Thursday, April 22, 2010

HARI BUKU DAN HAK CIPTA SEDUNIA







Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia
23 April 2010 (Jumaat)

Pertubuhan Pendidikan, Sains, dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) menetapkan tarikh 23 April setiap tahun sebagai Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia (World Book and Copyrights Day).



Buku merupakan kepingan helaian kertas bertulis yang diikat menjadi satu unit. Dalam sains kepustakaan, buku dikenali sebagai monograf untuk membezakannya dengan terbitan bersiri yang lain seperti majalah dan akhbar. Pada lazimnya, buku hanya merujuk kepada buku yang diterbit dan bukan sebarang "kertas-kertas yang diikat".

Struktur Buku
Bahagian awal
Halaman separa judul (Half title page)
Halaman judul (Title page)
Halaman hak cipta (Inprint/Copyright page)
Prakata (Preface)
Senarai kandungan (Content)
Bahagian teks
Tajuk bab
Pecahan tajuk/Subtajuk
Teks
Ilustrasi
Bahagian akhiran
Lampiran
Bibliografi
Glosari
Masukan indeks
Kulit belakang
Intipati kandungan buku
Biodata penulis
Fotograf penulis

Sejarah buku
Sebelum kemunculan buku, manusia telahpun memiliki cara untuk menurunkan tulisan. Pada awal tamadun, manusia pada lazimnya menurunkan tulisan mereka di atas batu, papan, dan juga di atas daun (misalnya daun lontar yang menjadi lambang DBP). Sehubungan itu, medium tulisan awal ini adalah bentuk proto bagi buku.

Buku dikatakan muncul dalam sejarah umat manusia, apabila orang Mesir mencipta kertas papirus pada tahun sekitar 2400 SM. Adapun kertas papirus yang diturunkan tulisan ini digulungkan untuk menjadi "skrol" (scroll), dan ia diyakini adalah bentuk buku yang paling awal.

Selain itu, buku juga muncul di tamadun yang lain dengan bentuk yang lain. Contohnya, di Kemboja, Sami Budha di situ membaca "buku" yang dibuat daripada daun dan amalan ini masih dikekalkan sehingga hari ini dan perkara pernah dilaporkan oleh Nasional Geografi. Manakala di negeri Cina, sebelum terciptanya kertas, para cendekiawan di situ menurunkan tulisan mereka di atas lidi buluh dan mengikat lidi ini menjadi buku. Amalan menulis di atas lidi telah mempengaruhi sistem tulisan Cina sehinggakan orang Cina mengamalkan tulisan menegak sehingga pada awal moden

Buku memasuki satu era yang baru apabila industri kertas menjadi mantap. Kertas dipercayai muncul di negeri Cina seawal-awalnya pada 200 SM, selepas itu teknologi ini dibawa oleh pedagang muslim ke Eropah sebelum abad ke-11. Dengan adanya kertas, penulisan menjadi lebih mudah kerana kertas mempunyai ciri-ciri mudah disimpan dan juga bertahan lama.

Cara menerbitkan buku
Sebuah buku harus melalui beberapa proses sebelum ia diterbitkan oleh penerbit.

Peringkat terawal dalam penerbitan ialah perancangan. Pihak penerbit akan merancang apa yang harus diterbitkan. Dalam peringkat ini penerbit akan menentukan yang manakah manuskrip yang harus diterbitkan. Selepas itu, penerbit akan berunding dengan pengarang mengenai bayaran.

HARI BUMI SEDUNIA



Hari Bumi Sedunia
22 April 2010
Hari Bumi merupakan nama bagi dua sambutan yang berbeza, kedua-duanya diadakan setiap tahun ketika musim bunga di hemisfera utara, dan musim luruh di hemisfera selatan. Hari ini diadakan untuk meningkatkan kesedaran dan penghargaan kepada alam sekitar. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu juga meraikan Hari Bumi, yang dimulakan oleh John McConnell pada 1969, setiap tahun ketika ekuinoks, iaitu pencerapan global yang diasaskan oleh Gaylord Nelson sebagai pengajar alam sekitar, dan sejak Januari 1970, ia juga dikenali sebagai Hari Bumi, yang diraikan di kebanyakan negara setiap tahun pada 22 April.

Sejarah Hari Bumi 22 April


Pada September 1969, dalam sebuah persidangan di Seattle, Washington, Senator A.S. Gaylord Nelson mengumumkan bahawa musim bunga 1970 akan diadakan demonstrasi dari akar umbi di seluruh negara bagi pembelaan terhadap alam sekitar. Senator Nelson pada mulanya mencadangkan bantahan alam sekitar di seluruh negara untuk menjadikan alam sekitar sebagai agenda negara. Katanya, "Ia satu pertaruhan, tetapi ia berjaya." Pada 22 April 1970 dikatakan hampir 20 juta rakyat Amerika Syarikat memenuhi taman dan auditorium. Hari Bumi pertama menjadi pembuka jalan terbentuknya United States Environmental Protection Agency/US EPA.

Lima bulan sebelum Hari Bumi 22 April yang pertama, pada Ahad, 30 November 1969, The New York Times mengeluarkan rencana yang panjang oleh Gladwin Hill yang melaporkan peningkatan aktiviti mempertahankan alam sekitar. Perjuangan Gaylord Nelson bermula sekitar lebih dari 7 tahun sebelum Hari Bumi pertama diraikan.

Setiap tahun, Hari Bumi 22 April menandakan ulang tahun kelahiran bagi gerakan alam sekitar moden pada 1970. Pada tahun 1990, peringatan Hari Bumi mulai berkembang secara global. Sekitar 200 juta orang dari 141 negara di dunia tergerak untuk mengangkat isu Bumi dalam skala global.


http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Bumi

Tuesday, April 20, 2010

LEMBAIAN KASIH 1 TAHUN 2010

MAJLIS PERSARAAN PUAN BEDAH BT. MATIM

Tarikh : 20 April 2010 (Selasa)
Masa : 10.45 Pagi
Tempat : Dewan Bestari SK Bangsar


Backdrop pentas Bestari untuk kali ini.


Foto puch cards kerja terakhir Pn. Bedah di Sekolah Kebangsaan Bangsar. Selamat bersara Pn. Bedah Bt. Matim. Setiap anggota khidmat awam akan mengakhiri hari terakhirnya dengan punch cards terakhir. Segala budimu dikenang.






Rakan bersama di SK. Bangsar.

Monday, April 19, 2010

Minggu Bahasa Malaysia

Majlis Pelancaran Minggu Bahasa Malaysia Peringkat Sekolah
Tarikh : 19 April 2010 (Isnin)
Masa : 7.40 pagi
Tempat : Dewan Bestari SK Bangsar

Pengerusi Majlis- Puan Salmiah
Barisan Pihak Pentadbir SK Bangsar
Guru-guru SK Bangsar
Adik Nurul Syafikah menerangkan kepentingan mengadakan Minggu Bahasa Malaysia
Pn Suzana Abdullah selaku Ketua Panitia Bahasa Malaysia menerangkan aktiviti sepanjang Minggu Bahasa Malaysia
Tuan Haji Nordin Bin Yaman Guru Besar SK Bangsar merasmikan Minggu Bahasa Malaysia Peringkat Sekolah.
Adik Muhammad Fahmi menerangkan maklumat tentang pantun, sajak dan syair.
Murid-murid SK Bangsar
Melafazkan pantun
Persembahan murid- Melagukan Syair
Persembahan Dikir Bahasa Jiwa Bangsa
Pertandingan Tulisan Cantik Untuk Murid Tahun 1


Tarikh : 19 - 23 April 2010
Tempat : Dewan SK Bangsar


Pengenalan
Bahasa Malaysia merupakan bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan di negara kita. Pengguasaan Bahasa Malaysia yang baik dapat dipertingkatkan menerusi program-program yang dijalankan untuk memperkasakannya.
Oleh itu program yang akan dijalankan ini diharapkan dapat diadakan khas untuk semua murid supaya tahap pengusaan bahasa dapat dipertingkatkan melalui beberapa aktiviti yang dijalankan. Cara beserta teknik penggunaan bahasa yang betul akan didedahkan kepada kumpulan sasaran bagi membolehkan mereka menggunakan kosa kata dan tatabahasa yang betul.

Matlamat

1. Bertujuan untuk memantapkan memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia.
2. Membantu murid mengumpul maklumat daripada bahan bacaan. Menyemarakkan peranan bahasa kebangsaan sebagai tonggak pembinaan negara bangsa.
3. Memberi garis panduan kepada murid supaya mengamalkan cara penggunaan bahasa yang betul untuk mencapai tahap penguasaan berbahasa.