Menu Bar

Wednesday, February 4, 2015

PELAN STRATEGIK KELAB PUSAT SUMBER SK BANGSAR, KUALA LUMPUR TAHUN 2015


1.0 PENGENALAN

Kelab Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Bangsar merupakan sebuah kelab yang ditubuhkan bukannya untuk memperoleh ilmu pengetahuan malahan untuk menerapkan semangat cintakan ilmu pengetahuan.
Di samping itu, matlamat Kelab Pusat Sumber Sekolah juga adalah untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani dan jasmani serta emosi. Dengan itu semua aktiviti yang dianjurkan adalah menjurus kepada penerapan nilai-nilai seperti kepentingan hidup bermasyarakat serta menilai penggunaan masa lapang yang optima yang dapat memberikan keseronokan demi kesejahteraan.
Hasrat ini dapat dipupuk melalui semu aktiviti Kelab Pusat Sumber Sekolah yang sangat mementingkan interaksi positif dalam kalangan ahli-ahli kelab dalam mengendali dan menyelesaikan tugasan atau projek yang diberikan. Semua ahli kelab adalah diharapkan dapat menambah ilmu dan mengamalkan sikap tanggungjawab, kerjasama, bertoleransi dan bantu-membantu demi mencapai aspirasi Kelap Pusat Sumber Sekolah

2.0 VISI

KELAB PSS CEMERLANG DAN BERKUALITI 
 
3.0 MISI

1.Melahirkan pelajar yang berpengetahuan luas dan mempunyai potensi dalam pelbagai bidang.

2. Menjadi sebuah persatuan yang aktif, menarik dan digemari oleh para pelajar.

4.0 RASIONAL

Kelab Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Bangsar ditubuhkan bertujuan untuk memberi peluang dan pilihan kepada murid terhadap pelbagai jenis kelab dan persatuan yang terdapat di sekolah. Di samping itu juga, kelab Pusat Sumber dapat membantu mempertingkatkan mutu pendidikan di sekolah.
Selain itu juga, kewujudan kelab Pusat Sumber dapat memberikan semangat cintakan ilmu pengetahuan melalui aktiviti-aktiviti yang dilakukan. Nilai-nilai murni juga turut dapat diterap terhadap murid-murid melalui aktiviti-aktiviti yang dilakukan. Antaranya, wujudnya interaksi positif dikalangan ahli-ahli kelab dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan.
Justeru, ianya diharapkan dapat mencapai konsep Falsafah pendidikan yang mementingkan keseimbangan dari segi rohani, jasmani, emosi dan intelektual.
5.0 MATLAMAT
Membentuk golongan pelajar yang berilmu, kreatif dan berdisiplin untuk membantu sahsiah pelajar supaya dapat  memainkan peranan positif. Selain itu, kelab Pusat Sumber juga dapat mendedahkan pelajar dengan pengetahuan teknologi maklumat menerusi penggunaan komputer dan sains perpustakaan.
6.0 OBJEKTIF

1.    Menjalankan aktiviti yang mencabar minda murid-murid.
2.    Mewujudkan budaya membaca di kalangan murid-murid.
3.    Meningkatkan kesedaran kepada murid-murid tentang kepentingan ilmu sains perpustakaan.

4.    Menetapkan matlamat dan tujuan untuk setiap aktiviti yang dijalankan supaya mendapat kepuasan dan keseronokan dalam setiap aktiviti.
5.    Melahirkan murid-murid yang bertanggungjawab terhadap agama, keluarga, bangsa dan juga negara.
6.    Belajar berdikari secara beransur-ansur untuk menghayati konsep pendidikan seumur hidup
7.0  JAWATANKUASA KELAB PUSAT SUMBER
KETUA GURU PENASIHAT :
CIK NORHAZALINA BINTI HASHIM

PENOLONG GURU PENASIHAT :
PN ZALINA BT MOHAMAD
PN NIK NURSUHADA BT HAMID
PN SUSAN WINSTON TADING

AHLI JAWATANKUASA MURID :

PENGERUSI :
NURUL NAJIAN MOHAMED 6 FOKUS

NAIB PENGERUSI :
ALEYA SYAFIQAH AZRAN 5 DINAMIK

SETIAUSAHA :
NURUL HUSNA ROSLEE 6 DINAMIK

BENDAHARI :
MUHAMMAD HAIKAL FADLY 6 KREATIF

AJK :

TAHUN 4 :
NUR AYU AMELIA M. FAZILL - 4 EFEKTIF

TAHUN 5 :
AHMAD LUQMAN AHMAD RASHIDI

TAHUN 6 :
MUHAMMAD FAHMI ANDRI


8.0 TAKWIM / PERANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN
BULAN
TARIKH
MINGGU
AKTIVITI
CATATAN /TINDAKAN
Januari

1





2
Pendaftaran KoKurikulum Tahun 4

17012015
3
Perjumpaan Kokurikulum1 –
Gotong-royong


24012015
4
Perjumpaan Kokurikulum 2 –
Pelantikan AJK Kelab Pusat Sumber


Februari

1


14022015
2
Perjumpaan Kokurikulum 3 –
Boneka lidi



3


28022015
4
Perjumpaan Kokurikulum 4 –
Mencipta skrip cerita boneka


Mac

1



2



3



4
Melukis Kulit Buku

April

1


11042015
2
Perjumpaan Kokurikulum 5-
Persembahan boneka

18042015
3
Perjumpaan Kokurikulum 6 –
Permainan dalaman


4


Mei
09052015
1
Perjumpaan Kokurikulum 7-
Mereka Cipta Big Book


2



3


23052015
4
Perjumpaan Kokurikulum 8 –
Penanda buku

Jun

1



2



3



4


Julai

1



2



3



4


Ogos
08082015
1
Perjumpaan Kokurikulum 9 –
Resensi Buku Fiksyen

15082015
2
Perjumpaan Kokurikulum 10 –
Permainan Bahasa

22082015
3
Perjumpaan Kokurikulum 11 –
Artikel Majalah

29082015
4
Perjumpaan Kokurikulum 12 –
Mewarna Kulit Buku



9.0 ANALISIS SWOT



KEKUATAN


KELEMAHAN

  • Terdapat guru penasihat yang berpengalaman
  • Terdapat murid yang berbakat dalam aktiviti kokurikulum yang dijalankan


  • Peratus kehadiran yang tidak penuh semasa perjumpaan
  • Kemudahan peralatan yang agak terhad
  • Ahli kelab yang tidak komited terhadap aktiviti kelab.

PELUANG

ANCAMAN

  • Menggunakan segala alat dan kemudahan yang disediakan di Pusat Sumber
  • Sumber maklumat daripada sumber elektronik dan juga internet
  • Sokongan daripada pihak pentadbiran sekolah

  • Kurang sokongan daripada pihak ibu bapa dan penjaga
  • Terdapat ahli yang aktif yang akan menamatkan persekolahan rendah pada akhir tahun.


PENUTUP



Ahli Kelab PSS akan  memaksimumkan penggunaan Pusat Sumber Sekolah dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran, disamping melatih murid-murid dengan kemahiran-kemahiran Sains Perpustakaan dan literasi maklumat yang mana ia sangat berguna pada masa hadapan.

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...