Menu Bar

Thursday, March 13, 2014

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PERPUSTAKAAN NEGARA

Pusat Sumber SK Bangsar telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Perpustakaan Negara pada 13 Mac 2014. Kami telah disambut oleh wakil PNM Encik Hafiz. Beliau memberi penerangan kemudahan yang terdapat di PNM.
Program Lawatan Sambil Belajar ke Perpustakaan Negara Malaysia ini merupakan satu aktiviti yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid tentang ilmu sains perpustakaan di Perpustakaan Negara Malaysia.
    Aktiviti ini melibatkan 40 orang murid Tahun 3,4,5  dan disertai oleh 4 orang guru pengiring. Dengan adanya program seperti ini ia dapat menyediakan pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih fleksibel, menarik, berfokus dan bersesuaian dengan keupayaan serta kebolehan murid,.
Selain itu, lawatan sambil belajar ini juga selaras dengan Kementerian Pendidikan Malaysia yang mahukan setiap murid menghadiri aktiviti luar bilik darjah yang sesuai untuk memberikan pemahaman dan pengetahuan berkaitan ilmu sejarah dan sains perpustakaan.
Bergambar di depan Perpustakaan Negara Malaysia.
Matlamat program ini adalah untuk melahirkan generasi murid yang cemerlang, beriman, berakhlak mulia dan berketerampilan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara ke arah menjayakan Wawasan 2020. 
Pembahagian kumpulan dan taklimat
sarapan pagi disediakan untuk peserta lawatan
menaiki bas menuju ke Perpustakaan Negara
Wakil Perpustakaan Negara Encik Hafiz memberi taklimat mengenai kemudahan di PNM
Menuju ke aras 2
Ahli Perpustakaan Negara boleh menggunakan kemudahan komputer dan internet untuk mencari maklumat
murid diberi peluang membaca buku yang diterbitkan dari luar negara
Penerangan cara penggunaan gelongsor buku
Bahagian Koleksi Monograf Malaysiana
Kami suka buku ini
 Murid diberi peluang memilih dan membaca buku
Mencatat maklumat manuskrip
Replika Batu Bersurat

Bilik Tayangan @Perpustakaan Kanak-kanak
Bilik Muzik

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...