Flipbook.

Saturday, August 17, 2013

RESENSI BUKU


-          Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Yang berusaha Pn Che Norizam- Guru Besar SK Bangsar. Guru-guru Penolong Kanan, guru-guru dan rakan-rakan yang dimuliakan.
-          Saya Pengawas Pusat Sumber SK Bangsar ingin memperkenalkan sebuah buku yang bertajuk  Hidangan Mudah, Cepat dan Enak – Bersahur
-          Nombor panggilan 641.56 ARM
-          Pengarang buku ini ialah Chef Shamsul Anuar ataupun dikenali sebagai Chef Arm. Chef Arm adalah bekas Executif Chef. Beliau aktif menganjurkan bengkel, kelas masakan dan program demonstrasi masakan.
-           Buku ini mengandungi resepi  yang ringkas untuk memasak makanan sahur. Pembaca diberi penerangan langkah demi langkah untuk memasak disertakan ilustrasi yang bewarna dan menarik.
-          Buku ini mengandungi  23 resepi yang mudah dan ringkas untuk dimasak pada waktu bersahur. Maklumat bahan-bahan masakan ditulis dengan begitu menarik mengikut sukatan.
-           Antara resepi masakan yang terdapat dalam buku ini ialah acar rampai, mihun bandung, nasi goreng kampung ala mamak, sup makaroni, spageti marinara dan telur kukus sri rampai.
-          Buku ini terdapat di sudut pameran buku PSS sempena bulan Ramadan.
-          Wahai rakan-rakan datanglah ke Pusat Sumber SK Bangsar. Banyak ilmu akan kita peroleh dengan mengamalkan gaya hidup membaca. In Sha Allah kami akan memberi perkhidmatan terbaik untuk warga SK Bangsar. Sekian Terima kasih.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...