Flipbook.

Sunday, May 6, 2012

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PERPUSTAKAAN KUALA LUMPUR DAN KUALA LUMPUR CITY GALLERY

 LAPORAN PENUH 

1.0 TAJUK PROGRAM
 Lawatan sambil belajar ke Perpustakaan Kuala Lumpur dan Kuala Lumpur City Gallery. 
2.0 TEMPOH PELAKSANAAN
Tarikh             : 10 April 2012 (Selasa)
3.0 TEMPAT
Perpustakaan Kuala Lumpur dan Kuala Lumpur City Gallery
4.0 OBJEKTIF
4.1  Mendedahkan murid-murid kepada sejarah awal penubuhan Kuala Lumpur.
4.2 Menimba pengetahuan  ilmu sains perpustakaan.
4.3 Menyediakan diri murid peluang untuk mendapat pengalaman pembelajaran di luar bilik darjah dan menjadikan pembelajaran dan pengalaman yang lebih bermakna dan menarik.
4.4 Memperkembangkan kemahiran bahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi dan bersosialisasi dengan masyarakat.
4.5 Membentuk tingkah laku dan sikap murid untuk lebih berdaya saing.
5.0      AJK PELAKSANA
Jawatankuasa yang akan melaksanakan program ini adalah seperti di bawah :
Penasihat                              : Pn Che Norizam Binti Abdullah
                                                    Guru Besar
Pengerusi                             : Encik Mohd Ali Bin Kasmun
                                               GPK Tadbir dan Kurikulum
Naib Pengerusi                    : Pn Nor Shafina Bt Yasak – GPK HEM
                                                 Encik Ismail Bin Ahmad – GPK Kokurikulum
                                                 Pn Tanma a/p Rajasegaran - Penyelia Petang
Penyelaras                            : Cik Norhazalina Binti Hashim
Bendahari                             : Pn Nor Asiah Binti Bidin
Disiplin                                  : Encik Mohd Nazir Bin Majid      
Jurukamera                          : Encik Zulkifli Bin Saad
Dokumentasi                       : Cik Norhazalina Binti Hashim
6.0      AKTIVITI PELAKSANAAN

BIL
MASA
PERKARA
CATATAN

1.

7.30  pagi
Peserta rombongan berkumpul di Dewan SK Bangsar
-       Pembahagian kumpulan
-       Taklimat oleh guru
Mendengar taklimat
2.
7.45 pagi
Sarapan di kantin

3.
8.15  pagi
Bertolak ke Perpustakaan Kuala Lumpur dan Kuala Lumpur City Gallery

4.
9.00 pagi
Tiba di Perpustakaan Kuala Lumpur

5.
9.05  pagi
Taklimat mengenai Perpustakaan Kuala Lumpur – oleh wakil Perpustakaan Kuala Lumpur
Catatan dibuat oleh peserta
6.
9.30 pagi
Pertandingan Teka silang kata
Literasi Maklumat
7.
10.00 pagi
Pertandingan Bijak Mengeja
Literasi Maklumat
8.
10.30 pagi
Pertandingan Permainan Dalaman- Congkak
Literasi Maklumat
9.
11.30 pagi
Penyampaian Hadiah

10.
12.00 tengah hari
Jamuan

11.
12.30 tengah hari
Lawatan Kuala Lumpur City Gallery
Sesi Fotografi
Literasi Maklumat
12.
1.30 petang
Pulang ke SK Bangsar

13.
2.00 petang
Dijangka tiba ke SK Bangsar


7.0      KUMPULAN SASARAN
40 orang murid Tahun 4,5 dan 6
8.0       IMPAK
8.1 Mendapat kerjasama daripada AJK Pelaksana untuk menjayakan lawatan ini.
8.2 Murid dapat mengetahui lokasi Perpustakaan Kuala Lumpur
8.3 Murid dapat mengaplikasi kemahiran literasi maklumat melalui aktiviti teka
silang kata dan permainan congkak.
8.4 Murid dapat mengetahui sejarah awal penubuhan Kuala Lumpur di Kuala
Lumpur City Gallery.
9.0        LAPORAN
Pusat Sumber SK Bangsar telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Perpustakaan Kuala Lumpur dan Kuala Lumpur City Gallery pada 10 April 2012. Seramai 40 orang murid yang terdiri daripada Tahun 4, 5 dan 6 serta 4 orang guru pengiring. Murid-murid berkumpul di Dewan Bestari SK Bangsar untuk dibahagikan kepada 4 kumpulan. Taklimat ringkas telah disampaikan oleh Cik Norhazalina Binti Hashim mengenai disiplin dan kerja kumpulan yang diberikan.
Para peserta lawatan menikmati sarapan pagi nasi goreng cina , sandwich dan kuih-muih. Tepat pada pukul 8.15 pagi bertolak ke Perpustakaan Kuala Lumpur. Kami tiba di Dataran Merdeka pada pukul 8.45 pagi untuk sesi fotografi. Murid-murid dapat melihat lebih dekat Bangunan Sultan Abdul Samad dan Dataran Merdeka yang mempunyai sejarahnya yang tersendiri.
Kami disambut oleh wakil Perpustakaan Kuala Lumpur. Pihak Perpustakaan Kuala Lumpur menyampaikan taklimat ringkas. Murid dibahagikan kepada empat kumpulan. Acara pertama teka silang kata. Borang pertandingan diserahkan kepada semua murid. Murid diberi 30 minit untuk menjawab soalan teka silang kata. Peserta yang paling awal dan menjawab dengan betul akan dikira pemenang.
Acara kedua permainan tradisional iaitu congkak. Murid bermain secara kalah mati. Murid-murid dapat mengenali dan mengetahui permainan tradisional dengan mengalami sendiri. Setelah pengiraan pemenang, murid-murid berkumpul di tingkat bawah untuk majlis penyampaian hadiah.
Setelah majlis penyampaian hadiah , kami dijamukan dengan makan tengah hari nasi hujan panas.Setelah menikmati makan tengah hari, pihak sekolah telah menyampaikan cenderahati buat Perpustakaan Kuala Lumpur.
Para peserta lawatan pula melawat Kuala Lumpur City Gallery. Murid-murid membaca dan melihat artifek mengenai Kuala Lumpur dan bangunan-bangunan lama yang terdapat di Kuala Lumpur. Murid-murid berpeluang melihat cara pembuatan arca dengan lebih dekat. Akhir sekali, kami membeli-belah di kedai cenderahati yang berkaitan barangan yang mempunyai nilai estatik.
Kami bergambar di sekitar kawasan Kuala Lumpur City Gallery. Tepat pada pukul 12.30 tengah hari, para peserta bertolak ke SK Bangsar. Majlis Penyampaian hadiah buat kumpulan yang memenangi kuiz dan laporan terbaik yang telah disempurnakan oleh Encik Mohd Ali Bin Kasmun Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum pada 23 April 2012 bertempat di Dataran Perhimpunan.
 10.0      PENUTUP
Lawatan ini murid-murid dapat menimba ilmu sains perpustakaan dan mengenai permaianan tradisional. Murid-murid dapat mengenal lebih dekat bangunan Sultan Abdul Samad dan Dataran Merdeka yang mempunyai sejarah kemerdekaan. Murid-murid juga dapat mengaplikasi ilmu yang diperolehi daripada lawatan ini dalam pembalajaran yang lebih berkesan dan bermakna.
 11.0    LAMPIRAN
11.1   Nama-nama murid-murid dan guru.
11.2   Nama kumpulan
11.3    Gambar

Disediakan oleh :
CIK NORHAZALINA BINTI HASHIM 

Thursday, May 3, 2012

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUMPULAN MEDIA KARANGKRAF SHAH ALAM SELANGOR


1. TAJUK PROGRAM
“ LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE
KUMPULAN MEDIA KARANGKRAF SHAH ALAM SELANGOR”

2. PENGENALAN
      Program Lawatan Sambil Belajar ke Kumpulan Media  Karangkraf Shah Alam untuk memberi pendedahan kepada murid-murid dalam bidang penerbitan. Kumpulan Media Karangkraf adalah penerbit majalah berbahasa Melayu terbesar di Malaysia dengan 28 tajuk di bawahnya. Sepanjang 30 tahun penglibatan di dalam industri penerbitan.
    Aktiviti ini melibatkan 40 orang murid Tahun 5, 6  dan disertai oleh 4 orang guru pengiring. Dengan adanya program seperti ini ia dapat menyediakan pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih fleksibel, menarik, berfokus dan bersesuaian dengan keupayaan serta kebolehan murid,.
Selain itu, lawatan sambil belajar ini juga selaras dengan Kementerian Pelajaran Malaysia yang mahukan setiap murid menghadiri aktiviti luar bilik darjah yang sesuai untuk memberikan pemahaman dan pengetahuan berkaitan penerbitan dan pengiklanan
3. MATLAMAT 
      Matlamat program ini adalah untuk melahirkan generasi murid yang cemerlang, beriman, berakhlak mulia dan berketerampilan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara ke arah menjayakan Wawasan 2020. 
4. OBJEKTIF
  • Mendedahkan murid-murid kepada proses penerbitan buku, majalah dan surat khabar
  • Mengetahui sejarah penubuhan Karangkraf.
  • Menyediakan diri murid peluang untuk mendapat pengalaman pembelajaran di luar bilik darjah dan menjadikan pembelajaran dan pengalaman yang lebih bermakna dan menarik.
  • Memperkembangkan kemahiran bahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi dan bersosialisasi dengan masyarakat.
  • Membentuk tingkah laku dan sikap murid untuk lebih berdaya saing.
5.JAWATANKUASA LAWATAN
Jawatankuasa yang akan melaksanakan program ini adalah seperti di bawah :
Penasihat                     : Pn Che Norizam Binti Abdullah
Pengerusi                     : Encik Mohd Ali Bin Kasmun
                                         GPK Tadbir dan Kurikulum
Naib Pengerusi           : Pn Nor Shafina Bt Yasak – GPK HEM
                                        Encik Ismail Bin Ahmad – GPK Kokurikulum
                                         Pn Tanma a/p Rajasegaran
Penyelaras                 : Cik Norhazalina Binti Hashim
Bendahari                  : Cik Nurfazliah Binti Muhamad
Disiplin                      : Encik Mohd Nazir Bin Majid       
Jurukamera               : Encik Zulkifli Bin Saad
Dokumentasi            : Cik Norhazalina Binti Hashim
6.  TARIKH LAWATAN
28 Jun 2012 – Khamis
7. TEMPAT LAWATAN
Kumpulan Media Karangkraf Shah Alam Selangor
8. KUMPULAN SASARAN
Murid-murid Tahun  5 dan 6 : 40  orang
Guru  : 4 orang  
9.  TENTATIF PROGRAM LAWATAN
BIL
MASA
PERKARA
CATATAN

1.

7.30  pagi
Peserta rombongan berkumpul di Dewan SK Bangsar
-       Pembahagian kumpulan
-       Taklimat oleh guru
-        
Mendengar taklimat
2.
7.45 pagi
Sarapan di kantin


3.
8.10  pagi
Bertolak ke Karangkraf


4.
9.00 pagi
Tiba di Karangkraf


5.
9.05  pagi
Taklimat mengenai Karangkraf– oleh wakil  Karangkraf

Catatan dibuat oleh peserta
6.
9.30 pagi
Lawatan ke Bahagian Editorial & CSI (Jabatan Grafik)

Literasi Maklumat
7.
10.30 pagi
Lawatan ke kilang percetakan

Literasi Maklumat
8.
11.30 pagi
Jamuan & sesi dialog dengan Pengarah Urusan sekiranya ada

Literasi Maklumat
9.
12.15 tengah hari
Mengunjungi kedai buku

Literasi Maklumat
10.
12.30 tengah hari
Bersurai


11.
12.35 tengah hari
Fotografi


12.
1.00 petang
Pulang ke SK Bangsar


13.
2.00 petang
Dijangka tiba ke SK Bangsar


10. BAJET
Bil
Perkara
Perbelanjaan
Peruntukan
Jumlah
1
 Sewa bas
1 bas X RM 250
PSS
RM 300.00
2
 Makanan dan minuman
Murid  - RM 5 X 40 orang=RM200.00
Bimbingan dan kaunseling
Kokurikulum
RM 200.00
3
 Hadiah hamper
1 kumpulan –
10 0rang murid
Tempat 1 x RM 60.00 = RM 60.00
Tempat 2 x RM 50.00 = RM 50.00
Tempat 3 x RM 40.00 = RM 40.00
Tempat 4 x RM 30.00 = RM 30.00
Bimbingan dan kaunseling
Kokurikulum
RM 180.00
5.
 Gambar
RM 30.00
Panjar wang
runcit
RM 30.00
6.
 Dokumentasi
RM 30.00
Panjar wang
runcit
RM 30.00
7.
Album
RM 20.00
Panjar wang
runcit
RM 20.00


Jumlah

RM 760.00
11.  PENUTUP 
Pihak kami berharap agar objektif lawatan sambil belajar ini dapat direalisasikan dengan sebaik-baiknya. Diharap juga murid-murid dapat mewarisi amalan lawatan sambil belajar yang baik dan berfaedah serta dapat melahirkan pemimpin yang berkaliber dan dapat menerajui generasi muda yang akan datang dalam menghadapi cabara-cabaran alaf baru. Akhir sekali diharapkan lawatan sambil belajar ini mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...