Flipbook.

Sunday, February 2, 2014

LAPORAN GOTONG-ROYONG PERDANA PSS SK BANGSAR

LAPORAN PENUH
GOTONG-ROYONG PERDANA
PUSAT SUMBER SK BANGSAR


1.0 TAJUK PROGRAM

1.1  Gotong-royong Perdana


2.0 TEMPOH PELAKSANAAN

Tarikh             : 4 Januari 2014 - Sabtu
           
            Masa             : 8.00 pagi – 12.00 tengah hari

3.0 TEMPAT

3.1 Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Bangsar

4.0 OBJEKTIF

4.1 . Mewujudkan persekitaran PSS yang lebih ceria dan kondusif.
4.2. Meningkatkan  kesedaran tentang pentingnya kemudahan yang bermaklumat.
4.3. Memupukkan sikap bertanggung jawab terhadap PSS.
4.4. Mewujudkan kerjasama di antara warga sekolah.
4.5. Menjadikan kawasan PSS selesa dan mendorongkan pembelajaran di kalangan pelajar.
5.0      AJK PELAKSANA
Penasihat                                    : Pn Che Norizam Binti Abdullah – Guru Besar
Pengerusi                       : En.Mohd Ali Bin Kasmun- GPK Tadbir dan Kurikulum
Penyelaras                      : Cik Norhazalina Binti Hashim
Setiausaha                     : Pn  Nor Asiah Bt Bidin
Bendahari                       : Encik Mohd Zulkarnain Bin Nordin
Jurukamera                     :  Encik Zulkifli Bin Saad
AJK                                   : Encik Mohd Nazir Bin Majid
                                            Pn Zalina Binti Mohamad
                                           Pengawas Pusat Sumber
6.0      AKTIVITI PELAKSANAAN

6.1 Pendaftaran

6.2 Taklimat ringkas

6.3 Pembahagian kumpulan:

      i. Proses Teknik Bahan Buku

      ii. Penyusunan buku di rak- Fiksyen Bahasa Melayu, Fiksyen Bahasa

Inggeris, rujukan dan bukan fiksyen.

iii. Susun atur kedudukan fizikal PSS.

iv. Membalut dan menampal kata-kata hikmah di luar PSS

v. Pemilihan buku untuk pinjaman pukal.

6.4 Jamuan makan
     
7.0      IMPAK

7.1 Mendapat kerjasama daripada AJK Pelaksana untuk menjayakan gotong-

royong Perdana .
7.2 Murid dapat mengeratkan hubungan silaturahim Pengawas PSS tahun 4, 5
dan 6
7.3 Murid dapat membantu membersih dan menceriakan Pusat Sumber.
9.0 LAPORAN
Seramai 10 orang Pegawas Pusat Sumber Tahun 4, 5 dan 6 yang terpilih
telah mendaftar. Murid dibahagi kepada beberapa kumpulan iaitu, memproses buku,
menyusun buku di rak buku fiksyen Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, rak
buku rujukan, dan kumpulan keceriaan PSS.
            Tepat pukul 10.00 pagi, murid-murid menikmati jamuan yang disediakan.
Akhir sekali, Pengawas Pusat Sumber membantu menghias ruangan bacaan
rujukan. Aktiviti gotong-royong berakhir pada pukul 12.00 tengah hari.

10.0      PENUTUP

Program Gotong-royong Perdana dapat bergerak dan dilaksanakan dengan sokongan dan bantuan daripada AJK dan Pengawas Pusat Sumber . Semoga aktiviti  ini dapat membantu menceriakan Pusat Sumber  untuk warga SK Bangsar .

11.0     LAMPIRAN

Gambar-gambar aktiviti gotong-royong perdana. 
http://pusatsumberskbangsar.blogspot.com/2014/01/gotong-royong-perdana.html

Disediakan oleh :
CIK NORHAZALINA BINTI HASHIM
GURU PUSAT SUMBER SK BANGSAR

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...