SAMBUTAN HARI GURU
Friday, May 16, 2014
Tuesday, May 13, 2014
LAPORAN PENUH PAMERAN BERTEMA PERAYAAN TAHUN BARU CINA DAN HARI WILAYAH
1.0
TAJUK PROGRAM
1.1 Pameran Bertema Perayaan Tahun Baru
Cina dan Hari Wilayah
2.0
TEMPOH PELAKSANAAN
Tarikh :
28 Januari - 14 Februari 2014
3.0
TEMPAT
3.1
Pusat
Sumber Sekolah Kebangsaan Bangsar
4.0
OBJEKTIF
4.1 Memberi
pendedahan dan pengetahuan kepada pelajar tentang perayaan Tahun Baru Cina di
Malaysia.
4.2 Mengetahui
sejarah penubuhan Wilayah Persekutuan
4.3 Belajar
mengurangkan tekanan belajar melalui penglibatan dalam penganjuran pameran.
4.4 Memenuhi
sukatan mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bagi Tahun 5.
5.0 AJK PELAKSANA
Penasihat : Pn Che
Norizam Binti Abdullah – Guru Besar
Pengerusi : Encik Mohd Ali Bin
Kasmun – GPK 1
Penyelaras : Cik Norhazalina Binti
Hashim
Setiausaha : Pn Nor Asiah Bt Bidin
Bendahari : Pn Zalina Binti Muhammad
Jurukamera : Encik Zulkifli Bin Saad
AJK
Hadiah : Pn Anita
Juliana
Pn
Faraezah
6.0
AKTIVITI
PELAKSANAAN
6.1 Gambar perayaan
Tahun Baru Cina dan Hari Wilayah
6.2 Maklumat
mengenai perayaan Tahun Baru Cina dan
Kuala Lumpur.
6.3 Soalan kuiz
terkumpul
6.4 Pengunjung
bertuah
6.5 Pertandingan
mewarna perayaan Tahun Baru Cina dan Hari Wilayah
6.6 Pameran buku
berkaitan perayaan Tahun Baru Cina dan Hari Wilayah
7.0 IMPAK
7.1 Mendapat kerjasama
daripada AJK Pelaksana untuk menjayakan Pameran
Bertema Perayaan Tahun Baru Cina dan Hari
Wilayah.
7.2 Murid dapat mengetahui
dan mengenali budaya masyarakat Cina
menyambut Tahun Baru Cina.
7.3 Murid dapat mengaplikasi
kemahiran literasi maklumat melalui aktiviti kuiz
dengan mencari jawapan di
sudut pameran di Pusat Sumber.
7.4 Murid dapat mencungkil bakat seni
mewarna berdasarkan pertandingan
mewarna gambar sambutan Tahun Baru Cina dan Hari Wilayah.
8.0 LAPORAN
Pameran
Bertema Tahun Baru Cina diadakan pada 28
Januari - 14 Februari 2014 . Pihak AJK Pelaksana Pameran Bertema Tahun Baru
Cina dan Hari Wilayah telah menyediakan sudut pameran bertema melalui maklumat
mengenai budaya perayaan Tahun Baru Cina dan Hari Wilayah . Warga SK Bangsar
telah war-warkan mengenai pameran ini melalui laman blog PSS dan pengumuman di
perhimpunan pagi serta petang.
Murid-murid
diberi peluang menyertai pertandingan mewarna gambar suasana perayaan Tahun
Baru Cina . Oleh itu, murid-murid secara tidak langsung mengetahui dan mengenai
amalan dan budaya masyarakat Cina di
Malaysia..
Murid-murid
mengaplikasilkan kemahiran literasi maklumat dengan membaca maklumat mengenai
sejarah dan asal-usul perayaan Tahun Baru Cina dan Hari Wilayah. Murid-murid
mencari maklumat dan jawapan di sudut pameran melalui pertandingan kuiz yang
disertai.
Majlis
penyampaian hadiah telah diadakan pada 28 Februari 201 semasa Majlis Penutup
Minggu Bahasa Malaysia yang telah disempurnakan oleh Pn Norshafina Binti Yasak
Guru HEM SK Bangsar bagi sesi pagi. Manakala sesi petang majlis penyampaian
hadiah disampaikan oleh Pn Tanma a/p Rajasegaran selaku Penyelia Petang.
9.0
PENUTUP
Pameran ini, dapat mempertingkatkan dan mengukuhkan lagi budaya
membaca di kalangan pelajar sekolah ini. Warga SK Bangsar dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi semasa
pameran itu nanti di samping mengetahui adat dan budaya masyarakat Cina
menyambut perayaan Tahun Baru Cina di Malaysia dan Hari Wilayah.
10.0 LAMPIRAN
10.1 Nama-nama pemenang
pertandingan mewarna perayaan Tahun Baru Cina dan Hari Wilayah serta kuiz.
10.2 Gambar-gambar aktiviti Pamera
Bertema Perayaan Tahun Baru Cina dan Hari Wilayah.
LATIHAN KEBAKARAN
Latihan kebakaran telah diadakan pada 23 April 2014. Wakil bomba dari Balai Bomba Pantai memberi taklimat.
Cikgu Naharudin memberi taklimat ringkas
Wakil bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai
PENYAMPAIAN PINGAT PERMAINAN KRIKET PERINGKAT NEGERI WPKL 2014
Majlis penyampaian pingat permainan kriket peringkat negeri WPKL telah diadakan pada 12 Mei 2014 semasa perhimpunan pagi. Pasukan kriket SK Bangsar telah mendapat tempat ketiga.