Menu Bar

Sunday, June 21, 2015

LAPORAN KEM MEMBACA 1 MALAYSIA

1.0 PENGENALAN
Kem Membaca 1Malaysia 2015 merupakan salah satu program Kementerian PendidIkan Malaysia di bawah Program Gerakan Tabiat Membaca.
Program Kem Membaca 1 Malaysia telah dimulakan kali pertama pada 2009 sehingga kini. Semua sekolah diarahkan untuk mengambil bahagian dalam melaksanakan program ini.KM1M Tahun 2015 akan dilaksanakan bermula dari 21-23 April 2015.
2.0 LATAR BELAKANG
Kem Membaca 1 Malaysia  dapat membina tabiat membaca dalam kalangan murid sekolah dan pembelajaran sepanjang hayat.
2.1 TARIKH PELAKSANAAN
21 – 23 April 2015
2.2  JAWATANKUASA PELAKSANA
Penasihat                  : Pn Che Norizam Binti Abdullah – Guru Besar
Pengerusi                 : Pn Siti Maziah Binti Abdullah- GPK Tadbir dan Kurikulum
Penyelaras                : Cik Norhazalina Binti Hashim
Setiausaha               : Pn Rafeah Binti Badaruddin
Bendahari                 : Pn Zalina Binti Mohamad
Jurukamera               : Encik Taufiq Bin Ibrahim
AJK                             : Cik Razliana Binti Zulkapli
                                      Encik Mohd Zulkarnain Bin Nordin
                                     Pn Anita Juliana Binti Muhammad
 Encik Zulkafli Bin Saad
                                     Pengawas Pusat Sumber
2.3 OBJEKTIF
2.3.1. Menggerakkan program galakkan membaca.
2.3.2. Mencungkil kreativiti murid mewarna dan mengenal huruf-huruf vokal.
2.3.3. Menjadikan PSS sebagai tempat rujukan bahan bacaan dan memperkukuhkan kemahiran maklumat dalam kalangan  murid..
2.3.4. Memperkenalkan murid teknologi 3D melalui tayangan filem pendek 3D.

2.4 KAEDAH PELAKSANAAN
2.4.1. 21 April 2015- Taklimat Aktiviti Kem Membaca, Kuiz Nilai-nilai Murni, Mewarna KM1M
2.4.2. 22 April 2015- Tayangan Video cerita kanak-kanak, Mewarna huruf vokal
2.4.3 23 April 2015 – Baca buku selama 10 minit, Tayangan 3D, Melukis kulit
buku
2.5 BAHAN-BAHAN PERALATAN YANG DIGUNAKAN
LCD, CD, Cermin mata 3D, boring kuiz, pensel warna kertas lukisan dan buku
3.0 HURAIAN PENILAIAN TUGASAN /AKTIVITI
3.1 Taklimat kepada warga SK Bangsar berjalan lancar.
3.2 Sambutan amat menggalakkan bagi tayangan 3D dan video yang diadakan pada waktu rehat.
3.3 Murid menghasilkan lukisan kulit buku mengikut kreativiti.
3.4  Murid membaca buku selama 10 minit di kelas dan Pusat Sumber SK Bangsar.
4.0 PENCAPAIAN AKTIVITI
Semua aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar
5.0  KEMAJUAN/MASALAH
5.1 Tayangan 3D hanya mampu menampung 12 orang murid bagi sat sesi tayangan 3D.
6.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
6.1 Menambahkan koleksi cermin mata 3D supaya memberi peluang lebih ramai murid menonton 3D.
7.0 PENUTUP
Program Kem Membaca 1 Malaysia  ini telah dilaksanakan dengan sistematik dan terancang akan memberi impak yang baik dari segi mencerna minda serta memupuk minat membaca dikalangan  warga SK Bangsar.

Semoga program ini menjadi pemangkin kepada peningkatan tahap pengetahuan serta kecemerlangan  murid SK Bangsar.

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...