Menu Bar

Tuesday, August 16, 2016

PAMERAN BERTEMA #SEHATISEJIWA 2016

Program ini telah dirancang oleh Jawatankuasa Kerja Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Bangsar.Murid akan mengetahui logo dan maksud tema Hari Kebangsaan 2016 #sehatisejiwa.
Pameran ini juga, sudah pastinya dapat memupuk minat membaca di kalangan murid . Pameran seumpama ini diisi dengan pelbagai aktiviti yang menarik seperti  soalan kuiz, sudut pameran galeri sejarah , pertandingan mewarna logo Hari Kebangsaaan 2016 #sehatisejiwa , pameran buku,  Selfie #sehatisejiwa2016, suara merdeka dan tayangan lagu patriotik. Pencarian maklumat oleh murid akan menyebabkan PSS sekolah ini bukan sahaja berfungsi sebagai wadah untuk mendapatkan ilmu sejarah.

Semoga aktiviti yang dilaksanakan akan memberi manfaat dan pendedahan kepada murid selain sebagai pemangkin untuk memupuk hubungan mesra dan kerjasama daripada warga SK Bangsar.
Menyediakan sudut pameran 

memasang bendera

Kami sayang Malaysia

 Murid membaca buku di sudut pameran.
Literasi maklumat- murid mencari jawapan kuiz

Murid membaca maklumat Jalur Gemilang dan Logo Hari Kebangsaan

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...