Flipbook.

Sunday, December 21, 2014

LAPORAN BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2014

1.0 TAJUK PROGRAM

1.1  Bulan Bahasa Kebangsaan


2.0 TEMPOH PELAKSANAAN

13 – 31 Oktober 2014

3.0 TEMPAT

3.1 Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Bangsar

4.0 OBJEKTIF

4.1  Menguatkan rasa megah terhadap bahasa kebangsaan.
4.2 Menyemarakkan peranan bahasa kebangsaan sebagai tonggak
pembinaan negara bangsa.
4.3 Belajar mengurangkan tekanan belajar melalui penglibatan dalam penganjuran aktiviti Bulan Bahasa Kebangsaan.
4.4 Memenuhi sukatan mata pelajaran Bahasa Melayu.

5.0      AJK PELAKSANA
Penasihat                                : Pn Che Norizam Binti Abdullah – Guru Besar
Pengerusi                                : Pn Siti Maziah Binti Malik – GPK 1
Penyelaras                              : Cik Norhazalina Binti Hashim
Setiausaha                              : Cik Rafeah Binti Badaruddin
Bendahari                                :  Pn Zalina Binti Muhammad
Jurukamera                            :  Encik Zulkifli Bin Saad
AJK     Hadiah                         : Pn Anita Juliana
  Cik Noor Fazriana Bt Yaakub
Sudut Pameran                       : Encik Mohd Zulkarnain Bin Nordin                
                                                  Encik Mohd Nazir Bin Majid
  Pengawas Pusat Sumber
6.0      AKTIVITI PELAKSANAAN

6.1       Gambar logo dan tema Bulan Bahasa Kebangsaan
            6.2       Maklumat mengenai  Bulan Bahasa Kebangsaan dan simpulan
             bahasa.
            6.3       Soalan kuiz simpulan bahasa dan cari perkataan terkumpul.
            6.4       Pengunjung bertuah.
            6.5       Pertandingan mewarna logo Bulan Bahasa Kebangsaan.
6.6       Pameran buku berkaitan Bahasa Melayu dan Kamus Dewan.
     
7.0      IMPAK

7.1             Mendapat kerjasama daripada AJK Pelaksana untuk menjayakan Bulan Kebangsaan.
7.2            Murid dapat mengetahui sejarah Bahasa Kebangsaan.
7.3             Murid dapat mencari makna simpulan Bahasa melalui aktiviti kuiz.
7.3            Mengcungkil bakat dan kreativiti murid mewarna logo Bulan Bahasa
Kebangsaan.


8.0 LAPORAN
Aktiviti Bulan Bahasa Kebangsaan  telah diadakan di Pusat Sumber SK Bangsar pada 13 – 31 Oktober 2014. Aktiviti ini memberi pendedahan kepada murid-murid mengenai sejarah Bulan Bahasa Kebangsaan. Aktiviti yang diadakan ialah sudut maklumat bahasa kebangsaan serta simpulan bahasa, kuiz, pertandingan mewarna logo , pengunjung bertuah, dan pameran buku
Sambutan daripada murid-murid amat menggalakkan dengan penglibatan murid melalui aktiviti yang dianjurkan oleh PSS. Secara tidak langsung memberi pembelajaran kendiri melalui literasi maklumat di sudut pameran yang disediakan.
Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pn Siti Maziah Binti Malik selaku Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum bagi sesi pagi manakala Pn Tanma a/p Rajasegaran sesi petang pada 10 November 2014 .
9.0 PENUTUP
Bulan Kebangsaan  dilaksanakan dengan sokongan dan bantuan daripada AJK pelaksana dan Pengawas Pusat Sumber . Semoga aktiviti  ini dapat memberi impak yang berguna kepada warga SK Bangsar.

10.0     LAMPIRAN

Gambar-gambar aktiviti dan nama pemenang Bulan Bahasa Kebangsaan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...