Flipbook.

Friday, January 24, 2014

SURAT SIARAN PELAKSANAAN PROGRAM NILAM PERINGKAT SEKOLAH 2014


Surat siaran Pelaksanaan Program NILAM Peringkat Sekolah telah diedarkan kepada murid-murid pada 23 Januari 2014. Moga mendapat kerjasama ibu bapa untuk melaksanakan program ini bagi meningkatkan pembacaan murid-murid SK Bangsar.

SK BANGSAR
JALAN PANTAI BAHARU
59200 KUALA LUMPUR
TEL : 03-22824990
FAKS : 03-22825550      
                                                                                        Rujukan kami :SKB PSS06/07/001/09
                                                                                         Tarikh : 22 Januari 2014
Kepada ibu bapa / penjaga SK Bangsar

Pelaksanaan Program NILAM 2014

Perkara di atas adalah dirujuk
2.0       Program NILAM merupakan program wajib dijalankan oleh setiap sekolah di seluruh Malaysia berdasarkan Surat Pekeliling Bil 13/1998, Tarikh 22 Mei 1998. Program ini adalah satu strategi untuk menanam minat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya murid sekolah sehingga wujudnya tabiat dan budaya membaca .
3.0       Penghargaan dan Sijil Pengiktirafan akan diberikan kepada murid yang berjaya merekod jumlah bacaan seperti berikut:
Jumlah bacaan
Sijil Pengiktirafan
90 - 179
Gangsa
180 - 269
Perak
270 - 359
Emas
360 ke atas
NILAM

4.0       Semua data bacaan akan direkod secara online di laman web http://nilam.tarantula.my/. oleh Guru NILAM. Sijil pengiktirafan akan diberi berdasarkan jumlah buku yang dibaca oleh anak tuan/puan.
5.0       Pihak sekolah memerlukan kerjasama daripada ibu bapa bagi melaksanakan program ini.Ibu bapa diminta membeli sebuah buku Rekod Bacaan NILAM Tahap Jauhari yang berharga RM2.50 di Kedai Buku atau di Pusat Sumber Sekolah. Buku Catatan NILAM yang telah habis digunakan haruslah disimpan oleh murid sebagai rekod dan bukti jumlah bacaan yang telah dilakukan.
6.0       Ibu bapa diminta membimbing anak tuan/puan mengisi maklumat buku yang telah dibaca ke dalam buku Rekod Bacaan NILAM. Guru-guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan membimbing murid di sekolah sepanjang Program NILAM dilaksanakan.
7.0       Pihak sekolah amat berbesar hati jika pihak ibu bapa dapat bersama-sama mengingatkan anak-anak tentang perkara ini. Kerjasama dan perhatian daripada pihak ibu bapa sangatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
“BANGSA MEMBACA, BANGSA BERJAYA”
Saya yang menurut perintah,


……………………………………

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...