Flipbook.

Thursday, December 31, 2015

ORIENTASI TAHUN 1 2016

31 Disember 2015
Selamat datang ke SK Bangsar buat murid Tahun 1.




Monday, December 14, 2015

BROSUR NILAM 2016

Brosur NILAM 2016 telah siap untuk diberi kepada ibu bapa murid Tahun 1 pada 31 Disember ini semasa Majlis Orientasi Tahun 1.



Friday, December 4, 2015

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN NILAM PERINGKAT WPKL 2015

Adik Muhammad Wafri Bin Rahim dari SK Bangsar telah mendapat hadiah sagu hati Pertandingan Membaca Program NILAM 2015 Tahap 1. Pihak Pusat Sumber mengucapkan tahniah buat Adik Muhammad Wafri Bin Rahim yang telah mengharumkan nama SK Bangsar. Moga tahun 2016 lebih ramai anak didik SK Bangsar naik ke pentas untuk menerima Anugerah Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan NILAM.



Saturday, November 28, 2015

LDP

 23 NOVEMBER 2015
LDP BAHASA MELAYU
MBMMBI
PLC BAHASA MELAYU
GOOGLE DRIVE
PERPUSTAKAAN DIGITAL







CUTI AKHIR TAHUN 2015

Pusat Sumber SK Bangsar mengucapkan selamat bercuti kepada warga SK Bangsar.

Sunday, November 22, 2015

CONTOH PELAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA NILAM

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
BAHASA MALAYSIA
TEMA
KEMASYARAKATAN
TAHUN
4 Dahlia
TAJUK
Cerita Rakyat
MASA
8.30 – 9.30 pagi
STANDARD PEMBELAJARAN

2.2.3 Membaca dan memahami ayat yang mengandungi  perkataan berimbuhan dalam bahan bacaan prosa dan puisi dengan sebutan yang betul.
OBJEKTIF
Pada akhir pengajaran, murid dapat:
  i.       Membaca buku cerita rakyat.
 ii.       Menyenaraikan 5 kata imbuhan awalan dalam peta i-THINK
AKTIVITI
1.      Murid menyenaraikan nama cerita rakyat yang pernah dibaca.
2.      Murid diterangkan Program NILAM dan cara menulis maklumat buku yang dibaca ke dalam buku NILAM.
3.      Murid mengambil buku cerita rakyat di rak buku 800(kesusasteraan – Sistem Dewey).
4.      Murid membaca buku cerita rakyat.
5.      Murid menyenaraikan 5 imbuhan awalan yang terdapat dalam buku cerita rakyat dalam  peta i-THINK.
6.      Murid menceritakan sinopsis cerita dan membentangkan peta i-THINK
7.      Murid menulis maklumat buku yang dibaca ke dalam buku NILAM.
Pemulihan
Murid mengisi tempat kosong menggunakan perkataan yang diberi.
Pengayaan
Murid membaca buku cerita rakyat.
PENGISIAN KURIKULUM
Ilmu  :  Sains Perpustakaan
Nilai  :  rajin, teliti
KB    :  Menjana Idea, Mengecam
BCB  :  Bacaan Mentalis     
BAHAN BANTU BELAJAR
Buku cerita, peta i-THINK
PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Murid dapat membaca buku cerita rakyat dan menyenaraikan 5 perkataan berimbuhan awalan
REFLEKSI
30 orang daripada 36 orang murid telah mencapai objektif P&P.
Murid yang belum menguasai akan diberi bimbingan.
Murid yang telah menguasai akan diberi latihan pengayaan.















Sunday, November 15, 2015

JAMUAN PERDANA TAHUN 6 2015

Tarikh : 14 November 2015
Hari : Sabtu
Masa : 7.00 malam
Tempat Dewan Bestari SK Bangsar
Buku Program


Jamuan Perdana Tahun 6 adalah satu majlis yang diadakan pada setiap tahun untuk menghargai dan meraikan para pelajar yang telah menamatkan pendidikan sekolah rendah.Dengan ini tentunya dapat menyuntik semangat mereka untuk terus berusaha gigih mencapai kejayaan.
Objektif: 
1.Mengiktiraf kejayaan dan kemajuan pelajar Tahun 6.
2. Merapatkan hubungan antara guru, ibu bapa dan murid dengan pelaksanaan dan perancangan aktiviti
bersama seperti bertukar-tukar fikiran dan pembahagian tugasan secara adil.
3. Mewujudkan semangat dan daya saing yang tinggi  di kalangan pelajar agar terus berusaha dan gigih
mencapai kejayaan sejak di awal bangku persekolahan.


7.00 malam - Kehadiran tetamu dan jemputan
7.30 malam - Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis
7.40 malam - Ucapan YDP PIBG
7.50 malam - Ucapan Guru Besar              
8.00 malam - Majlis Jamuan Perdana bermula
8.30 malam- Persembahan 1 ( Guru )
8.45 malam - Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang
                aktiviti-aktiviti   Tahun 6 selepas UPSR
9.00 malam- Persembahan 2 ( Pemenang Idola Kecil Solo
                dan Berkumpulan )
9.15 malam - Cabutan Bertuah 1


MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2015

14 November 2015





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...