Flipbook.

Tuesday, October 30, 2012

BENGEL KHIDMAT BANTU HARI KEDUA 2012

Hari kedua Bengkel Khidmat Bantu pada 30 Oktober 2012. Bengkel ini telah dibantu oleh Cikgu Mohd Nazir, Cikgu Zuklifli dan Puan Zalina serta Pengawas Pusat Sumber Tahun 4,5 dan 6.Aktiviti pada hari ini ialah mengubah suai sudut fiksyen Bahasa Inggeris, sudut bacaan guru dan sudut santai.
membaik pulih rak buku kayu oleh Cikgu Zulkifli dan Cikgu Mohd Nazir

pengasingan buku fiksyen Bahasa Inggeris untuk memudahkan pemindahan rak besi dan kayu di lokasi baru.
Ubah suai sudut bacaan guru







BENGKEL KHIDMAT BANTU 2012

Pusat Sumber SK Bangsar bersama 5 buah sekolah (SMK Taman Tun Dr Ismail, SMK Seri Bintang Utara, SMK Batu Muda, SK Desa Pandan, dan SK Seri Bintang Utara)di Kuala Lumpur telah terpilih untuk Khidmat Bantu anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan Kuala Lumpur. Pusat Sumber SK Bangsar mewakili PKG Bangsar. Pihak penganjur memberi bantuan dari segi makanan dan pencetakan bahan. Pusat Sumber telah mengadakan Khidmat Bantu selama 2 hari (29-30 Oktober 2012). Peserta bengkel terdiri daripada Pn Zalina Mohamad, Encik Zulkifli Bin Saad, Cik Norhazalina serta 7 orang Pengawas Pusat Sumber SK Bangsar tahun 4 dan 6. Pihak BTPNKL dan PKG Bangsar telah datang melawat serta mengambil gambar dan membuat rakaman video semasa sesi bengkel.
Wan Nur Aina memproses buku baru dalam sistem automasi S-Lib.
Pengawas Pusat Sumber mengemas dan menyusun semula buku di rak bacaan guru.
Cikgu Zulkifli mengalihkan sudut pameran ke lokasi yang baru.

Friday, October 26, 2012

SALAM AIDILADHA

Setiap tahun umat islam menyambut Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji. Selain itu ia juga disebut Hari Raya Korban kerana salah satu ibadah yang digalakkan adalah menyembelih haiwan korban untuk disedekahkan dagingnya kepada golongan fakir miskin.Daging korban terbahagi kepada dua iaitu korban wajib atau nazar, dan korban sunat. Daging korban wajib atau nazar wajib disedekahkan kesemuanya, dan orang yang empunya korban itu haram memakan daging tersebut. Berbeza dengan korban sunat, sunat hukumnya bagi orang yang empunya korban itu memakan sebahagian daripada daging yang dikorbankan.
Sumber rujukan :https://www.facebook.com/Majalahalustaz

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulanZulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah, semua hari-hari ini dipanggil Hari Tasyrik.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.
Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. 
Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan dagingnya kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Makkah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
 Sumber rujukan:

Wednesday, October 24, 2012

MAJLIS PELANCARAN KEM MEMBACA 1 MALAYSIA 2012

Majlis Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia telah diadakan pada 24 Oktober 2012 bertempat di Dewan Bestari. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pn Che Norizam - Guru Besar SK Bangsar.
Pihak Pusat Sumber SK Bangsar telah merancang pelbagai aktiviti sepanjang Kem Membaca 1 Malaysia(22-24 Oktober 2012)  iaitu :
1. Mewarna Kem Membaca 1 Malaysia dan permainan tradisional
2. Pameran Bertema Permainan Tradisional
3. Kuiz pameran
4. Permainan tradisional – tuju tin dan congkak
5. Bengkel Melukis Kartun Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu
6. Melukis Kulit Buku
Alhamdulillah segala perancangan berjalan lancar. Pihak Pusat Sumber SK Bangsar ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru khususnya yang memberi komitmen untuk menjayakan program ini.
PSS SK Bangsar berharap segala aktiviti yang dilaksanakan memberi impak yang baik untuk murid-murid SK Bangsar bagi meningkatkan prestasi akademik SK Bangsar.
AJK Pelancaran :
http://pusatsumberskbangsar.blogspot.com/2012/10/ajk-majlis-pelancaran-kem-membaca-1.html
Tentatif :
http://pusatsumberskbangsar.blogspot.com/2012/10/atur-cara-majlis-pelancaran-kem-membaca.html
PELANCARAN KEM MEMBACA 1 MALAYSIA SESI PAGI
Hiasan Pentas
Buku Program
Bacaan doa oleh Ustaz Mansor Bin Kamis
Ucapan perasmian oleh Pn Che Norizam-Guru Besar SK Bangsar
Cik Norhazalina Binti Hashim menyampaikan taklimat Kem Membaca 1 Malaysia
Gimik Sesi Pagi

Persembahan Muzikal
choral speaking
Persembahan bercerita oleh Adik Aribah 
Hadiah

Nyanyian lagu 1 Malaysia dan Membaca Gaya Wawasan
 Baca bersama-sama selama 2012 bersamaan 33.5 minit
PELANCARAN KEM MEMBACA 1 MALAYSIA SESI PETANG
Buku program Sesi Petang
Ucapan Penyelaras Sesi Petang - Pn Nor Asiah Bt Bidin
Pn Che Norizam Binti Abdullah - Guru Besar SK Bangsar
Gimik 

NAMA PEMENANG AKTIVITI KEM MEMBACA 1 MALAYSIA 2012


PERTANDINGAN MEWARNA PAMERAN PERMAINAN TRADISIONAL
TAHUN 1
1.NORLIYANA BALQIS – 1 EFEKTIF
TAHUN 2
1.NURUL MARDHIAH – 2 DINAMIK
TAHUN 3
1.NUR ELYSSA NATASHA BT SAMSUL IRWAN – 3 INOVATIF
2.NUR AINAA BALQIS BT MOHD YASIN
3. MUHD DANISH B. MUHD ZUKRNI – 3 EFEKTIF

PERTANDINGAN MEWARNA KEM MEMBACA 1 MALAYSIA
TAHUN 1
1.NUR HUSNA BT MOHD ZAINI – 1 EFEKTIF
TAHUN 2
2.ZULAIKA NURUL AIDIL BT MAT GAZALI – 2 DINAMIK
TAHUN 3
1. SITI NOOR SHAFIKAH BT ANUAR – 3 EFEKTIF
2. NUR IFFAH SAHIRA BT JASRI – 3 FOKUS

KUIZ PAMERAN BERTEMA PERMAINAN TRADISIONAL
TAHUN 2
1.ZULAIKA NURUL AINI BT MAT GAZALI – 2 DINAMIK
TAHUN 3
1.NUR MIRZA MAISARAH BT MOHD FAREL – 3 INOVATIF
2.AIMAN BIN ANUAR – 3 EFEKTIF
3. NUR IFFAH SAHIRA – 3 FOKUS
4. NUR ASIAH BT NAWAWI – 3 DINAMIK
5.NUR IFFAH SAHIRA BT JASRI – 3 FOKUS
6. NUR HIDAYAH – 3 INISIATIF

Tuesday, October 23, 2012

PERTANDINGAN MELUKIS KULIT BUKU

Pertandingan Melukis Kulit Buku telah diadakan pada 23 Oktober 2012 di Bilik Media.

Tahun 6
1. Muhammad Yusuf B. Azmi (6 Dinamik)
2. Erina Melissa Bt Putra (6 Dinamik)
3. Hawa Nabilah Bt Jasmay (6 Dinamik)

Tahun 5
1. Nurul Hasya Bt Husni (5 Inovatif)
2. Nur Aqilah Bt Md Darhan (5 Inovatif)
3. Putri Nur Eva Natasha Bt Yusaini (5 Dinamik)

Tahun 6
1. Siti Aisyah Bt Adnan (4 Dinamik)
2. Nur Aisyah Nabila Bt Mohd Amir (4 Dinamik)
3. Siti Syafiqah Bt Mokhtar (4 Efektif)

BENGKEL MELUKIS KARTUN DALAM PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU 2012

Bengkel Melukis Kartun Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu telah diadakan pada 23 Oktober 2012 di Pusat Sumber SK Bangsar. Cikgu Mohd Zulkarnain Bin Nordin telah sudi berkongsi ilmu dan pengalaman dalam bidang kartunis untuk anak didik SK Bangsar. Beliau mempunyai pengalaman sebagai kartunis dalam majalah "Gila-gila" sebelum beliau bergelar seorang guru.Murid-murid diberi pendedahan tentang ilmu asas melukis kartun dari segi penghasilan fizikal watak, nama watak dan cerita berdasarkan gambar kartun yang dilukis mengikut idea dan kreativiti murid. Pelbagai watak dan reaksi yang dapat ditonjolkan. Sebenarnya murid-murid ini mempunyai bakat melukis, cuma mereka tidak dilatih secara formal untuk melukis kartun.Alhamdulillah dengan adanya bengkel ini memberi impak yang baik untuk menanam minat murid belajar sambil berhibur.
Cikgu Mohd Zulkarnain memberi penerangan cara-cara melukis muka secara asas
Hasil karya Cikgu Mohd Zulkarnain
alat tulis 
Nama pemenang melukis kartun:
1. Nurul Atirah Bt Alias - 5 Efektif
2. Nik Mazni Iryani Bt Nik Mansor -5 Dinamik
3.Nur Shuhada Bt Ikhwan - 5 Dinamik
4. Nur Anis Balqis - 5 Dinamik
5. Muhammad Hazim Haziq Bin Zainal - 
6. Amira Shazwana Bt Ahmad Shaifuddin - 4 Efektif
Hasil kerja murid
Ceria dengan hasil sendiri.

Monday, October 22, 2012

PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL - CONGKAK

Pada 22 Oktober 2012 Pertandingan permainan tradisional iaitu congkak telah diadakan Bilik Media. Murid-murid  yang terlibat terdiri daripada Tahun 4, 5 dan 6.Alhamdulillah aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar. Tahniah buat pemenang. Moga permainan tradisional ini kekal zaman berzaman.
Murid Tahun 4
Nama Pemenang :
1. Nur Syakirah  Bt Che Anuar - 4 Inovatif
2. Nur Fathiah Bt Abdul Rahim - 4 Efektif
3. Sharyna Aqeem Binti Mawari - 4 Optimal
4. Muhd Shakir Aiman Bt Mohd Fairuz - 4 Dinamik
5. Muhammad Khairul Efendi - 4 Progresif
6. Nor Izzatul Najihah Bt Ismail - 4 Inovatif
Tahun 5
1. Norarsiqin Bt Mohd Yusof - 5 Efektif
2. Nur Alia Natasha Afiqah Bt Ismadi - 5 Proaktif
3. Nurul Atirah Bt Alias - 5 Efektif
4. Intan Yasmin - 5 Inisiatif
5. Narul Farizar - 4 Optimal
6. Nurul Ameerah Bt Hariyanto - 5 Efektif
Tahun 6
1. Nor Hamira Bt Ridduan - 6 Inovatif
2. Nur Azliah Binti Dahlan - 6 Inisiatif
3. Nur Alya Atieka Bt Noor Mahadi - 6 Dinamik
4. Nur Zakdatul Fitrah Bt Razak - 6 Dinamik
5. Siti Nur Afiqah Bt Che Salim - 6 Efektif
6. Wan Amir Muazzam B. Muzafar - 6 Inisiatif

Sunday, October 21, 2012

BENGKEL MELUKIS KARTUN DALAM PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Bengkel Melukis Kartun Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu akan diadakan pada 23 Oktober 2012 (8.00 - 10.00 pagi) bertempat di Pusat Sumber SK Bangsar.
Nama peserta bengkel :
1. SITI AISYAH BT ADNAN - 4 DINAMIK
2. ADRIANA FARISYAH IMAN BT MUHD FAIRUZ - 4 DINAMIK
3. WAN NUR AINA BINTI WAN MUZAMIL - 4 DINAMIK
4. SITI SYAFIQAH BT MOKHTAR - 4 EFEKTIF
5. FITRI NUR FAIZAH BINTI ABDUL RAHMAN - 4 EFEKTIF
6. NUR SITI BATRISYA - 4 EFEKTIF
7. AIN NURFITRAH - 4 EFEKTIF
8. AHMAD NUR ISFARHAN B. MOHAMED JAFERI - 4 EFEKTIF
9. CHE NURSULHINI BT CHE ABD. SANI - 4 FOKUS
10. FARSYAHIRA BT MD HAIRUL NIZAM - 4 FOKUS
11. QUINTASYAKAMALIA BT KAMARUZAMAN - 4 INISIATIF
12. SOLEHAH BT AZIZAN - 4 INISIATIF
13. NUR AINA SOFEA BT SAMSUL IRWAN - 4 FOKUS
14. MOHD DANIEL FUEZ BIN MOHD EFFANDI- 4 FOKUS
15. ASMALEANA BT ABDUL RAHMAN - 4 FOKUS
16. RABIATUL AUNI IWANA BT ABD RASHID - 4 FOKUS
17. HANIM SYAMIRAH MOHD NAIM - 4 FOKUS
18. NUR IZATUL AZWA BT MOHD SUHAIMI -4 FOKUS
19. NURUL LYANA BT MESERANG - 4 FOKUS
20. AMIRA SHAZWANA BT AHMAD SHAIFUDDIN - 4 EFEKTIF
21. NUR FATHIAH BT ABDUL RAHIM - 4 EFEKTIF
22. MAIZATUL AMIRAH BT MAHAT - 6 DINAMIK
23. ERINA MELISSA BT PUTRA - 6 DINAMIK
24. ALEYA NADIA BT AHMAD NAIRIN - 6 EFEKTIF
25. ARIBAH BT ISKANDAR - 5 DINAMIK
26. AIDINI DESFA REZA BT MAT GAZALI - 5 DINAMIK
27. NUR ANIS BALQIS BT NORAZMAN - 5 DINAMIK
28. QISTINA BT HAYAZI - 5 DINAMIK
29. NUR AISHAH BT MOHD AZHAR - 5 DINAMIK
30. NIK MAZNI IRYANI BT NIK MANSOR - 5 DINAMIK
31. NUR SHUHADA BT IKHWAN - 5 DINAMIK
32. LIA FARIZA BT MD ANUAR - 5 DINAMIK
33. NUR ATYQAH FATIHAH BT HASZLAN - 5 DINAMIK
34. NUR FATIN AINAA BT MOHD SAAD - 5 DINAMIK
35. WAN NUR SYAHIDAH BT WAN MOHD SINUZULAN - 5 DINAMIK
36. NURUL HAYATUN FITRI BT SHARUDIN - 4 INISIATIF
37. NUR EMRINA BT MD YUSOF - 4 INISIATIF
38. RAJA EIZKANDAR HAIZAN - 4 INISIATIF
39. SITI RAFIDAH BT RAMDAN - 4 INISIATIF
40. NURUL ATIRAH BT ALIAS - 5 EFEKTIF
41. MOHAMMAD IZZAT B. MOHD RAZALI - 5 RESPONSIF
42. MUHAMMAD HAZIM HAZIQ BT ZAINAL - 5 RESPONSIF
43. MUHAMMAD ZARTH ISKANDAR B. ZAINUN - 5 RESPONSIF

MINGGU ALAM SEKITAR MALAYSIA (MASM)- 21 OKTOBER SETIAP TAHUN

21 Oktober 2012- Minggu Alam Sekitar Malaysia
Tema : Terima kasih kerana menghayati alam sekitar. Pemuliharaan alam sekitar tanggungjawab bersama.

Maklumat lanjut mengenai Minggu Alam Sekitar Malaysia, sila layari :

Wednesday, October 17, 2012

PERTANDINGAN WARNA-WARNI LEBARAN 2012

Nama Pemenang
Tahun 1
1. Danial Darimi B. Affandi - 1 Fokus
2. Siti Solehah - 1 Efektif
3. Rahmah Binti Mohd Awal - 1 Dinamik
Tahun 4
1. Amira Aqila - 4 Responsif
2. Wan Nurul Shazana - 4 Optimal
3. Khairul Ikhwan - 4 Inovatif
Tahun 5
1. Wardatul Farha Binti Rafizal - 5 Fokus
2. Siti Mariam Bt Shamsudin - 5 Fokus
Tahun 6
1. Nur Nafisah Bt Ibrahim - 6 Inovatif
2. Rusyidina Adilah Bt Rashid - 6 Dinamik
Kategori Guru
Guru Sesi Pagi
1. Pn Siti Fazlina Saffarudin
2.Pn Mariah Bt Abdullah
Guru Sesi Petang
1. Cik Ani Syaliza Bt Yunos

PERTANDINGAN MELUKIS MURAL 2012

Pertandingan melukis mural anjuran KL Eco City
Encik Ismail bersama murid melukis mural


POSTER READ

Poster Read diterima bersama borang penyertaan

Tuesday, October 16, 2012

BORANG READ 2012

KEM MEMBACA 1 MALAYSIA 2012
24 OKTOBER 2012
READ 2012
Borang Penyertaan 
Tulis nama buku dan tarikh membaca
Sijil Penyertaan- Murid akan diberi sijil penghargaan setelah melibatkan diri dengan membaca buku selama 2012 saat.

Saturday, October 13, 2012

TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU DAN PEKERJA SK BANGSAR 25 MEI 2012

Kata-kata aluan:
- Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.
- Yang Berusaha Encik Mohd Ali Bin Kasmun GPK Tadbir dan Kurikulum,  Pn Nor Shafina Bt Yasak GPK HEM, , Encik Ismail Bin Ahmad GPK Kokurikulum, Pn Tanma Rajasegaran Penyelia Petang , guru-guru, para pekerja dan murid-murid yang saya kasihi sekalian.
 – Bersyukur kita ke hadrat Ilahi, kerana pada pagi yang mulia ini, kita dapat bersama-sama berkumpul bagi meraikan Majlis Hari Guru dan Pekerja peringkat sekolah bagi tahun 2012. 
Istana kota sebelas tingkat,
Tempat baharu nakhoda pekan;
Sama kata sama sepakat,
Hari Guru dan pekerja mari raikan.
-Hari Guru disambut pada tarikh 16 Mei saban tahun bagi mengenang jasa dan pengorbanan guru-guru di Malaysia dalam mendidik anak bangsa.
-Dengan pengorbanan yang tidak berbelah bagi, maka lahirlah warga negara yang berjaya dalam hidup dan seterusnya mampu membangunkan negara Malaysia yang berjaya.
-Ini bertepatan dengan tema Hari Guru pada tahun ini iaitu “Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara”
- Hari Pekerja diraikan pada 1 Mei . Tujuan sambutan hari pekerja ini adalah salah satu tanda memperingati para pekerja sebagai tunjang utama bagi kejayaan ekonomi dan sosial negara.
Tema Hari Pekerja pada tahun ini ialah “ Pekerja Berinovatif Penggerak Transformasi ”.

Bacaan doa :

Bunga mawar cantik tersemat,
Dipetik gadis di tepi titi;
Doa dibaca memohon Rahmat,
Moga Majlis sentiasa diberkati.

-Bagi memberkati majlis pada pagi ini, dipersilakan Ustaz Abd Halim Bin Tasliman untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. -Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

-Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.
Ucapan Wakil Guru Sesi Pagi :
Waktu malam melihat bulan,
Mendengar pungguk berlagu merdu,
Selamat hari guru kita ucapkan,
Kerana jasa menaburkan ilmu
-Majlis diteruskan dengan segala hormatnya mempersilakan  Encik Adenan Bin Mustapha bagi menyampaikan ucapan wakil guru sesi pagi sempena perayaan Hari Guru dan Pekerja peringkat sekolah. Dipersilakan.
-Majlis mengucapkan terima kasih kepada Encik Adnan Bin Mustapha
di atas ucapan sebentar tadi. 

Ucapan Wakil Guru Petang :

Burung pipit burung helang,
terbang tinggi tidak sejajar;
biar sejuta rintangan menghalang,
tetapku gagah teguh mengajar.
-Sidang majlis sekalian, seterusnya dijemput Encik Nik Anuar Bin Nik Yaacob untuk menyampaikan ucapan wakil guru sesi petang sempena perayaan Hari Guru dan Pekerja sekolah. Dipersilakan. .
- Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Nik Anuar Bin Nik Yaacob di atas ucapan sebentar 
Ucapan GPK Tadbir dan Kurikulum:
Pohon palma tegak berdiri,
Ditanam mari tepi bangunan;
Ilmu di dunia terus dicari,
Jasa guru dilupa jangan.
-Majlis diteruskan dengan segala hormatnya mempersilakan Encik Mohd Ali Bin Kasmun Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum SK Bangsar bagi menyampaikan ucapan sempena perayaan Hari Guru dan Pekerja peringkat sekolah. Dipersilakan.
-Majlis mengucapkan terima kasih kepada Encik Mohd Ali Bin Kasmun di atas ucapan sebentar tadi.
Teratai Melati Melur dan Mawar,
Bunga-Bungaan Harum dan Wangi,
Guru Laksana Pelita Pelajar,
Penyuluh Kegelapan Penerang Hati.
- Beralih kita ke acara seterusnya dengan menjemput semua guru naik ke pentas untuk melafazkan ikrar yang akan diketuai oleh Encik Norhazlesham Bin Mad.
- Selepas itu kita akan diperdengarkan dengan kelunakan suara oleh para guru. dengan nyanyian lagu “Guru Malaysia” dan lagu tema Hari Guru
Sesi Pertukaran Hadiah :
Putik baru mekar di laman,
Kembang kudup kumbang terikat;
Hargaiku sepanjang zaman,
Agar hidup beroleh berkat.
Hadirin sekalian,       
-Majlis diteruskan dengan acara pertukaran hadiah. Dimulakan dengan guru bernama _______________________ naik ke pentas untuk memberi hadiah kepada ________________________

Penyampaian Hadiah :
Buah beluru buah sawa,
Minta sekati bawa ke darat,
Azam guru ke hujung nyawa,
Tabur bakti sampai ke akhirat.
Hadirin sekalian,
-Majlis mempersilakan  Pn Nur Shafina Binti Yasak mengiringi oleh Encik Ismail  Bin Ahmad GPK kokurikulum untuk menyampaikan hadiah sukaneka  dan perlawanan bola sepak.
- Majlis mengucapkan terima kasih kepada Encik Ismail GPK kokurikulum kerana sudi menyampaikan hadiah.
Angin menderu dengan sepoinya,
Di anak tangga duduk berperikan;
Kasih guru akan muridnya,
Masa dan tenaga rela korbankan.
-Majlis mempersilakan  Pn Nur Shafina Binti Yasak mengiringi oleh Encik Mohd Ali Bin Kasmun GPK Tadbir dan Kurikulum untuk menyampaikan Anugerah Khas SK Bangsar  sempena Hari Guru dan Pekerja.
- Majlis mengucapkan terima kasih kepada Encik Mohd Ali Bin Kasmun GPK Tadbir dan Kurikulum  kerana sudi menyampaikan anugerah khas.
- Tahniah diucapkan kepada guru dan pekerja  yang telah menerima Anugerah Khas daripada pihak sekolah.
Semua murid diminta berdiri untuk kita sama-sama menyanyikan lagu Negaraku.
-Akhir kata tamatlah sudah majlis kita pada hari ini. Sekali lagi syabas dan tahniah kepada warga SK Bangsar kerana dapat bersama-sama meraikan sambutan Hari Guru dan Pekerja peringkat sekolah.
Bunga seroja di atas cemara,
Jatuh sekuntum di atas para;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua yang kami pinta.
SEKIAN.SALAM SEJAHTERA
WABILLAHI TAUFIK WAHIDAYAH.WASSALAMUALAIKUM WBT…

Wednesday, October 10, 2012

LAPORAN PERASMIAN BULAN MEMBACA 2012

                            
1.0 TAJUK PROGRAM
1.1  Majlis Perasmian Bulan Membaca 2012  
2.0 TEMPOH PELAKSANAAN
Tarikh             : 2 Julai 2012
3.0 TEMPAT
3.1 Dewan Sekolah Kebangsaan Bangsar
4.0 OBJEKTIF
4.1  Membudayakan sikap suka membaca dikalangan warga SK Bangsar khususnya pelajar.
4.2  Memberi peluang kepada warga SK Bangsar menggunakan Pusat Sumber Sekolah semaksimum untuk tujuan membaca dan membuat rujukan.
4.3  Mempunyai keyakinan diri yang tinggi bagi mencapai tahap kecemerlangan diri.
4.4  Menjadi contoh serta teladan kepada pelajar lain.

5.0      AJK PELAKSANA
Pengerusi
Pn Che Norizam Binti Abdullah
Guru Besar
Naib Pengerusi
Encik Ali Bin Kasmun
GPK Tadbir dan Kurikulum
Pn Nor Shafina Bt Yasak
GPK HEM
Encik Ismail B. Ahmad
GPK Kokurikulum
Pn Tanma a/p Rajasegaran
Penyelia Petang
Penyelaras  Program Pagi
Cik Norhazalina Binti  Hashim
Penyelaras Program Petang
Pn Nor Asiah Binti Bidin
Setiausaha
Cik Amie Binti Ismail
Bendahari :
Cik Norfazliah Binti Mohamed
Ahli Jawatankuasa :
 Ketua Panitia Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik
Semua AJK Panitia
Pengawas Pusat Sumber
Tahun 6 – Encik Naharudin Bin Mahpot
PA Sistem
Encik Mohd Shahrol Bin Ibrahim
Encik Abdul Halim Bin Abdullah
Encik Mohd Hafiz Bin Saad
Encik Hafizuddin Bin Subarni
Juruacara
Pn Surinderjeet Kaur
Encik Ruslan Bin Basri
Pn Nor A’ain Bt Hasanudin
Pn Tengku Khairul Zahiah Bt Tengku Kamaludin
Buku Program
Pn Suzana Binti  Ismail
Pn Norherlena Binti Abdul Karim
Gimik Perasmian
Encik Mohd Zulkarnain Bin Nordin
Pn Nor Laili Bin Abdul Aziz
Encik  Afiq Bin Nazarudin
Pn Elis Afia Binti Osman
Backdrop
Cik Siti Mursyidah Binti Ahmad Sabri
Cik Sa’diah Binti Mahmud
Pn Nor Aznen Binti Jamil
Pn Mariah Binti Abdullah
Pn Siti Fazlina Bt Saffardin
Pn Nadia Binti Ishak
Pn Nornadiah Bt Senin
Pn Sarimah Muhamad
Pn Roszaini Bt Mohd Zin
Pn Norhafizah Binti Delmi
Persiapan Dewan
Pn Noorafaizah Binti Abdullah
Pn Siti Norfauzaliana Binti Abdul Rajab
Ketua  Panitia Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains
Dokumentasi
Pn Siti Norsakinah Binti Mohd Shakri
Pn Nik Nurshuhada Binti Hamid 
6.0      AKTIVITI PELAKSANAAN
 7.30 pagi      Murid berkumpul di Dewan Bestari
                      Guru-guru mengambil tempat
7.40 pagi       Ucapan Pengerusi Majlis
7.45 pagi       Bacaan Doa
7.50 pagi       Ikrar
                     Nyanyian lagu Negaraku dan Wilayah Persekutuan
8.05 pagi       Taklimat Pelaksanaan Bulan Membaca  
                     Oleh : Cik Norhazalina Binti Hashim
8.20 pagi      Ucapan Perasmian Bulan Membaca 2012
                     Oleh : Guru Besar Pn Che Norizam Binti Abdullah
8.30 pagi      10 minit bersama buku
8.40 pagi       Penyampaian Hadiah
8.50  pagi      Nyanyian lagu “Membaca Gaya Wawasan”
Lagu Sekolah
9.00 pagi       Bersurai 
7.0      KUMPULAN SASARAN
Semua pelajar SK Bangsar
8.0      IMPAK
8.1 Mendapat kerjasama daripada AJK Pelaksana untuk menjayakan Majlis
      Perasmian Bulan Membaca 2012
8.2 Murid dapat mengetahui aktiviti yang akan dilaksanakan sempena bulan              membaca.
8.3 Memberi kesedaran kepada murid kepentingan membaca dan menimba ilmu.
9.0      LAPORAN
Majlis Perasmian Bulan Membaca 2012 telah diadakan dengan jayanya pada 2 Julai 2012 dengan kerjasama daripada semua ahli jawatankuasa yang dilantik. Majlis ini telah berjalan dengan baik sebagaimana yang telah dirancangkan.
Taklimat pelaksanaan Bulan Membaca telah disampaikan oleh Cik Norhazalina bt. Hashim. Dalam taklimat tersebut beliau menerangkan kepentingan membaca khususnya dikalangan pelajar serta aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang Bulan Membaca ini. Antara program yang dirangka untuk para pelajar adalah pengunjung bertuah Pusat Sumber, pameran bertema “Olimpik London”,kuiz, pertandingan mewarna dan melukis kulit buku.
Ucapan Perasmian Bulan Membaca 2012 telah disampaikan oleh Pn. Nor Shafina Bt Yasak selaku Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Bangsar sekaligus merasmikan majlis tersebut. Dalam ucapan perasmian beliau menasihatkan dan memberi peringatan kepada para pelajar supaya membiasakan diri dengan amalan membaca tidak kira di mana sahaja berada. Disamping itu, beliau menggalakkan para pelajar agar mengikuti dan mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Sumber Sekolah.
Acara 10 minit bersama buku telah berjalan dengan baik kerana semua murid telah membawa buku masing-masing sebelum berkumpul di dewan. Seterusnya majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah.
Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu “Membaca Gaya Wawasan” serta lagu sekolah sebelum bersurai pada jam 9.00 pagi.
10.0PENUTUP 
Majlis ini adalah titik permulaan kepada pemupukan budaya membaca dikalangan pelajar. Semoga dengan adanya program seumpama ini dapat memberi kesedaran kepada pelajar kepentingan membaca serta melahirkan pelajar yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi.
11.0     LAMPIRAN
11.1   Gambar Majlis Perasmian Bulan Membaca 2012.

 Disediakan oleh :                                        

..........................................................
(SITI NORSAKINAH BT MD SHAKRI)

 Disemak oleh :

...................................................
(CIK NORHAZALINA BINTI HASHIM)
PENYELARAS

Disahkan oleh :

..............................................
(PN CHE NORIZAM BT ABDULLAH )
 GURU BESAR
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...