Wednesday, June 19, 2013

TAYANGAN 3D

Pusat Sumber memulakan tayangan 3D di Bilik Media pada 19 Jun 2013. Tayangan 3D diadakan pada waktu rehat untuk menarik warga sekolah mengunjungi Bilik Media sebagai alat pembelajaran berteknologi dan mengetahui Bahan Bantu Mengajar yang terdapat di Bilik Media.
3D- alat tiga dimensi bermaksud objek yang dapat dilihat dari tiga dimensi yang digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran. Sumber :http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=3D
Poster 3D

Poster diliminate
Cermin mata 3D
CD 3D

Menunggu giliran dengan pas masuk tayangan 3D
Murid menonton tayangan 3D

PERTANDINGAN MEWARNA DAN KUIZ SEMPENA MINGGU PUSAT SUMBER

Minggu Pusat Sumber SK Bangsar bermula pada 17-21 Julai 2013. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti Pameran Bertema Boneka, Pertandingan Mewarna Kulit Buku, Mewarna dan menamakan watak boneka, Kuiz pameran, pengunjung bertuah dan tayangan 3D.
Pertandingan mewarna kulit buku

 
Warna dan namakan watak boneka yang terdapat di PSSSKB
Boneka yang terdapat di Pusat Sumber SK Bangsar
Kuiz Boneka - murid boleh mendapat jawapan dan maklumat di sudut pameran bertema boneka di PSS
Sudut pameran


Tuesday, June 18, 2013

TAYANGAN 3D@BILIK MEDIA

AJK Media mendapat idea untuk mewujudkan tayangan 3D setelah melawat ke Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor. Tayangan 3D ini merupakan salah satu tarikan warga SK Bangsar untuk hadir ke Pusat Sumber SK Bangsar. Selain itu, warga SKB dapat mempelajari dan mengalami kemudahan teknologi dalam bidang tayangan. Murid-murid mendapat ilmu pengetahuan melalui pelbagai tayangan yang dipelbagaikan. Untuk tayangan pertama ialah dinosaur. Murid yang berminat boleh menonton tayangan pada waktu rehat. Murid akan diberi cermin mata 3D.

PAMERAN BERTEMA BONEKA

18 Jun 2013- Penyediaan sudut Pameran Bertema Boneka.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat boneka bermaksud (bonĂ©ka)1. anak patung, anak-anakan; 2. patung (mis orang atau binatang) yg boleh digerakkan dgn menarik tali yg dilekatkan padanya, atau dgn memasukkan tangan ke dlm badannya dan menggerakkannya; 3. ki orang atau negeri yg tindaktanduknya dikawal oleh kuasa atau pengaruh luar: mereka semua ~ penjajah; pemerintah ~ pemerintah yg dibentuk dan dikuasai oleh negara lain; membonekakan, memperboneka, memperbonekakan mempermainkan (memperlakukan, menganggap, dll) spt boneka: kerajaan itu dibonekakan oleh negara-negara asing.
Sumber :http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=boneka

Sudut Pameran Boneka

 Boneka yang baru diterima


 Boneka pakaian tradisional Malaysia kaum wanita
 Sudut pameran 
Pameran pakaian tradisional kaum lelaki