Flipbook.

Tuesday, October 30, 2012

BENGKEL KHIDMAT BANTU 2012

Pusat Sumber SK Bangsar bersama 5 buah sekolah (SMK Taman Tun Dr Ismail, SMK Seri Bintang Utara, SMK Batu Muda, SK Desa Pandan, dan SK Seri Bintang Utara)di Kuala Lumpur telah terpilih untuk Khidmat Bantu anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan Kuala Lumpur. Pusat Sumber SK Bangsar mewakili PKG Bangsar. Pihak penganjur memberi bantuan dari segi makanan dan pencetakan bahan. Pusat Sumber telah mengadakan Khidmat Bantu selama 2 hari (29-30 Oktober 2012). Peserta bengkel terdiri daripada Pn Zalina Mohamad, Encik Zulkifli Bin Saad, Cik Norhazalina serta 7 orang Pengawas Pusat Sumber SK Bangsar tahun 4 dan 6. Pihak BTPNKL dan PKG Bangsar telah datang melawat serta mengambil gambar dan membuat rakaman video semasa sesi bengkel.
Wan Nur Aina memproses buku baru dalam sistem automasi S-Lib.
Pengawas Pusat Sumber mengemas dan menyusun semula buku di rak bacaan guru.
Cikgu Zulkifli mengalihkan sudut pameran ke lokasi yang baru.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...