Menu Bar

Thursday, August 4, 2016

SURAT SUMBANGAN BUKU ITBM

SK BANGSAR
JALAN PANTAI BAHARU
59200 KUALA LUMPUR
Tel : 0322824990
Faks: 032282550
E-mel : la.wba0012@btpnkl.edu.my
Wisma ITBM                                                                       Rujukan Kami :SKB 08/01/006(04)
No 2 Jalan 2/27e, Seksyen 10,                                               Tarikh : 23 Jun 2016
Wangsa Maju, 
53300, Kuala Lumpur, Malaysia
                                                                                                                                                                   
Tuan,
PERMOHONAN UNTUK MENDAPATKAN BEKALAN BUKU-BUKU BACAAN UNTUK PSS SK BANGSAR
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2.         Pihak sekolah ingin memohon untuk mendapatkan bekalan buku-buku bacaan Pusat Sumber Sekolah.
3.         Adalah diharapkan, usaha ini dapat menggalakkan murid-murid membaca dan seterusnya meningkatkan pencapaian NILAM sekolah.
4.         Untuk pengetahuan pihak tuan, Pusat Sumber SK Bangsar telah menjadi Johan Pusat Sumber Cemerlang Peringkat Negeri bagi kategori sekolah rendah bagi tahun 2014. Oleh itu, Pusat Sumber SK Bangsar telah dipilih untuk mewakili Kuala Lumpur bagi pertandingan Pusat Sumber Cemerlang peringkat Kebangsaan pada tahun 2015. PSS SK Bangsar telah mendapat tempat kelima PSS Cemerlang Kebangsaan 2015.
5. Besarlah harapan kami agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan ini. Untuk sebarang pertanyaan, pihak tuan  boleh berhubung dengan  Cik Norhazalina Binti Hashim  selaku Guru Pusat Sumber SK Bangsar.
Sekian, terima kasih.
“PENDIDIKAN BERKUALITI, INSAN TERDIDIK, NEGARA SEJAHTERA”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan tugas,


………………………………………



No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...