Menu Bar

Sunday, January 26, 2014

KERTAS CADANGAN PAMERAN BERTEMA PERAYAAN TAHUN BARU CINA DAN HARI WILAYAH

PAMERAN BERTEMA
PERAYAAN TAHUN BARU CINA DAN
HARI WILAYAH 
1.0         PENDAHULUAN
1.1         Pengenalan
Malaysia memiliki pelbagai kebudayaan yang unik dan penuh warna-warni menerusi gabungan keindahan kesenian kebudayaan yang diwarisi daipada pelbagai kaum. Perayaan Tahun Baru Cina adalah menandakan permulaan tahun baru bagi kalender masyarakat Cina. Pameran Bertema Tahun Baru Cina  memaparkan sejarah perayaan Tahun Baru Cina.
Hari Wilayah disambut pada 1 Februari 2014 yang ke 40 tahun. Wilayah Persekutuan terdiri daripada Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Terdapat banyak bangunan yang bersejarah di Kuala Lumpur iaitu Stesen Kereta Api Tanah Melayu, Masjid Negara, Parlimen Malaysia dan Muzium Negara.
Pameran ini juga, sudah pastinya dapat memupuk minat membaca di kalangan pelajar . Pameran seumpama ini diisi dengan pelbagai aktiviti yang menarik seperti sudut pameran benda maujud, buku ,  maklumat Tahun Baru Cina serta Wilayah Persekutuan ,  tayangan tarian singa, soalan kuiz, pertandingan mewarna  dan pengunjung bertuah . Pencarian maklumat oleh pelajar akan menyebabkan PSS sekolah ini bukan sahaja berfungsi sebagai wadah untuk mendapatkan ilmu tetapi juga dapat menerapan maklumat mengenai Tahun Baru Cina dan Hari Wilayah.
1.2         Rasional
Mengisi aktiviti secara bertema oleh Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Bangsar.
1.3         Matlamat
Berikut adalah matlamat program yang ingin dicapai :
1.3.1   memupuk minat membaca di kalangan pelajar .
1.3.2 memupuk minda yang positif, kreatif dan inovatif hasil daripada
pengalaman pameran yang dijalankan,
            1.4       Objektif
                        Berikut adalah objektif pameran yang ingin kami capai :
1.4.1     memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pelajar tentang perayaan Tahun Baru Cina di Malaysia.
1.4.2     Mengetahui sejarah penubuhan Wilayah Persekutuan
1.4.3     belajar mengurangkan tekanan belajar melalui penglibatan dalam penganjuran pameran.
1.4.4     memenuhi sukatan mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bagi Tahun 5.
1.5       Kumpulan Sasaran
            Kumpulan sasaran program ini adalah seperti berikut :
1.5.1     Semua warga SK Bangsar 
2.0         JAWATANKUASA PELAKSANA
Jawatankuasa yang akan melaksanakan program ini adalah seperti di bawah :
JAWATANKUASA PROGRAM PAMERAN
Penasihat                              : Pn Che Norizam Binti Abdullah – Guru Besar
Pengerusi                             : Encik Mohd Ali Bin Kasmun – GPK 1
Penyelaras                            : Cik Norhazalina Binti Hashim
Setiausaha                           : Pn Nor Asiah Bt Bidin
Bendahari                             :  Pn Zalina Binti Muhammad
Jurukamera                           :  Encik Zulkifli Bin Saad
AJK     Hadiah                       : Pn Anita Juliana
  Pn Faraezah
Sudut Pameran                    : Encik Mohd Zulkarnain Bin Nordin                    
                                                  Encik Mohd Nazir Bin Majid
  Pengawas Pusat Sumber
3.0         AKTIVITI PAMERAN
3.1       Gambar perayaan Tahun Baru Cina dan bangunan yang bersejarah di Kuala Lumpur.
            3.2       Maklumat mengenai  perayaan Tahun Baru Cina.
            3.3       Soalan kuiz terkumpul
            3.4       Pengunjung bertuah
            3.5       Pertandingan mewarna perayaan Tahun Baru Cina
3.6       Pameran buku berkaitan perayaan Tahun Baru Cina dan Wilayah
Persekutuan.
4.0         TEMPAT PAMERAN
4.1         Pusat Sumber Sekolah
5.0         PERALATAN
Papan pameran, kertas A4, plastik liminate, paku tekan, polisterin warna, buku-buku berkaitan dengan maklumat dari internet dan  artikel perayaan Tahun Baru Cina serta maklumat bangunan yang bersejarah di Malaysia daripada internet.
6.0       TARIKH PAMERAN
Jangkamasa pameran  adalah :
Tarikh             :           28 Januari - 14 Februari 2014
7.0       ANGGARAN PERBELANJAAN
7.1 Anggaran Pembelian Hadiah
i.              Kuiz Tahap 1                                    10 orang murid
Tempat Pertama       - RM 6.00 x seorang murid = RM 6.00
Tempat Kedua          - RM 5.00 x seorang murid = RM 5.00
Tempat Ketiga          - RM 4.00 x seorang murid = RM 4.00
Saguhati                    - RM 3.00 x 7 orang murid = RM 21.00
Jumlah                      = RM 36.00
ii.            Kuiz Tahap 2                                    10 orang murid
Tempat Pertama       - RM 6.00 x seorang murid = RM 6.00
Tempat Kedua          - RM 5.00 x seorang murid = RM 5.00
Tempat Ketiga          - RM 4.00 x seorang murid = RM 4.00
Saguhati                    - RM 3.00 x 7 orang murid = RM 21.00
Jumlah                      = RM 36.00
iii.           Pengunjung bertuah          10 orang x RM 5.00 =RM 50.00
Tahap 1 – 5 orang murid
Tahap 2 – 5 orang murid
Jumlah = RM 50.00
iv.           Pertandingan Mewarna Tahap 1  - 10 orang murid
Tempat Pertama       - RM 6.00 x seorang murid = RM 6.00
Tempat Kedua          - RM 5.00 x seorang murid = RM 5.00
Tempat Ketiga          - RM 4.00 x seorang murid = RM 4.00
Saguhati                    - RM 3.00 x 7 orang murid = RM 21.00
Jumlah                      = RM 36.00
v.            Pertandingan Mewarna Tahap 2 - 10 orang murid

Tempat Pertama       - RM 6.00 x seorang murid = RM 6.00
Tempat Kedua          - RM 5.00 x seorang murid = RM 5.00
Tempat Ketiga          - RM 4.00 x seorang murid = RM 4.00
Saguhati                    - RM 3.00 x 7 orang murid = RM 21.00
Jumlah                      = RM 36.00
vi.           Pertandingan Mewarna Tahap 2 - 10 orang murid
Tempat Pertama       - RM 6.00 x seorang murid = RM 6.00
Tempat Kedua          - RM 5.00 x seorang murid = RM 5.00
Tempat Ketiga          - RM 4.00 x seorang murid = RM 4.00
Saguhati                    - RM 3.00 x 7 orang murid = RM 21.00
Jumlah                      = RM 36.00
JUMLAH ANGGARAN KESELURUHAN                                RM   230.00
7.2 Bajet
Bil
Bahan
Peruntukan
Jumlah
1.
Hadiah
PSS
RM 230.00
2.
Gambar
Kokurikulum
RM 40.00
3.
Dokumentasi
Kokurikulum
RM 20.00
4.
Deco Sudut Pameran
Panjar wang runcit
RM 64.85

Jumlah

RM 354.85
 8.0 PERTIMBANGAN
Diharapkan permohonan untuk mengadakan pameran  ini mendapat pertimbangan dan perhatian yang sewajarnya daripada pihak tuan.

9.0 PENUTUP
Pameran ini, diharapkan dapat mempertingkatkan dan mengukuhkan lagi budaya membaca di kalangan pelajar sekolah ini. Warga SK Bangsar dapat  memanfaatkan ilmu yang diperolehi semasa pameran itu.

 Disediakan oleh :                                                    
…………………………………..                             
( CIK NORHAZALINA HASHIM)                          
PENYELARAS

2 comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...