dinamik lawan 6 Optimal keputusannya 4 -0
6 Efektif
6 Inovatif - Pn Hema
Keputusan 6 Inovatif lawan  6 Efektif keputusan 0-3
Pengadil Cikgu Shunita
Penentuan tempat ketiga dan keempat
6 Optimal lawan 6 Inovatif - 2-1
Perlawanan Akhir - 6 Dinamik lawan 6 Efektif
Keputusan 6 Dinamik juara, 6 Efektif naib juara- penalti 3-2

Tuesday, September 25, 2012

KARNIVAL SUKAN TAHUN 6

Majlis Perasmian Karnival Sukan Tahun 6 telah diadakan di Dewan Bestari SK Bangsar pada 25 September 2012. Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Ismail Bin Ahmad selaku GPK Kokurikulum. Karnival ini diadakan selaras dengan slogan 1 Murid 1 Sukan. Aktiviti ini dapat mengeratkan hubungan antara murid Tahun 6 dan guru-guru.Antara sukan yang dipertandingkan ialah futsal, bola sepak, sukaneka dan tuju tin.
Murid-murid Tahun 6
Encik Ismail Bin Ahmad- GPK Kokurikulum merasmikan Karnival Sukan Tahun 6
Gimik perasmian
Liga Futsal
Futsal perempuan
Bola sepak - Lelaki


Monday, September 24, 2012

TEKS JURUACARA MAJLIS PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA 2012

MAJLIS PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA 2012
21 SEPTEMBER 2012

- Mengumumkan ketibaan Pn Che Norizam Bt Abdullah diiringi oleh pihak pentadbir masuk ke dewan.
Ulik Mayang nyanyian asli
Dilagu Si gadis merdu sekali;
Terima Kasih sekalung budi,
Sudi datang ke majlis ini.

- Dari Dewan Bestari SK Bangsar , kita akan saksikan  persembahan pembukaan Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia peringkat sekolah iaitu  tarian 1Malaysia.
- Persembahan tarian 1 Malaysia itu tadi dibawah bimbingan Pn Norlaili, Cik Nurul Hayati dan Cik Nur Hafizah.

- Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.
- Yang Berusaha Pn Che Norizam Bt Abdullah Guru Besar SK Bangsar, Encik Mohd Ali Bin Kasmun GPK Tadbir dan Kurikulum, ,  Pn Nor Shafina Bt Yasak GPK HEM, , Encik Ismail Bin Ahmad GPK Kokurikulum, Pn Tanma a/p Rajasegaran Guru Penyelia Petang, guru-guru, dan murid-murid yang dikasihi sekalian.
Hati-hati membuka peti,
Peti pusaka zaman berzaman;
55 tahun janji ditepati,
Malaysia merdeka penuh keamanan.

Alhamdulillah setinggi ucapan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat-Nya pada pagi yang penuh barakah ini, kita diberi kesempatan untuk sama-sama berkumpul bagi Majlis Sambutan Penutup Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia dengan penuh kedamaian dan keamanan. Kedamaian dan keamanan ini sebagai tanda bahawa negara ini berada dalam kestabilan politik dan kita mampu berkongsi muafakat untuk hidup bersama . Sesungguhnya sambutan kemerdekaan ini diadakan sebagai tanda bahawa para guru dan pelajar sekolah ini dapat seiring dan sederap melangkah, dengan semangat kesungguhan yang berkobar-kobar dan beriiltizam tinggi untuk menjadi warganegara yang patriotik.
Bacaan doa:
Anugerah dikecap si anak watan,
Mengangkat senjata bidalan suara;
Menadah tangan memohon keberkatan,
Mendapat restu hidup sejahtera.
-Bagi memberkati majlis pada pagi ini, dipersilakan  al-fadzil  Ustaz  Ikwan Najib Bin Badar  untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
-Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
-Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis nan berlangsung diberkati.
                                                  Tuah tersenyum pada Si Teja,
                                                  Duduk bersimpuh sambil bersila;
                                                  Kain ditenun bersama Reja,
                                                 Ucapan penyelaras program dipersila,
-Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha , Pn Nor Shafina Binti Yasak selaku Guru Penolong Kanan HEM untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
-Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.
Pahlawan Melayu Gagah Perkasa,
Musuh datang habis dibasmi;
Tuan sudah diberi kuasa,
Sudilah kira, pohon merasmi.
-Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang Berusaha Puan Che Norizam Binti Abdullah Guru Besar SK Bangsar untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya  merasmikan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia peringkat . Dipersilakan.
- Kalungan apresiasi buat Yang Berusaha Guru Besar atas ucapan yang dititipkan  dan sudi merasmikan Penutup Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia sebentar tadi.
Persembahan murid :
Bendera berkibar di rumah Pak Agos,
Di halaman rumah pasang pelita;
Menjelang tiba Tiga Puluh Satu Ogos,
Tarikh kemerdekaan negara kita.
-Majlis seterusnya diteruskan dengan persembahan murid prasekolah nyanyian dan gerakan lagu “Alhamdulillah dan Tanggal 31 Ogos’
-Begitu menarik persembahan murid prasekolah itu tadi di bawah bimbingan Cik Amie dan Siti Nurfazlina Guru Prasekolah.
Terbang tinggi si burung helang,
Berkicau kenari sambil berterbangan;
Insan cemerlang negara terbilang,
Bakat diserlah tanda kecemerlangan.
-Majlis diteruskan lagi dengan persembahan pakaian tradisional oleh murid-murid prasekolah dan Tahun 4.- Begitulah tadi persembahan pakaian tradisional yang melambangkan pelbagai kaum yang terdapat di Malaysia. Persembahan tadi dibawah bimbingan Pn Nafisah, Pn Zalina dan Cik Amie.
Penyampaian hadiah murid Tahap 1
Bersyukur menjadi rakyat Malaysia,
Bumi bertuah indah permai;
Lima puluh lima tahun kita merdeka,
Rakyat hidup aman damai.

Hadirin sekalian,
-Pihak sekolah telah mengadakan pelbagai aktiviti sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia bagi Tahap 1. Kini tibalah masanya untuk majlis penyampaian hadiah.
-Oleh itu majlis mempersilakan Pn Tanma a/p Rajasegaran selaku Penyelia Petang untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
- Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian Pn Tanma a/p Rajasegaran  penyampaian hadiah kepada para pemenang.
Persembahan Murid
-Majlis diteruskan dengan persembahan pentomin dan koir patriotik
- Persembahan pentomin dari kelas 5 Dinamik yang bertajuk “Leftenan Adnan Wira Bangsa”.
- Pentomin ini di bawah bimbingan Pn Nafisah.
- Seterusnya persembahan koir patriotik dari kelas 4 Dinamik yang bertajuk “Joget Malaysia”.
- Begitulah persembahan koir patriotik  Tahun 4 Dinamik . Kumpulan koir ini di bawah bimbingan Cik Norhafizah Azman
Penyampaian hadiah Tahap 2
Tiga Puluh Satu Ogos tarikh keramat,
Bersama kita menyambut merdeka;
Bersatu berazam penuh semangat,
Mari pertahankan kemerdekaan kita.
-Untuk pengetahuan hadirin sekalian, murid-murid Tahap 2 telah menyertai pelbagai aktiviti sepanjang Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia. Kini masa yang dinanti-nantikan majlis penyampaian hadiah.
- Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Pn Che Norizam Binti Abdullah Guru Besar SK Bangsar untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
- Majlis mengucapkan terima kasih Pn Che Norizam Binti Abdullah  di atas penyampaian hadiah kepada para pemenang.
Penutup acara:
Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara. Pihak majlis mohon mengambil kesempatan waktu di penghujung ini untuk mengucapkan ribuan kalungan bunga terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan Majlis Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan dan 1 Malaysia peringkat sekolah ini dapat dilangsung dengan meriahnya. Terima kasih juga diucapkan kepada semua murid atas kerjasama yang diberikan bagi mengharmonikan majlis ini.
Tenang-tenang air di kali,
Tempat mandian putra puteri;
Sempurna sudah majlis dirai,
Salah dan silap harap dimaafi.
-Semua murid  dan guru diminta berdiri dan sama-sama menyanyikan tiga buah lagu iaitu
1.1 Malaysia
2.Tanggal 31
3. Negaraku
Saya akhiri majlis ini dengan lafaz yang mulia,
Wabillahi Taufik Walhidayah.
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.

PENYAMPAIAN HADIAH PAMERAN BERTEMA SEJARAH TEMA DAN LOGO HARI KEBANGSAAN, BULAN MEMBACA 2012

24 SEPTEMBER 2012
ISNIN
DATARAN PERHIMPUNAN SK BANGSAR
Majlis penyampaian hadiah Pameran Bertema Tema dan Logo Hari Kebangsaan dan Bulan Membaca telah disempurnakan oleh Encik Ismail Bin Ahmad Guru Penolong Kanan Kokurikulum. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Terima kasih diucapkan kepada guru-guru yang membantu dan murid-murid yang menyertai pertandingan yang diadakan.
Hadiah Pameran Bertema Tema dan Logo Hari Kebangsaan
Hadiah Bulan Membaca
AJK Hadiah
Juruacara majlis Encik Mohd Nazir Bin Majid
Pemenang Pameran Bertema Tema dan Logo Hari Kebangsaan
Pemenang Bulan Membaca
Nama pemenang :
Nama pemenang Bulan Membaca :

Thursday, September 20, 2012

MAJLIS PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA 2012

Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia
20 September 2012
Dewan Bestari SK Bangsar

Backdrop

SILAT
Tarian singa
Guru Besar memberi buah limau.







Tuesday, September 18, 2012

HARI MALAYSIA

Selamat menyambut Hari Malaysia yang ke 49. 16 September 2012.

Friday, September 14, 2012

Thursday, September 13, 2012

NAMA PEMENANG PAMERAN BERTEMA SEJARAH TEMA DAN LOGO HARI KEBANGSAAN 2012

NAMA PEMENANG PAMERAN BERTEMA SEJARAH LOGO DAN TEMA HARI KEBANGSAAN 2012

2 OGOS – 17 SEPTEMBER 2012
TEKA SILANG KATA
TAHAP 2
1.NUR ATHIRAH BT ROSLI – 5 INOVATIF
2. INTAN YASMIN BINTI MAZLAN  - 5 INISIATIF
TAHAP 1
1.RAHMAH BINTI MOHD AWAL – 1 DINAMIK
LOGO HARI KEBANGSAAN 2012
TAHUN 3
1.ALIYA ADLIYANA BT MOHD – 3 KREATIF
TAHUN 4
1.SITI AIDA NABILA BINTI AINI – 4 DINAMIK
2. ABU SUFIAN BIN ISMAIL – 4 DINAMIK
3.NUR ADRIANA MAISARAH BINTI MOHD NAJIB – 4 DINAMIK
4.NUR AINA SOFEA BINTI SAMSUL IRWAN – 4 FOKUS
TAHUN 5
1.AHMAD HAIKAL B. A KHAIROL – 5 KREATIF
2.MUHAMMAD HAKIMIE BIN NORHAN – 5 KREATIF
3.NURATHIRAH BT ROSLI – 5 INOVATIF
4. NUR KAMALIA BT BADLI SHAH – 5 DINAMIK
TAHUN 6
1.PUTRI NUR SYAHMIMIE BT AUZAID – 6 INOVATIF
PERTANDINGAN MEWARNA TOKOH PERDANA MENTERI
TAHUN 6
1.NUR NAFISAH BINTI IBRAHIM – 6 INOVATIF
TAHUN 5
1.NOR ROS ATIKAH BT MOHD HIZAM – 5 PROAKTIF
2.SITI AISHAH BT MOHD SAIFUL – 5 PROAKTIF
3.NUR SAFIRAH – 5 PROAKTIF
4.NURFARHANA BT ABDUL RAHIM – 5 PROAKTIF
TAHUN 4
1. SITI AIDA NABILA BT AINI – 4 DINAMIK
2. NUR FATINI  - 4 DINAMIK
3.MUHD JOHARI – 4 PROGRESIF
4.NUR FATIN UMIRA BINTI ABDULLAH – 4 INOVATIF
5.NUR FATHIAH BINTI ABDUL RAHIM – 4 EFEKTIF
6.NUR ELIYA NABILA BINTI IBRAHIM – 4 PROGRESIF
TAHUN 2
1.ZULAIKA NURUL AINI BT MAT GAZALI – 2 DINAMIK
TAHUN 1
1.ARIEANA FARIHAH IMAN – 1 INOVATIF
2.RAHMAH BT MOHD AWAL – 1 DINAMIK

HARI KETIGA UPSR 2012

13 SEPTEMBER 2012 - KHAMIS

018 – SCIENCE
8.15 - 9.30 PAGI

014/1 BAHASA INGGERIS KERTAS 1
10.15-11.05 PAGI

014/2 BAHASA INGGERIS KERTAS 2
11.45 PAGI – 1.00 PETANG

UJIAN APTITUD TAHUN 6 SK
2.30 - 4.00 PETANG

Wednesday, September 12, 2012

HARI KEDUA UPSR 2012

12 September 2012 - Rabu 
 015/1 Matematik Kertas 1
Guru kelas memberi surat akuan kepada calon-calon UPSR.
Calon UPSR Pusat Satu menuju ke bilik peperiksaan. 

Tuesday, September 11, 2012

HARI PERTAMA UPSR 2012

11 September 2012 - UPSR
Kertas 011 Pemahaman Bahasa Melayu 8.15 -9.05 pagi
Kertas 012 Penulisan Bahasa Melayu 9.45 - 11.00 pagi
Kertas  015/2 Metamatik Kertas 2 11.45 pagi - 12.25 tengah hari

Pihak Pusat Sumber SK Bangsar mengucapkan selamat menduduki peperiksaan UPSR. Buat yang terbaik.
Sarapan disediakan oleh pihak sekolah. Calon-calon UPSR diberi minum air milo, biskut dan karipap untuk murid-murid mengalas perut.
Murid menikmati sarapan
Kuih karipap
Murid-murid beratur mengambil air milo, biskut dan kuih karipap
Calon-calon peperiksaan diberi surat akuan oleh guru kelas
Calon UPSR berjalan menuju ke bilik peperiksaan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...