Menu Bar

Thursday, January 31, 2013

SELAMAT HARI WILAYAH PERSEKUTUAN

1 Februari 1974, Kuala Lumpur telah diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Labuan pula dimasukkan ke dalam Wilayah Persekutuan pada 16 April 1984. Manakala Wilayah Persekutuan Putrajaya pada 1 Februari 2001.
Ketiga-tiga wilayah ini diletakkan di bawah pentadbiran Kementerian Wilayah Persekutuan yang bertanggungjawab menyelaras dan merancang pembangunan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Kuala Lumpur merupakan ibu negara,Labuan pula merupakan Pusat Peniagaan dan Kewangan Antarabangsa manakala Putrajaya telah dijadikan pusat pentadbiran kerajaan persekutuan.
 
1 Februari 2013
Maju dan Sejahtera

Inilah wilayah bumi yang bertuah
Maju membangun dijulang megah
Aman sentosa di sepanjang masa
Teguh disemai sentiasa

Membara semangat setiap warganya
Cergas mindanya semangat waja
Pada wilayah ditumpah setia
Hormat hormati penuh mesra

Bersatulah Berbaktilah
Semua warga wilayah

Sayangilah Lindungilah
Sepenuh jiwa raga

Kita jaga keharmonian semua
Maju sejahtera
Wilayah Persekutuan

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...