Menu Bar

Saturday, March 2, 2013

MAJLIS PENUTUPAN MINGGU BAHASA MELAYU 2013

Majlis Penutupan Minggu Bahasa Melayu telah diadakan pada 22 Februari 2013 di Dewan Bestari. Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Mohd Ali Bin Kasmun - Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum.

PENGENALAN :
Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi dan bahasa perpaduan  di Negara Malaysia.  Bahasa Melayu juga adalah bahasa pengantar di semua sekolah rendah kebangsaan dan sekolah menengah di negara ini.  Para  pelajar di Malaysia perlu mampu menggunakan Bahasa Melayu. dengan betul supaya dapat memahami pelajaran yang diajar di sekolah dengan baik. 
RASIONAL :
Sekolah menjadi wahana dalam usaha mendaulatkan dan memperkasa Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Lantaran itu, pelbagai aktiviti mampu dijalankan bagi menarik penyertaan warga sekolah khasnya pelajar-pelajar agar lebih mahir berkomunikasi dan seterusnya melahirkan semangat cinta akan bahasa kebangsaan.
TEMA:
“Bahasa Jiwa Bangsa”

MATLAMAT :
Program Minggu Bahasa Melayu membimbing dan mempertingkatkan pengetahuan tentang aspek budaya sesuatu bahasa terutama dari segi kesantunan bahasa.

OBJEKTIF :
1. Mendedahkan keunikan Bahasa Melayu dari pelbagai aspek.
2. Meningkatkan penghayatan terhadap kehalusan budaya di sebalik kewujudan Bahasa Melayu.
3. Menimbulkan minat dalam kalangan individu untuk menguasai Bahasa Melayu.
4. Melahirkan individu yang menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif dan semangat patriotik  bertunjangkan Bahasa Melayu.

Atur cara
Sesi Pagi
7.30 pagi
Murid berkumpul
di Dewan Bestari
Guru-guru mengambil tempat
7.40 pagi
Ucapan Pengerusi Majlis
7.45 pagi
Bacaan doa oleh
Ustaz Mansor Bin Kamis
8.00 pagi
Ucapan Penyelaras
Minggu Bahasa Melayu
Pn Hamidah Bt Hashim
8.10  pagi
Ucapan Perasmian Penutupan
Minggu Bahasa Melayu oleh 
Pn Che Norizam Binti Abdullah
Guru Besar
8.20pagi
Persembahan
· Deklamasi Sajak
· Pidato 
8.35 pagi
Penyampaian Hadiah 
8.45 pagi
Bersurai

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...