Flipbook.

Sunday, January 18, 2015

KERTAS KERJA PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA PUSAT SUMBER SK BANGSAR 2015

1.0         PENDAHULUAN
Pusat Sumber SK Bangsar merupakan sebuah tempat menyediakan kemudahan koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang perlu diuruskan secara sistematik.
Persekitaran  Pusat Sumber SK Bangsar yang ceria dan bersih memberi keselesaan dan mengambarkan kecintaan serta kerjasama yang tinggi dikalangan warga sekolah. Keceriaan dan kebersihan kawasan sekolah adalah penting bagi meningkat mutu pendidikan kerana mempunyai iklim sekolah yang ceria, tenang dan selesa ke arah tercapainya Visi dan Misi sekolah.

2.0 MATLAMAT
Bagi mewujudkan sebuah sekolah yang mempunyai persekitaran yang bersih,ceria,  cantik,  dan mempunyai kemudahan yang mencukupi untuk pelajar  iaitu selaras visi sekolah bagi mencapai kegemilangan akademik, kokurikulum dan sahsiah warganya yang berteraskan ilmu, iman dan amal.

3.0TARIKH / MASA / TEMPAT
17 Januari 2015 – 8.00 pagi – 12.00 tengah hari

4.0 SASARAN
Kumpulan sasaran program ini adalah seperti berikut :
AJK PSS dan Pengawas Pusat Sumber SK Bangsar

5.0 OBJEKTIF
1. Mewujudkan persekitaran PSS yang lebih ceria dan kondusif.
2. Meningkatkan  kesedaran tentang pentingnya kemudahan yang bermaklumat.
3. Memupukkan sikap bertanggungjawab terhadap PSS.
4. Mewujudkan kerjasama di antara warga sekolah.
5. Menjadikan kawasan PSS selesa dan mendorongkan pembelajaran di kalangan pelajar.

6.0  KPI (INDIKATOR OUTPUT)
  1. Mewujudkan perkhidmatan lebih mesra dan kondusif.
  2. Menambah koleksi buku bahan bacaan bagi Program NILAM.
  3. Mewujudkan ruangan rekreasi permainan dalaman.
  4. Menyediakan meja karel
  5. Menjadikan laluan maklumat di luar PSS.
7.0  IMPLIKASI KEWANGAN
Bil
Bahan
Jumlah
1.
 Makanan dan minuman
 20 orang murid x RM 5.00 = RM100.00
RM100.00
2.
Banner poster PSS
RM 150.00

Jumlah
RM 250.00 
8.0 JAWATANKUASA PELAKSANA
Jawatankuasa yang akan melaksanakan program ini adalah seperti di bawah :
JAWATANKUASA PROGRAM
Penasihat                  : Pn Che Norizam Binti Abdullah – Guru Besar
Pengerusi                 : Pn Siti Maziah Binti Abdullah- GPK Tadbir dan Kurikulum
Penyelaras                : Cik Norhazalina Binti Hashim
Setiausaha               : Pn Rafeah Binti Badaruddin
Bendahari                 : Pn Zalina Binti Mohamad
Jurukamera               :  Encik Zulkifli Bin Saad
AJK                             : Encik Mohd Nazir Bin Majid
  Encik Mohd Zulkarnain Bin Nordin
  Pn Anita Juliana Binti Muhammad
  Encik Hafiz Bin Saad
                                      Pengawas Pusat Sumber
9.0 STRATEGI PELAKSANAAN
Gotong-royong di PSS
9.1       JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM
Masa                                      Aktiviti
7.45 pagi                                Pendaftaran
8.00 pagi                                Taklimat ringkas
8.15 pagi                                Pembahagian kumpulan:
                                                i. Proses Teknik Bahan Buku
                                                ii. Penyusunan buku di rak- Fiksyen Bahasa Melayu,
Fiksyen Bahasa Inggeris, rujukan dan bukan fiksyen.
iii. membina meja karel
iv. Menampal banner poster
v. Pemilihan buku untuk pinjaman pukal.
10.00 pagi                             Jamuan makan
12.00 tengah hari                Bersurai

10.00 KAEDAH PEMANTAUAN
Pemerhatian secara berterusan.

Disediakan oleh :                                                    

…………………………………..                             
( CIK NORHAZALINA HASHIM)                          
PENYELARAS       
Tarikh : 16 Januari 2015                            

Ulasan : Adalah menjadi harapan kepada AJK Jawatankuasa  dapat diterima dan akan berjalan seperti yang telah dirancang. Semoga program ini mendapat manfaat kepada semua pihak.


*Diluluskan / Tidak Diluluskan

…………………………………..


Tarikh : ………………………….

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...