Menu Bar

Wednesday, February 5, 2014

KERTAS CADANGAN MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH, PSS, PRS, SPBT DAN BRIGED BESTARI 2014

MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH , PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH, PRS SPBT DAN BRIGED BESTARI

1.0         PENDAHULUAN
Lembaga Disiplin dan Pengawas Sekolah merupakan tunjang utama dalam menentukan dan meningkatkan disiplin murid-murid ke tahap yang maksimum. Selain itu, pengawas-pengawas juga dibentuk untuk menjadi pemimpin yang berwibawa dan berketerampilan.
Badan Pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS) adalah satu unit yang terdiri daripada murid-murid sekolah.  Badan ini akan membantu PSS menjalankan pelbagai aktiviti untuk mencapai matlamat dan objektif PSS.
Program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) adalah untuk melatih para murid  untuk menguasai kemahiran membantu agar mereka dapat membantu rakan murid yang memerlukan pertolongan dari segi emosi, sosial mahupun mental di samping melatih mereka membantu diri sendiri.
Pengawas SPBT yang dilantik akan membantu guru SPBT melicinkan lagi operasi SPBT sekolah. Selain Itu, membantu melaksanakan kerja-kerja pengagihan dan pemulangan buku serta menjalankan aktiviti kebersihan dan keceriaan bilik BOSS.
Briged Bestari ditubuhkan bagi membantu sekolah menjayakan Program Pembestarian Sekolah serta membantu membudayakan ICT di sekolah. Briged bestari bukan sahaja dapat membantu menggerakkan dan memantapkan penggunaan ICT di sekolah, Briged Bestari juga dapat memberi ruang kepada pelajar  berkemahiran menyalurkan kepakaran mereka ke arah yang positif.

2.0         MATLAMAT
1.         Memberi pengiktirafan kepada murid yang terpilih
2.         Memperkenalkan kepada murid – murid barisan Pemimpin Pengawas Sekolah , Pengawas PSS,PRS, SPBT dan Briged Besari bagi  tahun 2014
3.         Memberi contoh teladan kepada murid mengenai pelaksanaan majlis rasmi.

3.0         OBJEKTIF
  1. Memberi pengiktirafan dan semangat kepada Pengawas Sekolah ,Pengawas PSS, PRS , SPBT dan Briged Bestari  supaya melakukan tugas yang diamanahkan oleh pihak sekolah dengan dedikasi dan penuh bertanggungjawab.
  2. Meningkatkan tahap motivasi murid yang terpilih untuk menjalankan tugas dengan baik.
  3. Menggalakkan murid lain agar dapat mencontohi rakan – rakan yang terpilih.
4.0         KUMPULAN SASARAN
Pengawas Sekolah , Pengawas PSS, PRS, SPBT dan Briged Bestari.
5.0         JAWATANKUASA PELAKSANA
Jawatankuasa yang akan melaksanakan program ini adalah seperti di bawah :
Penasihat : Puan Che Norizam Binti Abdullah - Guru Besar
Pengerusi : Pn Nor Shafina Binti Yasak – GPK HEM
Naib Pengerusi :
Encik Mohd Ali Bin Kasmun – GPK Tadbir dan Kurikulum
Pn Norsilah Binti Dali-  GPK Kokurikulum
Pn Tanma Rajasegaran a/p Rajasegaran – Penyelia Petang
Penyelaras :Encik Norhazlesham Bin Mad
Setiausaha:Cik Norhazalina Binti Hashim
Bendahari:Pn Suzana Binti Md Nawawi
Penyelaras Pengawas Sekolah :
Encik Naharuddin Bin Mahpot  (Pagi)
Cik Nurul Hayati Binti Bakar (Petang)
Penyelaras Pengawas PSS :
Encik Mohd Nazir Bin Majid (Pagi)
Pn Nor Asiah Binti Bidin ( Petang)
Penyelaras PRS
Encik Adenan Bin Mustapha
Penyelaras Briged Bestari
Encik Nik Zuraidee B. Nik Mohamed
Penyelaras SPBT
Pn Suzana Binti Ismail (Pagi)
Cik Ani Syaliza Binti Yunos (Petang)
Buku Program :
Pn Nur Laili Binti Abdul Aziz (Pagi)
Pn Nadia Bt Daud
Pn Wan Izyan Bt WanMahadi (Petang)
Pn Noreliani Bt Zunus
Juruacara :
Cik Rosmaida Binti Ariffin (Pagi)
Encik Azram Bin Azhari
Pn Siti Norsakinah Bt Mohd Shakri( Petang)
Pn Noor Fazriena Bt Yaakub
PA Sistem :
Encik Mohd Shahrol Bin Ibrahim (Pagi)
Encik Abdul Halim Bin Abdullah
Encik Afiq Bin Nazaruddin (Petang)
Encik Hafizuddin Bin Subarni
Backdrop dan Hiasan Pentas :
Puan Suzy Binti Mohamed(Pagi)
Pn Mariah Binti Abdullah
Pn Siti Fazlina Binti Saffardin
Pn Shunita Roy a/p Dilip Dhar Roy
Puan Hamidah Binti Hashim
Pn Roszaini Binti Mohd Zin(Petang)
Pn Fara Fadilah Binti Mohamed
Pn Norazilah Binti Che Nor
Pn Nor Hasnizam Binti Md Nor
Pn Noreliani Binti Zunus
Bacaan Doa :
Ustaz Mansur Bin Kamis (Pagi)
Ustaz Amir Amzar bin Mohd Rahman(Petang)
Persiapan Dewan :
Ustaz Ikhwan Najib Bin Badar  (Pagi)
Encik Mohd Hafiz Bin Saad
Encik Nordin Bin Samad
Encik Mohd Norizi Bin Mohamed
Encik Abdul Halim Bin Tasliman (Petang)
Encik Fakhri Bin Mohd Nor
Encik Wan Rosdan Bin Wan Mustapha
Encik Ruzaini Bin Ab Razak
Disiplin:
Encik Norzaidi Bin Mohd Jubri (Pagi)
Encik Roslan Bin Mokhtar
Encik Ruslan Bin Basri
Encik Shairol Rizal Bin Mohd Said
Encik Nik Anuwar Bin Nik Yaacob(Petang)
Encik Mohd Haniff Bin Anas
Encik Ng Ka Biang
Jurukamera :
Encik Izatul Akma Bin Ab.llah (Pagi)
Encik Mohd Zulkarnain Bin Nordin
Encik Zulkifli Bin Saad (Petang)
Cik Ani Syaliza Binti Yunos
Sijil Guru dan Murid :
Pn Sarimah Bt Muhamad (Pengawas Sekolah -  Pagi)
Pn Noor Halira Binti Abd. Rahman
Pn Mary Jessella Nathan
Puan Zalina Binti  Mohamed (Pengawas PSS-Pagi)
Pn Khairatul Asma Binti Seman
Cik Amie Binti Ismail
Cik Suzana Bt  Abdullah(PRS)
Cik Nur Fazliah Binti Muhamad (Briged Bestari)
Pn Nadia Binti Sanusi (SPBT)
Pn Norherlena Binti  Abdul Karim (Pengawas Sekolah – Petang)
Pn Norhaslida Binti Khalid
Pn Juraidah Nadiah Binti Rahmat (Pengawas PSS – Petang)
Pn Mazlizawatey Binti Mohd Zain
Cenderahati :
Pn Hazlina Binti Hussin (Pagi)
Pn Adawiyah
Pn Noraini Binti Sulaiman Kahar (Petang)
Pn Mariati Bt Aman@Abd Rahman
Dokumentasi :
Pn Siti Mursyidah Binti Ahmad Sabri(Pagi)
Pn Nafisah Bt Yaakob
Pn Nik Nurshuhada Binti Hamid (Petang)
Pn Faraezah Binti Mohamad Kamal

6.0         TENTATIF
SESI PAGI
7.30 pagi
Murid-murid berkumpul di Dewan Bestari
Guru-guru mengambil tempat
7.40 pagi
Ucapan Pengerusi Majlis – Juruacara
7.50  pagi
Bacaan doa oleh Ustaz Mansur Bin  Kamis
8.00 pagi
Ucapan GPK HEM
Pn Nor Shafina Binti Yasak
8.15 pagi
Ucapan Guru Besar SK Bangsar
Pn Che Norizam Binti Abdullah
8.30 pagi
Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan :
Pengawas Sekolah , Pengawas PSS,  PRS, Briged Bestari, dan SPBT
8.50 pagi
Lafaz Ikrar
Pengawas Sekolah dan Pengawas PSS
9.00 pagi
Lafaz ikrar
Nyanyian Lagu Negaraku
9.05 pagi
Bersurai
9.10
Sesi Fotografi Pengawas Sekolah,Pengawas PSS,PRS,Briged Bestari dan SPBT

TENTATIF SESI PETANG
1.00 petang
Murid-murid berkumpul di Dewan Bestari
Guru-guru mengambil tempat
1.10 petang
Ucapan Pengerusi Majlis – Juruacara
1.15 petang
Bacaan doa oleh Ustaz Amir Amzar Bin Mohd Rahman
1.25 petang
Ucapan GPK HEM
Pn Nor Shafina Binti Yasak
1.40 petang
Ucapan Guru Besar SK Bangsar
Pn Che Norizam Binti Abdullah
1.55 petang
Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan :
Pengawas Sekolah
Pengawas PSS
2.15 petang
Lafaz Ikrar
Pengawas Sekolah dan Pengawas PSS
2.30 petang
Lafaz ikrar
Nyanyian Lagu Negaraku
2.35 petang
Bersurai
2.40 petang
Sesi fotografi Pengawas Sekolah ,  Pengawas PSS dan SPBT
7.0         TEMPAT
            Dewan Bestari SK Bangsar
8.0         TARIKH
11  Februari 2014 (Selasa )
9.0         ANGGARAN PERBELANJAAN
i.          Sijil                                          3 Rim x RM 45.00    = RM 135.00
ii.         Banner                                                                       = RM 150.00
iii.        Dokumentasi                                                            = RM   30.00
iv.        Cenderahati                                                              = RM 100.00
Jumlah                                                                                  = RM  415.00
10.0      PERTIMBANGAN

Diharapkan permohonan untuk mengadakan Majlis Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas PSS, PRS, SPBT dan Briged Bestari ini mendapat pertimbangan dan perhatian yang sewajarnya daripada pihak tuan.

11.0      PENUTUP
Diharapkan majlis ini dapat berlangsung dengan lancar dan dapat meningkatkan motivasi Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber , PRS, SPBT dan Briged Bestari untuk menjalankan tugas dengan baik dan penuh dedikasi. 
Program ini sedikit sebanyak dapat memberi pengiktirafan kepada para Pengawas Sekolah ,Pengawas PSS,PRS , SPBT dan Briged Bestari supaya dapat menjalankan tugas dengan lebih berkesan.
Di samping itu, para pelajar dapat  membentuk diri menjadi pemimpin yang berilmu, berakhlak tinggi dan berketerampilan. Semoga majlis ini juga dapat melahirkan pemimpin yang dapat bertindak dan melaksanakan tugas berdasarkan ilmu dan pertimbangan yang rasional. 

1 comment :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...