Menu Bar

Wednesday, February 4, 2015

KERTAS KERJA KURSUS PROSES TEKNIK BAHAN BUKU PENGAWAS PSS


1.0         PENDAHULUAN
Kursus Proses Teknik Bahan Buku  ini dirancang untuk memberi pengetahuan dan kemahiran kepada pengawas-pengawas dalam kerja-kerja di pusat sumber seperti memproses bahan,  dan mengumpul maklumat bagi memperkukuhkan P&P sekolah di samping mewujudkan Pengawas Pusat Sumber yang kreatif, berkarisma, berdedikasi dan berdisiplin.

2.0         MATLAMAT
Berikut adalah matlamat program yang ingin dicapai :
2.1. Melahirkan Pengawas PSS yang berpengetahuan dan kemahiran dalam kerja-kerja proses teknik bahan di pusat sumber sekolah.
2.2 Mewujudkan Pengawas PSS yang kreatif, berkarisma berdedikasi dan berdisiplin dalam menjalankan tugas mereka.
           
3.0TARIKH / MASA / TEMPAT
7 Februari 2014 (Sabtu)
7.30 pagi – 11.30 pagi
Pusat Sumber SK Bangsar.

4.0 SASARAN
Kumpulan sasaran program ini adalah seperti berikut :
Murid Tahun 4, 5 dan 6

5.0 OBJEKTIF
5.1 Memberi pendedahan  mengenai cara memproses buku secara automasi S-Lib dengan cara yang betul.
5.2 Memberi  pengetahuan mengenai kemudahan  dan perkidmatan yang terdapat di Pusat Sumber SK Bangsar.
6.0  KPI (INDIKATOR OUTPUT)
  1. Mewujudkan perkhidmatan lebih mesra dan kondusif.
  2. Menambah koleksi buku bahan bacaan bagi Program NILAM.
  3. Meningkatkan pengetahuan dan ilmu Sains Perpustakaan di kalangan Pengawas PSS.

7.0  IMPLIKASI KEWANGAN
Bil
Bahan
Jumlah
1.
 Makanan murid
 40 Orang Pengawas PSS X RM 5.00

RM 200.00

Jumlah
RM 200.00

8.0 JAWATANKUASA PELAKSANA
Jawatankuasa yang akan melaksanakan program ini adalah seperti di bawah :
JAWATANKUASA PROGRAM
Penasihat                  : Pn Che Norizam Binti Abdullah – Guru Besar
Pengerusi                 : Pn Siti Maziah Binti Abdullah- GPK Tadbir dan Kurikulum
Naib Pengerusi        : Pn Nor Shafina Bt Yasak- Gpk Hal Ehwal Murid
  Pn Norsilah Bt Dali - Gpk Kokurikulum
  Pn Tanma A/P Rajasegaran - Penyelia Petang
Penyelaras                : Cik Norhazalina Binti Hashim
Setiausaha               : Pn Rafeah Binti Badaruddin
Bendahari                 : Pn Zalina Binti Mohamad
Jurukamera               :  Encik Zulkifli Bin Saad
AJK                             :
Pn Anita Juliana Bt Mohammad
Pn Noor Fazriena Bt Yaakub
Pn Roszaini Bt Mohd Zain            
9.0 STRATEGI PELAKSANAAN
Penerangan Proses Teknik Buku, tugas Pengawas PSS, dan amali murid bersama guru.

9.1       JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM
7 Februari 2014 (Sabtu)
7.30 pagi                                Pendaftaran
8.00 pagi                                Taklimat Proses Teknik Buku
oleh Cik Norhazalina Binti Hashim                                 
9.00 pagi                                Rehat/ kudapan
9.30 pagi                                Pembahagian kumpulan
1. Automasi S-Lib, mengecap nombor perolehan, pengelasan dan hak milik buku baru.
                                                2. Susun buku fiksyen Bahasa Melayu
                                                3. Susun buku fiksyen Bahasa inggeris
                                                4. Susun buku non fiksyen
                                                5. Susun majalah lama di fail tegak
                                                6. Baik pulih buku
11.30 pagi                             Bersurai
Pusat Sumber SK Bangsar.

10.0 KAEDAH PEMANTAUAN
Pemerhatian secara berterusan.

Disediakan oleh :                                                    

…………………………………..                             
( CIK NORHAZALINA HASHIM)                          
PENYELARAS       
Tarikh : 4 Februari 2015                            


Ulasan : Adalah menjadi harapan kepada AJK Jawatankuasa  dapat diterima dan akan berjalan seperti yang telah dirancang. Semoga program ini mendapat manfaat kepada semua pihak.


*Diluluskan / Tidak Diluluskan


…………………………………..




Tarikh : 4 Februari 2015


No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...