Flipbook.

Wednesday, July 31, 2013

HARI PAHLAWAN

31 Julai 2013 - Rabu


DEMONSTRASI MEMBUAT KETUPAT PALAS

30 Julai 2013- Cikgu Zulkifli dan guru-guru praktikum dari IPBA telah sudi membuat membuat ketupat palas. Murid-murid dapat melihat lebih dekat kaedah membuat ketupat palas. Murid diberi peluang mencuba membuat ketupat palas dengan bimbingan guru-guru. 
Palas bermaksud tumbuhan (palma yg daunnya dibuat atap, pembalut ketupat, dll) - Sumber Kamus Dewan Edisi Keempat- http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=ketupat+palas
 Daun palas yang dibawa khas dari Kedah oleh Cikgu Zulkifli
 ketupat palas yang telah siap
 Guru-guru praktikum mencuba membuat ketupat palas
 Guru menunjuk cara membuat ketupat palas kepada murid-murid Tahun 6
 Murid-murid diberi peluang membuat ketupat palas. Pengalaman yang paling berharga kerana buat kali pertama mereka membuat ketupat palas.


Monday, July 29, 2013

PROGRAM MENTOR MENTEE

29 JULAI 2013
Buku Program


1.         Pengenalan

Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Program mentor mentee merupakan satu proses interaksi antara guru dan murid melibatkan tindakan seperti membimbing, menyokong dan memberi nasihat. Mentor bukan sahaja menitikberatkan individu (mentee) dan perhubungan psikologi menteenya, tetapi juga membimbing, memberi penghargaan, kasih saying dan mengasah kemahiran-kemahiran lain seperti membuat keputusan, menghadapi masalah atau mengatasi tekanan dan berusaha membimbing menteenya menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan negara.
2.         Konsep
Membangun sahsiah Diri Murid Melalui Budaya Amalan Penyayang
3.         Rasional
3.1  Setiap murid mempunyai kebolehan membangun potensi diri bagi meningkatkan
       pencapaian sahsiah diri melalui bimbingan dan panduan daripada mentor
3.2 Murid masa kini terdedah dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi tuntutan
      remaja yang sudah pasti amat memerlukan sokongan, bimbingan, panduan dan
      perhatian bagi membolehkan mereka menikmati kehidupan dengan lebih optimis
      dan menyeronokkan.
ATUR CARA PROGRAM SESI PAGI
8.30 pagi :  Semua guru dan murid berkumpul di Dewan Bestari
8.40 pagi :  Ucapan alu-aluan oleh Pengacara Majlis
8.50 pagi :  Bacaan doa oleh Ustaz Mohd Sabri b. Che Bedolah
9.00 pagi  :  Ucapan Pengerusi Program oleh Pn. Nor Shafina bt. Yasak
        GPK HEM SK Bangsar
9.20 pagi  :  Ucapan Perasmian oleh Pn. Che Norizam bt. Abdullah
        Guru Besar SK Bangsar
9.40 pagi  :  Persembahan Murid Pra Sekolah
10.00 pagi :  Majlis Watikah Pelantikan Mentor
10.40 pagi :  Majlis Bersurai
ATUR CARA PROGRAM SESI PETANG
1.10 ptg :  Semua guru dan murid berkumpul di Dewan Bestari
1.20 ptg :  Ucapan alu-aluan oleh Pengacara Majlis
1.30 ptg :  Bacaan doa oleh Ustaz Ab Rahim Mat Junoh
1.40 ptg :  Ucapan Pengerusi Program oleh Pn. Nor Shafina bt. Yasak
                 GPK HEM SK Bangsar
2.00 ptg :  Ucapan Perasmian oleh Pn. Che Norizam bt. Abdullah
     Guru Besar SK Bangsar
2.20 ptg :  Persembahan Murid
2.30 ptg  :  Majlis Watikah Pelantikan Mentor
3.00 ptg  :  Majlis Bersurai
Ucapan GPK HEM- Pn Nor Shafina Bt Yasak
Ucapan Perasmian oleh Pn Che Norizam Binti Abdullah - Guru Besar SK Bangsar
Persembahan murid-murid Prasekolah




4.0 Objektif
Melalui program ini, murid diharapkan dapat;
4.1          Mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat menghormati antara mentor dan mentee.
4.2          Mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama lain.
4.3          Membina keyakinan diri dalam menghadapi masalah, hasil dari bimbingan dan sentuhan dari mentor yang sentiasa mengambil berat (caring) terhadap kebajikan mereka.
5.0 Pelaksanaan
5.1          Program dilaksanakan kepada semua murid SK Bangsar
5.2          Melaksanakan program mentor mentee sebagai aktiviti rasmi sekolah mengikut kesesuaian masa seperti :
a)      Waktu perhimpunan rasmi
b)      Waktu kokurikulum
c)      Selepas waktu persekolahan
5.3          Perjumpaan diadakan sekurang-kurangnya 10 kali setahun. Jangka masa perjumpaan adalah antara 30 hingga 40 minit dan 1 kali dalam sebulan.
5.4          Pengisian bagi setiap perjumpaan adalah berdasarkan Modul Pelaksanaan Mentor Mentee yang mengandungi aspek seperti berikut:
a)      Pembangunan Sahsiah Diri Murid
b)      Peningkatan Disiplin Murid
c)      Psikososial dan Kesejahteraan Mental dan
d)      Perkembangan Kerjaya
6.0 Strategi Pelaksanaan
6.1          Mengadakan taklimat, penerangan tentang konsep, objektif dan kepentingan pelaksanaan kepada murid dan guru.
6.2          Mengadakan majlis penyerahan mentee kepada mentor.
6.3          Perjumpaan diadakan di dalam kelas.
6.4          Pelantikan Mentor
a)      Semua guru dilantik menjadi mentor
b)      Pelantikan mentor dibuat secara rasmi (bertulis)
c)      Setiap mentor diberikan senarai tugas, peranan, modul dan senarai mentee
6.5          Pengagihan Mentee
a)      Mentee adalah terdiri daripada murid di dalam kelas
b)      Setiap kelas mempunyai seorang mentor
6.6          Tugas Mentor
a)      Mengendalikan sesi perjumpaan dengan mentee di dalam kelas.
b)      Melaksanakan aktiviti mengikut modul yang telah disediakan
c)      Mengambil tahu dan menjaga kebajikan mentee
d)      Membantu mentee yang memerlukan perhatian
e)      Merekod kehadiran mentee
f)       Mengisi borang pertemuan mentor mentee

Wednesday, July 24, 2013

BULETIN RAYA 2013

Buletin -1 bahan bercetak yg berisi berita atau pernyataan rasmi. 2 majalah yg diterbitkan oleh sesuatu pertubuhan utk anggotanya (Kamus Pelajar) 3. surat khabar atau risalah (yg dikeluarkan dr semasa ke semasa) oleh sesuatu pertubuhan dsb: kumpulan ini terdiri drpd buku-buku dan ~-~ berkenaan konsep dan prinsip koperasi.(Kamus Dewan Edisi Keempat)
Buletin Raya Edisi 5 2013 telah diterbitkan untuk warga SK Bangsar. Objektif penerbitan Buletin Raya ini bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara warga SKB. Antara kandungan Buletin Raya Edisi 5 ialah ucapan guru dan kakitangan serta murid-murid. Maklumat mengenai puasa, Hari Raya Aidilfitri dan info Patriotisme. Warga SKB berpeluang menyertai pertandingan mewarna yang terdapat dalam Buletin Raya ini.Tahun ini diselitkan 4 koleksi kartun yang dicipta oleh seorang AJK Buletin Raya...
Muka depan Buletin Raya 2013
Contoh Ucapan Salam Lebaran Murid
Contoh Ucapan Guru dan Kakitangan SK Bangsar
Pertandingan Mewarna
 Pengisian Buletin Raya

 Proses penerbitan

 Versi warna merah jambu dan hijau.

Murid menyusun Buletin Raya Khas Guru

Wednesday, July 17, 2013

PROGRAM DASAR WARGA EMAS

Tarikh : 16 Jun 2013
Hari : Selasa
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Bestari SK Bangsar
Tentatif :
    8.30 pagi :  Semua guru dan murid berkumpul di Dewan Bestari
    8.40 pagi :  Ucapan alu-aluan oleh Pengacara Majlis
    8.50 pagi :  Bacaan doa oleh Ustaz Mohd Sabri b. Che Bedolah
   9.00 pagi  : Ucapan Pengerusi Program
                      oleh Pn. Nor Shafina bt. Yasak
   9.20 pagi  :  Ucapan Perasmian oleh Pn. Che Norizam bt. Yasak
   9.40 pagi  :  Gimik Perasmian
  10.00 pagi :  Majlis penyerahan sumbagan dari pihak pentadbir             
                      kepada Penyelaras Program iaitu En. Adenan b.  
                     Mustapha
  10.10 pagi  :  Majlis Bersurai

 Buku Program

Ucapan Pengerusi Program- Pn Norshafina Binti Yasak - GPK HEM
Ucapan Perasmian oleh Puan Che Norizam Binti Abdullah - Guru Besar SK Bangsar
 Persembahan Gimik
Guru Besar memotong riben untuk majlis perasmian dan menandatangi poster gimik.

Sunday, July 14, 2013

NAMA PEMENANG MINGGU PSS 2013

KUIZ PAMERAN BERTEMA BONEKA
TAHUN 1
1. TG NUR AIN NABILA - 1 INISIATIF
TAHUN 4
1. MUHAMMAD AIZAT BIN MOHD BAKRI - 4 DINAMIK
2. MOHD ADAM DANISH - 4 FOKUS
TAHUN 5
1. TG NUR AIN NATASHA - 5 EFEKTIF
2. SITI SYARIFAH BT TAYIB - 5 FOKUS
3. AIN NURFITRAH BT BADRUL HISHAM - 5 FOKUS
4. NUR SITI BATRISYA BT NORAZMAN - 5 DINAMIK

TAHUN 6
1. AIMI SOFIYAH BT UMAR - 6 INISIATIF
2. NURSYAHADA YASMIN - 6 INISIATIF
3. NOR HALIZA AZIM - 6 INISIATIF
PERTANDINGAN MEWARNA BONEKA
1. SITI NOOR SHAFIKAH BT ANUAR - 4 INISIATIF
2. WAN NUR AINA BT WAN MUZAMIL - 5 DINAMIK
3. SITI KHADIJAH BT AZHAR - 4 EFEKTIF
4. ADZMIN SYAZWAN B MOHD KHAIRUL - 4 EFEKTIF
5. SYAZRIL HAIQAL B. SAIFUL MASUAN - 4 FOKUS
6. M. NASRUL HILMI B. KHALID - 4 FOKUS
7. MUHAMAD FIRDAUS BIN. ZAINUDDIN - 4 FOKUS
8. SITI ADAWIYAH BT ADNAN - 4 EFEKTIF
9. NUR AINA AFINA BT OMAR - 4 EFEKTIF
10. MUHAMMAD AMIR ASYRAF - 4 EFEKTIF
PERTANDINGAN MEWARNA KULIT BUKU
TAHUN 2
1.  RABBIATUL NOR SYAHADAH - 2 KREATIF
2. RABIATUL NOR SYAHADAH - 2 KREATIF
3.RAHMAH BINTI MOHD AWAL - 2 DINAMIK
TAHUN 3
1. SITI NUR NAJIHAH BT SAIPOL BAHARI - 3 INISIATIF
2. NUR AINA FAKHRIAH BT REDUAN - 3 KREATIF
3. DALILAWATI BT FAUZI - 3 KREATIF
TAHUN 4
1. SITI NOOR SHAFIKAH BT ANUAR - 4 INISIATIF
2. SITI ZUL HUSNA BT FAUZI - 4 INOVATIF
3. MUHD NAZIM BIN JAMIL - 4 DINAMIK

TAHUN 5
1. NUR SITI BATRISYA BT NORAZMAN - 5 DINAMIK
2. MUHD AIMAN B. MOHD SHAMSUL - 5 KREATIF
3. NUR AIN SYAHIRAH - 5 INOVATIF
TAHUN 6 
1. NUR ANIS BALQIS BT NORAZMAN - 6 DINAMIK
2. NURUL AMEERAH BT HARIYANTO - 6 DINAMIK
PENGUNJUNG BERTUAH MURID
1. MAFUZAH BINTI KAMAL HAKIMI - 2 DINAMIK
2.NISA DAMIA - 1 DINAMIK
3.NURUL KHAIRUNNISA - 2 INISIATIF
4. SITI NUR AISYAH BT MOHD NOORIZMAN - 4 INISIATIF
5. MOHD FARISAN - 4 EFEKTIF
6. NUR FATIN UMIRA - 5 INOVATIF
7. NUR HANIDA BT ZAKARIA - 5 INISIATIF
8. WAN SYAKIRAH BT WAN SKAKISHAM - 5 INISIATIF
9. NURUL NAJWA BT ZAINAL ABIDIN - 5 OPTIMAL
10. M. AIMAN HAZIM - 6 RESPONSIF
PERTANDINGAN MEWARNA BONEKA PRASEKOLAH
PRASEKOLAH PINTAR
1. DHIA FARISYAH HANI
2. MOHAMAD HAZIQ
3. ADAM

PRASEKOLAH SAYANG
1. ANIF HAKIMI
2. NUR HAMIZAH
3. PUTERI ADRIANA AISYAH ADRINA AISYAH

PAMERAN BULAN RAMADHAN

Sempena Bulan Ramadhan ini, Pusat Sumber telah mewujudkan sudut pameran maklumat puasa yang diperoleh daripada internet untuk bahan bacaan warga SK Bangsar. Selain itu PSSSKB juga mengadakan pameran buku ilmiah.
Sudut pameran
Maklumat ini diperoleh daripada majalah PC 
Sudut Pameran Buku
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...