Flipbook.

Sunday, October 12, 2014

KERTAS CADANGAN BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2014


1.0         PENDAHULUAN
1.1         Pengenalan
Bermula dengan panggilan Minggu Bahasa Kebangsaan dana Bulan Bahasa Kebangsaan sepanjang dekad 60-an. Kempen ini telah melalui perubahan pelbagai nama seperti Gerakan Cintailah Bahasa Kita (GCBK) (1987-1996),Gerakan Bahasa Kebangsaan Sektor Swasta (GBKSS) (1996-2005) dan Minggu Sastera (1987-1998).Akhirnya pada tahun 1999, gerakan ini dinamakan Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN).
Program BBSN yang pertama telah dilancarkan pada tahun 1999 oleh YAB Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu.
Pada tahun 2009, bersesuaian dengan matlamat pelaksanaannya, BBSN telah dikenali dengan nama Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK)

1.2         Rasional
Mengisi aktiviti literasi maklumat oleh Pusat Sumber Sekolah
Kebangsaan Bangsar.

1.3         Matlamat
Berikut adalah matlamat program yang ingin dicapai : 
1.3.1 Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) bermatlamat  untuk
memantapkan, memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia.
            1.3.2 Memupuk minat membaca di kalangan murid.
1.3.3 Memupuk minda yang positif, kreatif dan inovatif hasil daripada
pengalaman aktiviti yang dijalankan,

            1.4       Objektif
                        Berikut adalah objektif Bulan Bahasa Kebangsaan  yang ingin kami
capai :
1.4.1     Menguatkan rasa megah terhadap bahasa kebangsaan.
1.4.2     Menyemarakkan peranan bahasa kebangsaan sebagai tonggak
pembinaan negara bangsa.
1.4.3     Belajar mengurangkan tekanan belajar melalui penglibatan dalam penganjuran aktiviti Bulan Bahasa Kebangsaan.
1.4.4     Memenuhi sukatan mata pelajaran Bahasa Melayu.

1.5       Kumpulan Sasaran
            Kumpulan sasaran program ini adalah seperti berikut :
1.5.1     Semua warga SK Bangsar

2.0         JAWATANKUASA PELAKSANA
Jawatankuasa yang akan melaksanakan program ini adalah seperti di bawah :
JAWATANKUASA BULAN BAHASA KEBANGSAAN
Penasihat                              : Pn Che Norizam Binti Abdullah – Guru Besar
Pengerusi                             : Pn Siti Maziah Binti Malik – GPK 1
Penyelaras                            : Cik Norhazalina Binti Hashim
Setiausaha                           : Cik Rafeah Binti Badaruddin
Bendahari                             :  Pn Zalina Binti Muhammad
Jurukamera                           :  Encik Zulkifli Bin Saad
AJK     Hadiah                       : Pn Anita Juliana 
  Cik Noor Fazriana Bt Yaakub
Sudut Pameran                    : Encik Mohd Zulkarnain Bin Nordin                    
                                                  Encik Mohd Nazir Bin Majid
  Pengawas Pusat Sumber

3.0         AKTIVITI PAMERAN
3.1       Gambar logo dan tema Bulan Bahasa Kebangsaan
            3.2       Maklumat mengenai  Bulan Bahasa Kebangsaan dan simpulan
bahasa.
            3.3       Soalan kuiz simpulan bahasa dan cari perkataan terkumpul.
            3.4       Pengunjung bertuah.
            3.5       Pertandingan mewarna logo  Bulan Bahasa Kebangsaan.
3.6       Pameran buku berkaitan Bahasa Melayu dan Kamus Dewan.

4.0         TEMPAT PAMERAN

4.1Pusat Sumber Sekolah

5.0         PERALATAN

Papan pameran, kertas A4, plastik liminate, paku tekan, polisterin warna, buku-buku berkaitan dengan maklumat  Bulan Bahasa Kebangsaan.dari internet dan  artikel berkaitan Bulan Bahasa Kebangsaan daripada internet.

6.0       TARIKH PAMERAN
Jangkamasa pameran  adalah :

Tarikh             :           13 – 31 Oktober 2014

7.0       ANGGARAN PERBELANJAAN
7.1 Anggaran Pembelian Hadiah
i.              Kuiz    Simpulan Bahasa    10 orang murid
Tempat Pertama       - RM 6.00 x seorang murid = RM 6.00
Tempat Kedua          - RM 5.00 x seorang murid = RM 5.00
Tempat Ketiga          - RM 4.00 x seorang murid = RM 4.00
Saguhati                    - RM 3.00 x 7 orang murid = RM 21.00
Jumlah                      = RM 36.00

ii.            Kuiz    Cari Perkataan         10 orang murid
Tempat Pertama       - RM 6.00 x seorang murid = RM 6.00
Tempat Kedua          - RM 5.00 x seorang murid = RM 5.00
Tempat Ketiga          - RM 4.00 x seorang murid = RM 4.00
Saguhati                    - RM 3.00 x 7 orang murid = RM 21.00
Jumlah                      = RM 36.00

iii.           Pengunjung bertuah          10 orang x RM 5.00 =RM 50.00
Tahap 1 – 5 orang murid
Tahap 2 – 5 orang murid
Jumlah = RM 50.00

iv.           Pertandingan Mewarna  Logo Bulan Bahasa Kebangsaan
Tahap 1  - 10 orang murid
Tempat Pertama       - RM 6.00 x seorang murid = RM 6.00
Tempat Kedua          - RM 5.00 x seorang murid = RM 5.00
Tempat Ketiga          - RM 4.00 x seorang murid = RM 4.00
Saguhati                    - RM 3.00 x 7 orang murid = RM 21.00
Jumlah                      = RM 36.00

v.            Pertandingan Mewarna Logo Bulan Bahasa Kebangsaan
 Tahap 2 - 10 orang murid

Tempat Pertama       - RM 6.00 x seorang murid = RM 6.00
Tempat Kedua          - RM 5.00 x seorang murid = RM 5.00
Tempat Ketiga          - RM 4.00 x seorang murid = RM 4.00
Saguhati                    - RM 3.00 x 7 orang murid = RM 21.00
Jumlah                      = RM 36.00

JUMLAH ANGGARAN KESELURUHAN                                RM   194.00

7.2 Bajet

Bil
Bahan
Jumlah
1.
Hadiah
RM 194.00
2.
Banner
RM150.00

Jumlah
RM 344.00

8.0 PERTIMBANGAN

Diharapkan permohonan untuk mengadakan Bulan Bahasa Kebangsaan   ini mendapat pertimbangan dan perhatian yang sewajarnya daripada pihak tuan.

9.0 PENUTUP


Bulan Bahasa Kebangsaan ini, diharapkan dapat mempertingkatkan dan mengukuhkan lagi budaya membaca di kalangan pelajar sekolah ini. Selain itu, mengeratkan dan memperkukuh perpaduan bangsa melalui bahasa kebangsaan. Warga SK Bangsar dapat  memanfaatkan ilmu yang diperolehi semasa aktiviti yang dilaksanakan.

Disediakan oleh :
CIK NORHAZALINA BINTI HASHIM


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...