Flipbook.

Monday, March 4, 2013

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR


1. TAJUK PROGRAM
“ LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR”

2. PENGENALAN
      Program Lawatan Sambil Belajar ke Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor ini merupakan satu aktiviti yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid tentang ilmu sains perpustakaan di Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor.
    Aktiviti ini melibatkan 40 orang murid Tahun 4,5, 6  dan disertai oleh 4 orang guru pengiring. Dengan adanya program seperti ini ia dapat menyediakan pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih fleksibel, menarik, berfokus dan bersesuaian dengan keupayaan serta kebolehan murid,.
Selain itu, lawatan sambil belajar ini juga selaras dengan Kementerian Pelajaran Malaysia yang mahukan setiap murid menghadiri aktiviti luar bilik darjah yang sesuai untuk memberikan pemahaman dan pengetahuan berkaitan ilmu sejarah dan sains perpustakaan.
3. MATLAMAT 
      Matlamat program ini adalah untuk melahirkan generasi murid yang cemerlang, beriman, berakhlak mulia dan berketerampilan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara ke arah menjayakan Wawasan 2020. 
4. OBJEKTIF
  • Mendedahkan murid-murid kepada sejarah awal penubuhan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor.
  • Menimba pengetahuan  ilmu sains perpustakaan.
  • Menyediakan diri murid peluang untuk mendapat pengalaman pembelajaran di luar bilik darjah dan menjadikan pembelajaran dan pengalaman yang lebih bermakna dan menarik.
  • Memperkembangkan kemahiran bahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi dan bersosialisasi dengan masyarakat.
  • Membentuk tingkah laku dan sikap murid untuk lebih berdaya saing.
5.JAWATANKUASA LAWATAN
Jawatankuasa yang akan melaksanakan program ini adalah seperti di bawah :
Penasihat                             : Pn Che Norizam Binti Abdullah -  Guru Besar
Pengerusi                             : Encik Mohd Ali Bin Kasmun
                                                  GPK Tadbir dan Kurikulum
Naib Pengerusi                    : Pn Nor Shafina Bt Yasak – GPK HEM
                                                  Encik Ismail Bin Ahmad – GPK Kokurikulum
                                                  Pn Tanma a/p Rajasegaran – Penyelia Petang
Penyelaras                            : Cik Norhazalina Binti Hashim
Bendahari                             : Pn Norhamizah Binti Omar
Disiplin                                  : Encik Mohd Zulkarnain Bin Nordin      
Jurukamera                           : Encik Zulkifli Bin Saad
Dokumentasi                        : Cik Norhazalina Binti Hashim
6.  TARIKH LAWATAN
18 April 2013 – Khamis
7. TEMPAT LAWATAN
Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor
8. KUMPULAN SASARAN
Murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 : 40  orang
Guru  : 4 orang  
9.  TENTATIF PROGRAM LAWATAN
BIL
MASA
PERKARA
CATATAN

1.

7.30  pagi
Peserta rombongan berkumpul di Dewan SK Bangsar
-       Pembahagian kumpulan
-       Taklimat oleh guru

Mendengar taklimat
2.
7.45 pagi
Sarapan di kantin


3.
8.15  pagi
Bertolak ke Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor


4.
9.00 pagi
Tiba di Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor


5.
9.05  pagi
Taklimat mengenai Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor oleh wakil Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor

Catatan dibuat oleh peserta
6.
9.30 pagi
Melawat

-Perpustakaan Kanak-kanak

- Zon Kreatif

Literasi Maklumat
7.
10.00 pagi
Teater Mini 3D

Literasi Maklumat
8.
11.00 pagi
Melawat Bahagian
-       Remaja dan dewasa
-       Rujukan

Literasi Maklumat
9.
12.00 tengah hari
Jamuan


10.
12.30 tengah hari
Sesi Fotografi


11.
1.00 petang
Pulang ke SK Bangsar


12.
2.00 petang
Dijangka tiba ke SK Bangsar


 10. BAJET
Bil
Perkara
Perbelanjaan
Jumlah
1
 Sewa bas
1 bas X RM 350.00
RM 350.00
2
 Makanan
 dan minuman
Murid  - RM 5 X 40 orang
=RM200.00
RM 200.00
3
 Hadiah hamper
1 kumpulan –
 10 0rang murid
Tempat 1 x RM 70.00
= RM 70.00
Tempat 2 x RM 60.00
= RM 60.00
Tempat 3 x RM 50.00
 = RM 50.00
Tempat 4 x RM 40.00 = RM 40.00
RM 220.00
5.
 Gambar
RM 15.00
RM 15.00
6.
 Dokumentasi
RM 15.00
RM 15.00


Jumlah
RM 800.00
11.0  PENUTUP 
Pihak kami berharap agar objektif lawatan sambil belajar ini dapat direalisasikan dengan sebaik-baiknya. Diharap juga murid-murid dapat mewarisi amalan lawatan sambil belajar yang baik dan berfaedah serta dapat melahirkan pemimpin yang berkaliber dan dapat menerajui generasi muda yang akan datang dalam menghadapi cabara-cabaran alaf baru. Akhir sekali diharapkan lawatan sambil belajar ini mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T. 
CEMERLANG,GEMILANG DAN TERBILANG 

Sunday, March 3, 2013

MAJLIS PROGRAM ANAK ANGKAT TAHUN 6 2013

Majlis Pelancaran Anak Angkat Tahun 6 2013 telah diadakan pada 1 Mac 2013 di Bilik Mesyuarat SK Bangsar.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Pn Che Norizam- Guru Besar SK Bangsar.
Objektif :
1.Memberi bimbingan dan perhatian secara individu berorientasikan peperiksaan.
2.Membantu meningkatkan daya usaha dan semangat jaya diri murid.
3.Memupuk semangat mesra antara guru dan murid dalam meningkatkan keyakinan murid.
4. Membimbing murid membuat latihan secara praktikal.

Pn Che Norizam Binti Abdullah Guru Besar SK Bangsar menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Program Anak Angkat Tahun 6

Saturday, March 2, 2013

MAJLIS PENUTUPAN MINGGU BAHASA MELAYU 2013

Majlis Penutupan Minggu Bahasa Melayu telah diadakan pada 22 Februari 2013 di Dewan Bestari. Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Mohd Ali Bin Kasmun - Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum.

PENGENALAN :
Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi dan bahasa perpaduan  di Negara Malaysia.  Bahasa Melayu juga adalah bahasa pengantar di semua sekolah rendah kebangsaan dan sekolah menengah di negara ini.  Para  pelajar di Malaysia perlu mampu menggunakan Bahasa Melayu. dengan betul supaya dapat memahami pelajaran yang diajar di sekolah dengan baik. 
RASIONAL :
Sekolah menjadi wahana dalam usaha mendaulatkan dan memperkasa Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Lantaran itu, pelbagai aktiviti mampu dijalankan bagi menarik penyertaan warga sekolah khasnya pelajar-pelajar agar lebih mahir berkomunikasi dan seterusnya melahirkan semangat cinta akan bahasa kebangsaan.
TEMA:
“Bahasa Jiwa Bangsa”

MATLAMAT :
Program Minggu Bahasa Melayu membimbing dan mempertingkatkan pengetahuan tentang aspek budaya sesuatu bahasa terutama dari segi kesantunan bahasa.

OBJEKTIF :
1. Mendedahkan keunikan Bahasa Melayu dari pelbagai aspek.
2. Meningkatkan penghayatan terhadap kehalusan budaya di sebalik kewujudan Bahasa Melayu.
3. Menimbulkan minat dalam kalangan individu untuk menguasai Bahasa Melayu.
4. Melahirkan individu yang menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif dan semangat patriotik  bertunjangkan Bahasa Melayu.

Atur cara
Sesi Pagi
7.30 pagi
Murid berkumpul
di Dewan Bestari
Guru-guru mengambil tempat
7.40 pagi
Ucapan Pengerusi Majlis
7.45 pagi
Bacaan doa oleh
Ustaz Mansor Bin Kamis
8.00 pagi
Ucapan Penyelaras
Minggu Bahasa Melayu
Pn Hamidah Bt Hashim
8.10  pagi
Ucapan Perasmian Penutupan
Minggu Bahasa Melayu oleh 
Pn Che Norizam Binti Abdullah
Guru Besar
8.20pagi
Persembahan
· Deklamasi Sajak
· Pidato 
8.35 pagi
Penyampaian Hadiah 
8.45 pagi
Bersurai
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...