Friday, July 9, 2010

Hari Sukan

Tarikh : 10 Julai 2010
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Padang SK BangsarRumah Biru- Ketua rumah Encik Mohd NazirRumah Hijau - Ketua Rumah Encik Mohd NoriziRumah Coklat - Tema Petani Moden - Ketua Rumah Encik AzramRumah Merah dipenuhi bunga-bungaan - Ketua Rumah Encik FakhriJuara Hiasan KhemahTabik - Perbarisan rumah Biru
Rumah MerahRumah Coklat Juara Perbarisan
Rumah BiruPerbarisanBacaan ikrarPersembahan Poco-pocoPenyampaian Hadiah Acara Padang

Sukaneka Prasekolah
Imbang bola
lari mambawa 2 biji bola
Menunggu giliran
Sukaneka Tahun 1

Lari baton 4x100 meter Tahun 5


Acara 100 meter
Penyampaian Hadiah tempat pertama Rumah Biru, kedua Rumah Hijau dan ketiga Rumah Merah

Tempat kedua - Rumah Hijau
Rumah biru juara keseluruhan

Temasya Sukan Tahun SK Bangsar telah diadakan pada 10 Julai 2010 bersamaan hari Sabtu. Acara dimulakan dengan perbarisan. Ustaz Ikhwan telah membacakan doa. Seterusnya bacaan ikrar kejohanan. Persembahan Poco-poco daripada guru-guru dan murid-murid.Acara sukaneka tahun 3, tahun 2 dan 1 bermula diikuti dengan prasekolah. Acara olahraga dimulakan dengan acara 100 meter, 200 meter, 4 x 100 meter dan 4 x 200 meter. Selepas itu acara ibu bapa dan guru. Masa yang ditunggu-tunggu iaitu majlis penyampaian hadiah. Rumah Kuning memenangi hiasan khemah tercantik. Manakala Rumah Coklat memenangi perbarisan terbaik. Rumah Merah mendapat tempat ketiga, rumah Hijau tempat kedua dan juara keseluruhan dimenangi oleh rumah Biru.

Wednesday, July 7, 2010

Pertandingan Imbang Bola


Pertandingan Imbang Bola Sempena Demam Bola Piala Dunia
6 Julai 2010 (Khamis)
2.30 Petang
Padang SK Bangsar

6 Julai 2010 - Selasa .Seramai 29 orang murid telah menyertai pertandingan Imbang Bola yang dianjurkan oleh PSS SKB Sempena Demam Bola Piala Dunia. Para peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan. Dibantu oleh Pengawas PSS yang terdiri daripada Anis, Laili, Amerah dan Syazwina. Begitu juga dibantu oleh 2 orang cikgu iaitu Cikgu Nazir dan Zulkifli. Seramai 9 orang peserta dipilih untuk ke final. Hasil imbangan bola yang telah dibuat oleh 9 peserta akhir keputusannya ialah :
1. Muhammad Hamdani 5 Dinamik - 75 kali imbangan
2. Muhd Zulfadzli 5 Kreatif - 36 kali imbangan
3. Jagestwaran 6 Kreatif - 23 kali imbangan.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Yang kalah boleh cuba dipertandingan akan datang.

Peserta Final Imbang Bola seramai 9 orang daripada 29 orang murid

Peserta imbang bola. Walaupun berbadan kecil tetapi cekap mengimbang bolaAksi menimbang bola mengikut kumpulanBergambar sebelum aktiviti mengimbang bola