Saturday, October 19, 2013

SUKANEKA PRASEKOLAH

Sukaneka Prasekolah SK Bangsar dan SK Bukit Pantai telah di adakan di Padang SK Bangsar.
Bunting
Hadiah
 Pendaftaran
 Buku program
Borang hakim pemenang
 Sukaneka

Gerak tari
 Persembahan murid Prasekolah SK Bukit Pantai
Persembahan murid Prasekolah Sayang SK Bangsar
Prasekolah Pintar SK Bangsar
Penyampaian hadiah





LDP VLE FROG

LDP VLE FROG telah diadakan di Makmal Komputer SK Bangsar pada 19 Oktober 2013.
Frog VLE adalah platform pembelajaran maya yang telah memenangi anugerah dan mudah digunakan, selain direka khas untuk pengguna. Dibangunkan di United Kingdom dengan rekod pencapaian selama 13 tahun, Frog memfokuskan kepada usaha untuk memudahkan kehidupan guru dan pelajar sekaligus untuk mempertingkatkan teknik pengajaran dan pembelajaran. Sebagai tambahan, Frog VLE juga disepadukan dengan rakan kandungan dan alat pendidikan lain yang berkuasa, termasuklah Google Apps untuk Pendidikan dan Khan Academy, untuk memajukan lagi teknik pengajaran dan pembelajaran. FrogAsia, penyedia penyelesaian Frog VLE, turut bekerjasama rapat dengan golongan pendidik tempatan dan organisasi-organisasi pendidikan untuk membekalkan sistem pembelajaran bertaraf dunia yang releven dengan rantau Asia. Selain teknologi, penekanan turut diberi kepada usaha untuk melengkapkan dan membimbing sekolah-sekolah tentang penggunaan Frog sebagai satu peralatan yang boleh menambah-baik sekolah secara keseluruhannya. Sumber :http://1bestarinet.net/?page_id=21#WhatIsAVLE



Friday, October 18, 2013

PROSES TEKNIK BAHAN

Pengawas Pusat Sumber memproses buku baru.
Mengecap hak milik di muka surat rahsia

Mengecap nombor panggilan di muka surat verso

Muka surat verso buku baru

Tuesday, October 15, 2013

PAMERAN HAJI

Bersempena Menyambut Hari Raya Aidiladha, Pusat Sumber SK Bangsar telah mewujudkan sudut Pameran Haji untuk memberi info mengenai ibadat Haji.
Mencetak  maklumat Hari Raya Aidiladha yang diperoleh daripada internet.
Mencetak gambar Kaabah yang diperoleh daripada internet
 Info yang diperoleh daripada Majalah Solusi
 Sudut Pameran di PSS

SALAM AIDILADHA

Pusat Sumber SK Bangsar mengucapkan Salam Aidiladha kepada muslimin dan muslimat. 
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat : Hari Raya Aidiladha hari besar Islam yang dirayakan pada 10 Zulhijjah (Selepas berhenti di Arafah).

Amalan Menjelang Hari Raya Eidul Adha
Pagi 10 Zulhijah
1. Mandi sunat Aidiladha pada pagi harinya.
2. Memakai pakaian baru dan bersih sebagai tanda syukur kepada Allah.
3. Memakai haruman dan wangian yang menyenangkan.
4. Memohon keampunan dan bermaaf-maafan sesama ahli keluarga.
5. Sunat menjamah makan-minum selepas selesai Aidiladha.
6. Menggunakan jalan berbeza sewaktu pergi dan pulang dari masjid.
7. Lebih afdal dengan berjalan kaki jika masjid tidak terlalu jauh.
8. Bertakbir, tahmid dan tahlil bermula dari malam 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad)
9. Bersolat sunat hari raya dan mendengar khutbah penuh penghayatan.
10. Ziarah menziarahi kaum keluarga, jiran tetangga dan sahabat handai.
11. Bersedekah kepada mereka yang memerlukan.