Friday, April 13, 2012

RAKAN PEMBACA


 KELAYAKAN 
 
Murid yang sudah membaca sejumlah 100 buah buku layak memasuki tahap Rakan Pembaca (RP).

CIRI-CIRI RAKAN PEMBACA
 
1.Murid sudah membaca lebih 100 buah buku.

2.Murid pada tahap RP akan dibimbing oleh guru atau fasilitator untuk memantau pelaksanaan aktiviti.

3.Murid RP dilatih melalui bengkel dan sesi tunjuk cara yang dirancang untuk menjayakan aktiviti ini.

4.Seorang guru pembimbing dicadangkan membimbing 10 ahli RP.

AKTIVITI RAKAN PEMBACA

1. Bercerita
2. Membaca Bersama
3. Ulasan Buku
4.Meminjamkan Buku
5.Bicara Buku / Diskusi Buku
6.Syarahan
7.Forum
8.Lakonan / Sketsa

1. BERCERITA
 Pengenalan
Bercerita kepada rakan/keluarga/jiran tentang isi cerita buku.  Pada akhir sesi bercerita, RP menggalakkan pendengar meminjamkan dan membaca buku tersebut.
 
Strategi Pelaksanaan Aktiviti Bercerita
1. Dilaksanakan secara formal/informal di sekolah, di rumah, di taman-taman, di tapak perkhemahan, dan sebagainya.
2. Pendengar boleh terdiri daripada sesiapa sahaja termasuk RP, guru, keluarga, jiran dan lain-lain.
3. Masa yang dicadangkan untuk aktiviti bercerita sekurang-kurangnya lima minit.

 2. MEMBACA BERSAMA

 Pengenalan
Aktiviti membaca sebuah buku secara bersama-sama dengan tujuan bertukar pandangan tentang buku tersebut.  Buku yang dibaca tidak terikat kepada buku cerita sahaja tetapi juga merangkumi buku-buku akademik seperti buku-buku rujukan mata pelajaran.

3. ULASAN BUKU

 Pengenalan
Menyampaikan ulasan buku cerita yang telah dibaca di hadapan umum.
 Contohnya:
      Kelas, perhimpunan, kumpulan.
Antara kandungan ulasan buku:
      Judul, pengarang, penerbit, sinopsis,  
      tema, penerapan nilai murni.
Pada akhir sesi, pengulas akan menggalakkan murid untuk membaca buku tersebut.

 4. MEMINJAM BUKU
Pengenalan
Meminjamkan buku yang telah dibaca kepada sesiapa sahaja (rakan, guru, keluarga, jiran dan lain-lain).  Ahli RP digalakkan meminjamkan buku milik peribadi atau keluarga.
 Strategi Pelaksanaan Aktiviti Meminjamkan BukuI.
I.Dijalankan secara informal.
II. Markah diberikan setiap kali buku itu dipinjamkan. (1 markah x 1 orang peminjam)
III. Buku yang dipinjamkan mesti telah dibaca oleh Rakan Pembaca itu sendiri.
  
5. BICARA BUKU/ DISKUSI BUKU
 Pengenalan
Membicakan buku yang telah dibaca berdasarkan sekurang-kurangnya satu daripada aspek berikut:
a) Kritikan umum tentang buku.
b) Membicarakan tentang penulis.
c) Memberikan pandangan / cadangan.
d) Kelebihan dan keistimewaan buku itu.
e) Kekurangan dan kelebihan kualiti fizikal buku.
f) Penggunaan bahasa.
 Strategi Pelaksanaan Aktiviti Bicara Buku / Diskusi Buku
Membicarakan sebuah buku/diskusi buku boleh dilakukan   bersama individu yang lain atau RP yang lain sebagai ahli panel di hadapan rakan-rakan.

6. SYARAHAN
 Pengenalan
Menyampaikan ceramah, pidato atau ucapan tentang sesuatu topik berdasarkan pembacaan dan rujukan daripada beberapa buah buku.
Strategi Pelaksanaan Aktiviti Syarahan
Dilaksanakan secara formal di kelas, semasa perhimpunan, pertandingan, dan sebagainya.
Markah hanya diberi kepada RP yang melaksanakan aktiviti tersebut.

7. LAKONAN/ SKETSA
 Pengenalan
Melakonkan watak daripada buku yang dibaca.
 Strategi Pelaksanaan Aktiviti Lakonan / Sketsa
I. Sekumpulan RP melakonkan semula watak-watak berdasarkan
       - keseluruhan buku
       - sebahagian buku
II. Bagi aktiviti kumpulan, markah yang sama diberikan kepada setiap ahli yang terlibat dalam lakonan.

KERTAS CADANGAN PROGRAM NILAM 2012

1.0       PENGENALAN
 ‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.
Program ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan ialah urus setia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program ini.
Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.
‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.
Program ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan ialah urus setia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program ini.
Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.

 2.0      MATLAMAT
Satu strategi untuk menanam minat    membaca   di   kalangan   warga SK Bangsar khususnya murid  sehingga wujudnya tabiat dan budaya membaca di kalangan warga SK Bangsar.
3.0       OBJEKTIF
3.1.  Menjadikan murid banyak membaca ( semua bidang , bahan berkualiti dan bukan sahaja pembacaan yang berorientasikan peperiksaan)
3.2.  Menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca dikalangan warga sekolah.
3.3. Menggerakkan program dan aktiviti galakan membaca
3.4. Meningkatkan minat membaca yang berterusan
3.5. Memperkasakan pelaksanaan Program NILAM dengan penglibatan yang lebih jitu oleh kalangan masyarakat
3.6. Memberi pendedahan kepada murid tentang dunia pembacaan
3.7. Mewujudkan daya usaha untuk persaingan yang sihat dan membina kekuatan minda
3.8. Melahirkan tokoh murid yang berketerampilan dalam bidang pembacaan
3.9.  Menampilkan murid yang mengamalkan ciri ciri pembaca yang berkualiti
 4.0       JAWATANKUASA PROGRAM NILAM  2012
Penasihat: Pn Che Norizam Bt Abdullah - Guru Besar
Pengerusi : En Mohd  Ali Bin Kasmun -  GPK Tadbir & Kurikulum
Timb.  Pengerusi 1 : Pn Nor Shafina Bt Yasak -  GPK HEM
Tim. Pengerusi 2 : Encik Ismail Bin Ahmad - GPK Kokurikulum
                                      Pn. Tanma a/p Rajasegaran - Penyelia Petang
Penyelaras  : Cik Norhazalina Bt Hashim
Setiausaha : Pn Nor Asiah Bt Bidin
Guru NILAM Pagi :
Pn  Siti Norsakinah Bt Md Shakri
Guru NILAM Petang :
Pn Nik Nursuhada Bt Hamid
Ketua Aliran NILAM :
Guru Kelas Inisiatif
AJK :
Hadiah dan sijil :
1. Cik Amie Binti Ismail
2. Pn Zalina Binti Muhammad
3. Pn  Noreliani Bt Yunus
4. Pn Faraezah Bt Mohammad Kamal
Jurukamera:
En . Mohd Nazir Bin Majid
En Zulkifli Bin Saad
Dokumentasi : Pn Nor Asiah
5.0       PELAKSANAAN
5.1       Rekod Bacaan (Buku NILAM)
5.2       Borang Rekod (penilaian guru)
5.3       Pengiktirafan  (ganjaran mengikut tahap )
6.0       TAHAP PELAKSANAAN DAN PENCAPAIAN NILAM
Pelaksanaan Program NILAM ini dibahagikan kepada dua tahap:
1.   Tahap Jauhari   - murid membaca banyak buku dan direkodkan (Buku NILAM)
2.  Rakan Pembaca  - murid sudah membaca 100 buku dan jalankan aktiviti pembacaan
6.1       NILAM TAHAP JAUHARI
 Murid-murid  wajib   melibatkan diri    dengan banyak membaca sebaik sahaja mereka tahu membaca dan mula belajar (Pertengahan Tahun dalam Tahun Satu).
90 - 179 buku       - Gangsa
180 - 269 buku     - Perak
270 - 359 buku     - Emas
360 buku ke atas  - NILAM (permata)
6.2       NILAM RAKAN PEMBACA
6.2.1 Kebolehan murid membimbing dan menarik minat orang lain supaya suka membaca. Aktiviti Tahap Jauhari diteruskan.
6.2.2 Guru Kelas Inisiatif dilantik sebagai Guru Pembimbing Rakan Pembaca mengikut Aliran.
6.2.3 Murid akan memilih dan meminjam buku dari PSS atau sumber lain untuk dibaca dan seterusnya meminjamkan buku tersebut kepada rakan-rakan, keluarga dan jiran.
6.2.4 Pengiraan markah bagi Tahap RP berdasarkan aktiviti yang dijalankan ialah bercerita, membaca bersama, bicara buku, meminjambuku, syarahan, lakonan dan diskusi.
Contoh Pengiraan Rakan Pembaca
Bil  Aktiviti              Pendengar                          Markah
Bercerita         1sesi x 20 pendengar                    5
Bicara buku    1 sesi x 3 pendengar                     3
Lakonan          1 sesi x 40 pengengar                  5
                                    Jumlah                                13
7.0       HADIAH
7.1 Pertandingan “Program NILAM 2012”
7.1.1  Pembaca Terbanyak Tahun 1 (Jun– Oktober 2012) Tempat 1, 2 dan 3
7.1.2 Pembaca Terbanyak mengikut Aliran (Jan– Oktober 2012) Tempat 1, 2 dan 3
7.1.3 Kelas yang paling banyak membaca mengikut Aliran ( Januari—Oktober 2012) Tempat 1,2 dan 3
7.1.4 Keseluruhan Pembaca Terbanyak 2012 Tahap 1 dan 2 - Tempat 1,2 dan 3
7.1.5  Keseluruhan Kelas Terbanyak Membaca 2012 Tahap 1 dan 2  (Tempat 1,2 dan 3)
7.1.6 Rakan Pembaca Keseluruhan Tahap 1 dan 2 (markah terbanyak) Tempat 1, 2 dan 3
7.1.7 Tempat 1,2, dan 3 Rakan Pembaca Tahap 1 dan 2 (Markah terbanyak keseluruhan) Tempat 1,2,3
8.0       STRATEGI MENJALANKAN  AKTIVITI DAN MASA PELAKSANAAN 
8.1       Dua waktu  membaca di perpustakaan dimuatkan dalam jadual kelas mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris atau bawa buku ke dalam kelas. Guru boleh meminjam buku secara pukal.
 8.2      Gunakan masa waktu di PSS untuk menjalankan aktiviti ‘info-hunt’ (murid cari maklumat daripada bahan bacaan di PSS).
 8.3      Gunakan 10-15 minit semasa P&P untuk membaca teks tentang sesuatu tajuk pelajaran
8.4         Gunakan 10-15 minit untuk membaca dengan kuat dalam P&P terutamanya dalam pelajaran B.I,BM,  Bahasa Arab,agama atau satu aktiviti formal
8.5       Mata pelajaran lain seperti Kajian Tempatan, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan galakkan tugasan folio dan  catatkan ringkasan tentang  buku rujukan untuk tugasan.
8.6       Galakkan murid membaca pada waktu senggang di sekolah dan  rumah.
 CONTOH AKTIVITI MEMBACA 
Ø Resensi Buku Baru (tajuk/ diskusi tentang tema dll)
Ø Ulasan buku (secara menulis/lisan)
Ø Pameran bertema di PSS
Ø Sudut Bacaan Kelas
9.0       PERANAN IBU BAPA
9.1 Menyediakan kemudahan bacaan di rumah.
9.2 Menggalakkan anak-anak membaca buku di rumah.
9.3 Memantau anak-anak menulis buku NILAM setelah membaca buku.
9.4 Membawa anak-anak ke Perpustakaan Kuala Lumpur dan Perpustakaan Negara bagi aktiviti meminjam dan membaca buku.
10.0    PERANAN MURID
10.1    Membaca buku berbentuk fiksyen dan bukan fiksyen.
10.2    Murid wajib memiliki buku NILAM yang boleh dibeli di Pusat Sumber Sekolah dengan harga RM2.50 sebuah.
10.3    Murid perlu mencatat maklumat dalam buku NILAM setelah membaca buku.
10.4    Serahkan buku NILAM setiap hujung bulan kepada Guru Kelas bagi guru kelas mencatat data NILAM anda.
10.5    Murid digalakkan meminjam buku di Pusat Sumber. Murid boleh meminjam sebanyak 2 buah buku seminggu.
10.6    Murid perlu menyimpan buku NILAM dari Tahun 1—6 untuk rekod pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Sekolah.
10.7    Jadikan membaca amalan hidup. Orang yang berilmu akan dipandang mulia
11.00 TEMPAT PELAKSANAAN PROGRAM NILAM
            SK Bangsar
12.00 PERALATAN
12.1    Buku fiksyen dan bukan fiksyen
12.2    Buku NILAM
13.0    TARIKH PROGRAM
            4 Januari – 31 Oktober 2012
 14.00 ANGGARAN PEMBELAJAAN
14.1    Pembaca terbanyak Tahun 1 (Jun – Oktober 2012)
            Tempat pertama       = RM 8.00 x 6 bulan = RM 48.00
            Tempat kedua           = RM 7.00 x 6 bulan = RM 42.00
            Tempat ketiga           = RM 5.00 x 6 bulan = RM 30.00
            Jumlah                      = RM   120.00
14.2    Pembaca terbanyak Tahap 1 Tahun 2-3 (Bulan Januari – Oktober)
            Tempat pertama       = RM 8.00 x 10 bulan = RM 80.00 x 2 aliran = RM160.00
            Tempat kedua           = RM 7.00 x 10 bulan = RM 70.00 x 2 aliran = RM140.00
            Tempat ketiga           = RM 6.00 x 10 bulan = RM 60.00 x 2 aliran = RM120.00
            Jumlah                      = RM   420.00
14.3    Pembaca terbanyak Tahap 2 Tahun 4-6
            Tempat pertama       = RM 8.00 x 10 bulan = RM 80.00 x 3 aliran = RM240.00
            Tempat kedua           = RM 7.00 x 10 bulan = RM 70.00 x 3 aliran = RM210.00
            Tempat ketiga           = RM 6.00 x 10 bulan = RM 60.00 x 3 aliran = RM180.00
            Jumlah                      = RM   630.00
14.4 Pembaca paling banyak membaca keseluruhan Tahun 2012 Tahap 1
            Tempat pertama       = RM 30.00
            Tempat kedua           = RM 20.00
            Tempat ketiga           = RM 10.00
            Jumlah                      = RM 60.00
14.5 Pembaca paling banyak membaca keseluruhan Tahun 2012 Tahap 2
            Tempat pertama       = RM 30.00
            Tempat kedua           = RM 20.00
            Tempat ketiga           = RM 10.00
            Jumlah                      = RM 60.00
 14.6 Kelas Paling Banyak Membaca
Tahap 1
Tempat pertama       = RM 50.00
Tempat kedua           = RM 40.00
Tempat ketiga           = RM 30.00
Jumlah                      = RM 120.00
Tahap 2
Tempat pertama       = RM 50.00
Tempat kedua           = RM 40.00
Tempat ketiga           = RM 30.00
Jumlah                      = RM 120.00
14.7    Tokoh NILAM
            Tahap 1         = RM 30.00
            Tahap 2         = RM 30.00
            Jumlah          = RM 60.00
14.8    Kelas  data NILAM lengkap
            Sesi Pagi
            Tempat pertama       = RM 40.00
            Tempat kedua           = RM 30.00
            Tempat ketiga           = RM 20.00
            Jumlah                      = RM 90.00
Sesi Petang
            Tempat pertama       = RM 40.00
            Tempat kedua           = RM 30.00
            Tempat ketiga           = RM 20.00
            Jumlah                      = RM 90.00
 14.9    Bajet 
BIL
BAHAN
JUMLAH
1
Hadiah
RM1662.00
2
Album
RM 50.00
3
Gambar
RM 100.00
4
Banner Program NILAM
RM 270.00

Jumlah
RM 2082.00
 Bajet PCG PUSAT SUMBER SEKOLAH
15.0    PENUTUP
Program ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua warga SK Bangsar dan seterusnya dapat meningkatkan  ilmu pengetahuan  yang diperolehi melalui pembacaan serta  meningkatkan kecemerlangan akademik murid-murid SK  Bangsar.

Tuesday, April 10, 2012

Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong XIV

DAULAT TUANKU : Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong XIV, Al-Sultan Al-Mu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajjah Haminah Binti Hamidun diadakan pada 11 April 2012 di Balai Rongseri Istana Negara, Jalan Duta, Kuala Lumpur.
 Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah diputerakan pada tanggal 28 November 1927.
Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Titi Gajah sebelum menyambung pelajaran di Maktab Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, Kedah.
Minat baginda yang mendalam terhadap bidang ilmu dan pendidikan telah mendorong baginda untuk berangkat ke United Kingdom bagi menyambung pelajaran di Wadham College, Oxford London pada awal tahun 1952 dalam jurusan Sains Kemasyarakatan dan Pentadbiran Awam.
Sewaktu di United Kingdom, baginda dilantik sebagai Raja Muda Kedah pada 6 Ogos 1949.
Sekembalinya baginda ke tanah air setelah menamatkan pengajian di luar negara pada tahun 1955, baginda telah berkhidmat di Pejabat Daerah Alor Setar, dan kemudiannya di Perbendaharaan Negeri Kedah.
Pada tanggal 9 Mac, 1957, baginda dilantik menjadi pemangku Sultan Kedah sewaktu Almarhum Sultan Badlishah berangkat ke luar negara pada 12 Mac hingga 3 Julai, 1957.
Dengan kehendak dan izin Allah S.W.T, baginda telah naik takhta kerajaan Negeri Kedah pada 14 Julai, 1958 berikutan kemangkatan ayahanda baginda.

Baginda ditabalkan dengan rasminya sebagai Sultan Kedah Darul Aman pada 20 Februari, 1959.
Begitu juga dengan izin dan takdir Allah S.W.T. juga hendaknya pada 21 September, 1965, baginda dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang keempat oleh Majlis Raja-Raja, manakala pada tahun 1970, Majlis Raja-Raja telah melantik Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kelima di antara tahun 1970 hingga tahun 1975.
Istiadat mengangkat sumpah jawatan disempurnakan pada 21 September, 1970.
Tuanku Abdul Halim ditabalkan secara rasmi sebagai Yang di-Pertuan Agong yang kelima pada 20 Februari, 1971 dengan penuh adat istiadat di ibu negara.
Baginda menyandang jawatan tersebut hingga 21 September, 1975.
Baginda bertemu jodoh dengan Almarhumah Tuanku Hajah Bahiyah Binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman pada 10 Mac, 1956 di Istana Seri Menanti, Negeri Sembilan Darul Khusus.
Almarhumah adalah puteri sulung Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ketika itu (kemudiannya Yang Di-Pertuan Agong yang pertama Persekutuan Tanah Melayu).
Baginda mempunyai tiga orang puteri iaitu:
- Tunku Panglima Besar Datuk Seri Diraja Tunku Puteri Intan Safinaz Binti Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah (1966);
- Datuk Seri Diraja Tunku Soraya Binti Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah (1961); dan
- Tunku Salina Binti Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah (1961)- mangkat pada 31 Ogos 1991.
Baginda juga telah bertemu jodoh dengan Che Puan Hajah Haminah Binti Hamidun pada 25 Disember, 1975.
Tuanku Hajah Haminah dilahirkan di Bagan Serai, Perak Darul Ridzuan.
Pada 26 Ogos, 2003, Almarhumah Tuanku Sultanah Hajah Bahiyah mangkat di Istana Kuala Chegar, Anak Bukit, Alor Setar, Kedah.
Pada tanggal 9 Januari, 2004, telah berlangsung Istiadat Permasyuran Yang Mulia Che Puan Hajah Haminah sebagai Sultanah Kedah yang baru dengan gelaran Tuanku Sultanah Hajah Haminah Binti Hamidun.
Tuanku Abdul Halim menyambut Perayaan Jubli Perak sempena Ulang tahun Pemerintahan Baginda Yang Ke-25 pada tahun 1983.
Pada Julai tahun 2008, Seri Paduka Baginda telah menyambut Perayaan Jubli Emas sempena Ulang tahun Pemerintahan Baginda Yang Ke-50.
Tuanku Abdul Halim dilantik sekali lagi sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong Malaysia XIII pada 13 Disember, 2006.
Dengan izin Allah S.W.T., sejarah negara tercipta apabila Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-226 (khas) yang bersidang pada 14 Oktober, 2011 telah memilih baginda sekali lagi sebagai Yang di-Pertuan Agong XIV bagi menggantikan Yang di-Pertuan Agong XIII, Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah yang menamatkan tempoh pemerintahan pada 12 Disember, 2011.
Pada tanggal 13 Disember 2011, bersempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-227 (khas) baginda dengan rasminya memegang amanah memerintah negara buat kali yang kedua sebagai Yang di-Pertuan Agong XIV.
Dalam bidang ketenteraan, kepimpinan baginda senantiasa dikagumi.
Baginda dilantik menjadi Kolonel Yang Di-Pertua Kor Peninjau Malaysia pada 23 Mac, 1966 sehinggalah tarikh baginda dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-5 pada 23 Julai, 1970.
Dengan pelantikan sebagai Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim juga adalah merupakan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia.
Selepas Baginda menamatkan tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-5, baginda dilantik pula menjadi Kolonel Yang Di-Pertua Rejimen Askar Melayu DiRaja pada 23 September, 1975.
Kini dengan pelantikan Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong XIV, baginda juga sekali lagi merupakan Pemerintah Tetinggi Angkatan Tentera Malaysia.
 Tuanku Abdul Halim dianugerahkan dengan pelbagai Darjah Kebesaran iaitu:
D.K. (Februari 1964), D.K.H. (Januari 1973), D.K.M. (Februari 1971), D.M.N. (Februari 1959), D.U.K. (Julai 1958), D.K. (Kelantan-Julai 1959), D.K. (Pahang-Mei 1970), D.K. (Selangor-September 1978), D.K. (Perlis-Jun 1980), D.K. (Negeri Sembilan-Ogos 1982), D.K. (Johor-September 1983), D.K. (Terengganu-Mac 1985), D.K. (Perak), D.K (Brunei), D.P. (Sarawak-April 1977), D.U.N.M. (1990), SMDK., SHMS., SGMK., S.P.M.K. (Februari 1964), S.S.D.K. (Januari 1973), Grand Cordon of The Order Of The Rising Sun Of Japan (Februari 1970), Bintang Maha Putra Adipradana (Indonesia)(Mac 1970), Order of the Rammata (Thailand) 1973, Hon. Knight Grand Cross Order Bath (U.K.) 1974 dan Asso. Knight Order St. John 1974., Hon. Ph.D (UUM)(2008).
Baginda sememangnya terkenal dengan sifat sebagai seorang Raja yang amat berhemah tinggi, berpertuturan yang lemah-lembut dan bersopan santun.
Baginda adalah seorang pemerintah yang dididik dari kecil dengan nilai-nilai pekerti dan tingkah laku yang berasaskan kepada ajaran agama dan ilmu keduniaan yang luas.
Baginda amat mengambil perhatian dalam hal-ehwal agama dan juga kepada rakyat jelata yang menyentuh bidang kuasa baginda sendiri.
Keprihatinan baginda jelas terbukti sewaktu menjalankan kewajipan baginda sebagai Sultan Negeri Kedah telah berangkat setiap hari ke pejabat Baginda di Wisma Darul Aman, Alor Setar.
Demikian jua, di Istana Negara amalan tersebut tidak ditinggalkan malahan Baginda akan memperuntukkan lebih banyak masa di Pejabat Baginda di Istana Negara memandangkan Baginda kini merupakan Ketua Negara bagi Malaysia.
Baginda juga begitu prihatin terhadap kemakmuran dan keharmonian hidup rakyat jelata.
Hal demikian terserlah dalam tindakan baginda menangani permasalahan hal-ehwal kemasyarakatan dan keagamaan.
Baginda dilihat sentiasa mencemar duli untuk berdampingan dengan golongan rakyat jelata.
Justeru, Baginda mempunyai hubungan akrab dengan rakyat jelata atau dengan kata lain Raja Berjiwa Rakyat.
Bagi merapatkan jurang antara rakyat dan Istana, Baginda mengambil pendekatan turun ke akar umbi bagi menemui khalayak rakyat jelata, jadi tidak hairanlah jika Baginda menjadi seorang Pemerintah yang dikasihi dan disegani seluruh rakyat negeri Kedah Darul Aman khususnya, dan negara Malaysia amnya.
Baginda juga tidak dapat memisahkan diri daripada terlibat dalam melakukan aktivit-aktiviti bersama golongan rakyat.

Bidang pendidikan merupakan bidang yang amat diberi perhatian oleh Seri Paduka Baginda.
Setiap tahun, Baginda dan Raja Permaisuri Agong berangkat menghadiri pelbagai aktiviti di sekolah rendah, menengah, maktab perguruan dan universiti.
Di beberapa buah sekolah rendah dan menengah, Baginda telah mencemar duli berangkat pada setiap Hari Anugerah Cemerlang di sekolah-sekolah tersebut semenjak baginda ditabalkan sehinggalah ke hari ini iaitu lebih 50 tahun.
Selain daripada itu, sebagai seorang pemerintah yang cintakan ilmu pengetahuan Baginda adalah merupakan Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) serta Kolej Universiti INSANIAH Negeri Kedah Darul Aman.
Selain aktif dalam persatuan, Baginda juga merupakan seorang pemerintah yang mencintai alam semulajadi dan senantiasa memberi perhatian kepada pemuliharaan flora dan fauna.
Baginda juga amat berminat kepada pemeliharaan haiwan seperti pelbagai jenis burung-burung kegemaran baginda dan juga binatang seperti kuda dan rusa di Istana Anak Bukit.
Baginda amat mengambil berat terhadap pengawasan binatang peliharaan tersebut, justeru tanpa rasa jemu, baginda sendiri akan berangkat setiap hari bagi memastikan tahap penjagaan yang sempurna dilaksanakan di taman haiwan tersebut.
Selain sibuk dengan pentadbiran Negara dan kerja-kerja amal, baginda bijak memperuntukkan sebahagian masa untuk beriadah, berekreasi dan bersukan. Baginda mempunyai minat terhadap sukan golf.
Selain golf, sewaktu muda, baginda juga gemar bermain tennis dan biliard. Bagaimanapun sekarang, baginda hanya bergiat dalam permainan golf namun, baginda sentiasa mengikuti perkembangannya dari semasa ke semasa.
Demikian juga dalam sukan bola sepak, baginda turut memberi perhatian serius terhadap perkembangan Pasukan Bola Sepak Negara khususnya Negeri Kedah dan sentiasa memberi perangsang dan menyuntik semangat bagi menjulang nama Negeri Kedah dalam arena bola sepak negara.
Walaupun baginda gemar bersukan, namun baginda turut mempunyai hobi yang lain iaitu membaca pelbagai buku ilmiah, melancong dan seni fotografi.
 Sumber : http://www.kulim.my/dymm-seri-paduka-baginda-yang-dipertuan-agong/

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PERPUSTAKAAN KUALA LUMPUR DAN KUALA LUMPUR CITY GALLERY

Pusat Sumber SK Bangsar telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Perpustakaan Kuala Lumpur dan Kuala Lumpur City Gallery pada 10 April 2012
Balik ke Sekolah 

Monday, April 9, 2012

KERTAS CADANGAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PERPUSTAKAAN KUALA LUMPUR DAN KL CITY GALLERY

1. TAJUK PROGRAM
“ LAWATAN SAMBIL BELAJAR PERPUSTAKAAN KUALA LUMPUR  DAN
KUALA LUMPUR  CITY GALLERY”
 “ 
2. PENGENALAN
      Program Lawatan Sambil Belajar ke Perpustakaan Kuala Lumpur dan Kuala Lumpur City Gallery ini merupakan satu aktiviti yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid tentang sejarah awal penubuhan Kuala Lumpur . Di samping itu, program ini juga murid-murid boleh  menimba ilmu sains perpustakaan di Perpustakaan Kuala Lumpur.
    Aktiviti ini melibatkan 40 orang murid Tahun 4,5, 6  dan disertai oleh 4 orang guru pengiring. Dengan adanya program seperti ini ia dapat menyediakan pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih fleksibel, menarik, berfokus dan bersesuaian dengan keupayaan serta kebolehan murid,.
Selain itu, lawatan sambil belajar ini juga selaras dengan Kementerian Pelajaran Malaysia yang mahukan setiap murid menghadiri aktiviti luar bilik darjah yang sesuai untuk memberikan pemahaman dan pengetahuan berkaitan ilmu sejarah dan sains perpustakaan.
3. MATLAMAT 
      Matlamat program ini adalah untuk melahirkan generasi murid yang cemerlang, beriman, berakhlak mulia dan berketerampilan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara ke arah menjayakan Wawasan 2020.   
 4. OBJEKTIF
  • Mendedahkan murid-murid kepada sejarah awal penubuhan Kuala Lumpur.
  • Menimba pengetahuan  ilmu sains perpustakaan.
  • Menyediakan diri murid peluang untuk mendapat pengalaman pembelajaran di luar bilik darjah dan menjadikan pembelajaran dan pengalaman yang lebih bermakna dan menarik.
  • Memperkembangkan kemahiran bahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi dan bersosialisasi dengan masyarakat.
  • Membentuk tingkah laku dan sikap murid untuk lebih berdaya saing.
5.JAWATANKUASA LAWATAN
Jawatankuasa yang akan melaksanakan program ini adalah seperti di bawah :
Penasihat                             : Pn Che Norizam Binti Abdullah - Guru Besar
Pengerusi                             : Encik Mohd Ali Bin Kasmun
                                                  GPK Tadbir dan Kurikulum
Naib Pengerusi                    : Pn Nor Shafina Bt Yasak – GPK HEM
                                                  Encik Ismail Bin Ahmad – GPK Kokurikulum
                                                  Pn Tanma a/p Rajasegaran - Penyelia Petang
Penyelaras                            : Cik Norhazalina Binti Hashim
Bendahari                             : Pn Nor Asiah Binti Bidin
Disiplin                                  : Encik Mohd Nazir Bin Majid       
Jurukamera                          : Encik Zulkifli Bin Saad
Dokumentasi                       : Cik Norhazalina Binti Hashim
6.  TARIKH LAWATAN
10 April 2012 – Selasa
7. TEMPAT LAWATAN
Perpustakaan Kuala Lumpur dan Kuala Lumpur City Gallery
8. KUMPULAN SASARAN
Murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 : 40  orang
Guru  : 4 orang  
9.  TENTATIF PROGRAM LAWATAN
BIL
MASA
PERKARA
CATATAN

1.

7.30  pagi
Peserta rombongan berkumpul di Dewan SK Bangsar
-       Pembahagian kumpulan
-       Taklimat oleh guru
Mendengar taklimat
2.
7.45 pagi
Sarapan di kantin

3.
8.15  pagi
Bertolak ke Perpustakaan Kuala Lumpur dan Kuala Lumpur City Gallery

4.
9.00 pagi
Tiba di Perpustakaan Kuala Lumpur

5.
9.05  pagi
Taklimat mengenai Perpustakaan Kuala Lumpur – oleh wakil Perpustakaan Kuala Lumpur
Catatan dibuat oleh peserta
6.
9.30 pagi
Pertandingan Teka silang kata
Literasi Maklumat
7.
10.00 pagi
Pertandingan Bijak Mengeja
Literasi Maklumat
8.
10.30 pagi
Pertandingan Permainan Dalaman- Congkak
Literasi Maklumat
9.
11.30 pagi
Penyampaian Hadiah

10.
12.00 tengah hari
Jamuan

11.
12.30 tengah hari
Lawatan Kuala Lumpur City Gallery
Sesi Fotografi
Literasi Maklumat
12.
1.30 petang
Pulang ke SK Bangsar

13.
2.00 petang
Dijangka tiba ke SK Bangsar


  
 10. BAJET
Bil
Perkara
Perbelanjaan
Jumlah
1
 Sewa bas
1 bas X RM 250
RM 250.00
2
 Makanan dan minuman
Murid  - RM 5 X 40 orang
=RM200.00

RM 200.00
3
 Hadiah hamper
1 kumpulan – 10 0rang murid
Tempat 1 x RM 60.00 = RM 60.00
Tempat 2 x RM 50.00 = RM 50.00
Tempat 3 x RM 40.00 = RM 40.00
Tempat 4 x RM 30.00 = RM 30.00
RM 180.00
5.
 Gambar
RM 30.00
RM 30.00
6.
 Dokumentasi
RM 30.00
RM 30.00


Jumlah
RM 690.00
 11.  PENUTUP 
Pihak kami berharap agar objektif lawatan sambil belajar ini dapat direalisasikan dengan sebaik-baiknya. Diharap juga murid-murid dapat mewarisi amalan lawatan sambil belajar yang baik dan berfaedah serta dapat melahirkan pemimpin yang berkaliber dan dapat menerajui generasi muda yang akan datang dalam menghadapi cabara-cabaran alaf baru. Akhir sekali diharapkan lawatan sambil belajar ini mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T. 
CEMERLANG,GEMILANG DAN TERBILANG 
Disediakan oleh :
CIK NORHAZALINA BINTI HASHIM