Friday, June 25, 2010

Sukantara

Murid rumah hijau membuat lontaran sambil diperhatikan oleh hakim iaitu Cikgu Faizal
Cikgu Azram tunjuk cara melontar peluru dengan cara yang betul
Acara lari 100 meter
Menunggu giliran untuk lari 100 meter
Berkumpul untuk acara lompat jauh.

Sukantara SK Bangsar
Tarikh : 25 Jun 2010
Hari : Jumaat
Tempat : Padang SK Bangsar

Murid-murid berkumpul di Dewan Bestari pada pukul 7.40 pagi. Encik Ismail Bin Ahmad selaku GPK Kokurikulum memberi taklimat ringkas. Murid-murid disusun mengikut rumah masing-masing. Setiap rumah perlu menghantar peserta seramai 15 orang untuk kategori perempuan dan lelaki bagi setiap Aliran Tahun 5 dan 6. Murid wajib menyertai acara 100 meter, lontar peluru dan lompat jauh yang akan memberi mata untuk rumah masing-masing.

Sunday, June 20, 2010

Berat Badan Yang Ideal

5 Langkah untuk mencapai berat badan yang diidamkan

Menurut Mary L. Gavin, MD, terdapat 5 langkah utama yang perlu dilakukan oleh mereka yang ingin mencapai berat badan yang diidamkan.


1) Aktiviti senaman. Senaman yang ideal haruslah dilaksanakan dengan kadar 3 kali seminggu selama kira-kira 30 minit. Ramai yng beranggpan bahawa perkara ini sudah selalu sangat diwara-warakan. Namun hakikatnya, aktiviti ini amatlah penting untuk mengawal kalori di dalam badan kita. Tanpa senaman yang dilakukan secara teratur, kalori-kalori akan mudah untuk terendap di dalam tubuh dan menyebabkan berat badan terus meningkat. Ubahlah gaya hidup anda mulai hari ini. Tidak semestinya lengkap berpakaian sukan untuk beriadah. Cukuplah berjoging atau berbasikal untuk ke tempat berhampiran, selagi ianya mampu membakar lemak dan kalori.

2) Kurangkan ‘screen time’. Kurangkan screen time di sini bermakna anda harus mengurangkan masa anda bersantai-santai di bilik atau pun di dalam rumah. Pendek ceritanya, kurangkan masa menonton televisyen dan di hadapan komputer. Anda akan kurang untuk melakukan aktiviti luar sekiranya masa anda banyak dihabiskn di depan televisyen. Kurangkanlah screen time itu untuk sekitar 2 jam sehari sahaja.

3) Sayuran dan buah-buahan. Ya, sayuran dan buah-buahan bukan sahaja memberikan anda vitamin dan mineral kepada tubuh, bahkan ianya menjadi diet pelengkap kepada tubuh anda. Justeru dengan pengambilan sayur dan buahan yang mencukupi, secara tidak langsung anda akan mendapati bahawa selera makan anda tidak berlebihan. Maka, tiadalah masalah pertambahan berat badan.

4) Jangan tinggalkan sarapan pagi. Ramai di kalangan kita, anda atau sesiapa sahaja yang meninggalkan sarapan pagi semata-mata untuk mengurangkan pengambilan makanan. Ingat, ini adalah salah satu teknik yang salah! Ya, mereka yang meninggalkan pengambilan makanan sarapan pagi akan mudah dan cepat untuk berasa lapar. Dan ini sering mengakibatkan pengambilan makanan yang berlebihan semasa makan tengah hari. Justeru ini akan menyebabkan mereka mengambil nilai kalori yang jauh lebih banyak berbanding nilai yang sepatutnya diambil pada sarapan pagi.

5) Kurangkan minuman bergas. Salah satu faktor kegemukan juga adalah disebebkan amalan pemakanan dan minuman yang salah. Banyakkan pengambilan minuman kosong atau air mineral. Kurangkanlah pengambilan minuman bergas dan bergula.

Ubahlah gaya hidup kita mulai sekarang. Amalkan cara yang hidup yang sihat. Sesiapa yang malas-malas itu, ayuh rajinkan diri. Jadilah manusia yang terbaik untuk diri kita sendiri.

Allah sentiasa membuka ruang dan peluang untuk setiap hambaNya mencapai apa yang dimahukan. Mengapa kita sendiri yang enggan berusaha untuk menggapainya. Rahsia itu sudah pun ada di tangan anda.

Soalan Kuiz Piala Dunia


KUIZ PAMERAN BERTEMA PIALA DUNIA 2010

  1. Piala Dunia 2010 telah diadakan di _________________ pada 11 Jun – 11 Julai 2010.
  1. Sebanyak ________________ buah negara yang telah terpilih menyertai Piala Dunia 2010.
  2. Pemain paling tua ialah ________________________dalam Piala Dunia 2010.
  3. Nikola Zigic dari pasukan __________________merupakan pemain yang paling tinggi.
  4. Negara ___________________telah memenangi 5 kali Piala Dunia.
  5. Anugerah ___________________untuk penjaga gol terbaik.
  6. _________________________ pernah memenangi Kasut Emas pada Piala Dunia FIFA 2002.
  7. Tommy Oar dari ____________________, 18 tahun merupakan pemain termuda Piala Dunia 2010.


Saya suka menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia 2010 kerana ________________________________________________


Sila dapatkan soalan kuiz daripada Cik Norhazalina (Sesi Pagi) dan Cik Nor Asiah (Sesi Petang) di Pusat Sumber Sekolah.


Sila hantar kuiz ini kepada Cik Norhazalina(sesi pagi) Cik Nor Asiah (Sesi petang) pada atau sebelum 11 Julai 2010

Selamat Hari Bapa

SELAMAT HARI BAPA

TEMA:
JADILAH BAPA YANG TERBAIK

Hari Bapa merupakan suatu hari cuti sekular yang bermula pada awal abad ke-12 untuk kaum lelaki menyambut kebapaan, dan untuk memberi penghormatan dan peringatan terhadap para bapa. Hari Bapa disambut pada tarikh yang berlainan di seluruh dunia dan selalu melibatkan pemberian hadiah kepada bapa dan kegiatan kekeluargaan.
Hari Bapa di Malaysia.
Umumnya, sambutan hari bapa ini telah disambut di pelbagai tempat pada tarikh berbeza-beza. Namun, di kebanyakan tempat ianya akan disambut pada tarikh ini seperti juga di negara kita, Malaysia. Dan pada tahun ini ianya jatuh pada tanggal 20 Jun 2010.

Budaya hari bapa di Malaysia seharusnya dipraktikkan dengan lebih meluas lagi di negara kita. Bukan soal sejarah atau tarikhnya itu yang menjadi titik bualnya, namun sejauh mana penghayatan dan nilai pengorbanan seorang bapa itulah yang mesti dihargai dan disanjung.

Amalan hormat menghormati pada yang tua, sayang menyayangi dengan yang muda seharusnya dijadikan budaya harian, adat warisan.

Sayang yang tua, kasihkan yang muda. Sayang pada ayah, kasihkan pada anak-anak.

Sentuhanmu
Album : Damba Kasih
Munsyid : In-Team

Terpanar aku pada sentuhan keramatmu
Mengheret aku mentafsir memori silammu
Dulu ku ragu apa terbungkam dibenakmu
Kini ku tahu apa yang terbuku di hatimu

Surut dedarku pada usapan manteramu
Tunduk ungkalku pada ketegasan dirimu
Terpasak semangat pada keyakinan tekadmu
Keakuranku pada tunjuk dan titah arahanmu

C/O
Oh ayah,
Tak pernah ku tanya
Kemana tumpahnya keringatmu
Oh ayah,
Tak pernah ku hitung
Berapa banyak kerutan di dahimu
Yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku
Yang sedaya ayah laksanakan

Kau pendorong bukanlah pendesak
apalagi memaksa diriku
Aku terlorong bukan terdesak
apalagi rasa terdera

Tak terkuis dugaan menduga
Apalagi takdir yang menerpa
Aku mengharap bukan menolak
Apalagi cuba melupa

Lestari kasihmu tanpa batasan
Sempadan waktu yang memisahkan
Abadi hingga ke hujung usia akhiran masa
Sentuhanmu amat bermakna..

Melodi: Abai Os (Hijjaz Records)
Senikata: ITO Lara (Gurindam Entertainment)
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.