Thursday, October 9, 2014

BAHASA MELAYU TAHUN 4

Mata pelajaran: Bahasa Melayu. 
Tahun 4 Dinamik. 
Tema: Alam Sekitar. 
Tajuk: Projek Kitar Semula






MENTERI PENDIDIKAN MELAWAT SK BANGSAR

Tarikh : 30 September 2014

Bacaan Doa







YB Dato' Seri Idris Bin Jusoh telah meluangkan masa bersama 270 murid yang menduduki semula UPSR di SK Bangsar. Beliau ketika memberi kata-kata perangsang kepada mereka berkata: "Saya (merujuk kepada murid) senyum, saya senang hati, Insya-Allah (kamu) akan dapat jawab peperiksaan dengan baik.

"Ucap terima kasih kepada cikgu, masuk bilik peperiksaan dengan baik, tenang dan fikir untuk dapatkan keputusan yang baik."

Peperiksaan ulangan UPSR yang berlangsung hari ini melibatkan dua mata pelajaran iaitu Sains dan Bahasa Inggeris.

Kertas peperiksaan yang diulang semula itu ialah Sains 018, 028 dan 038 bermula 8.15 pagi dan Bahasa Inggeris 014/1 mulai 10.30 pagi dan Bahasa Inggeris 014/2 pada 12.20 tengah hari.

Tarikh baharu bagi ujian Matematik 015/1, 025/1, 035/1 dan Bahasa Tamil 036 dan 037 pula ditetapkan pada 9 Okt.


Petikan : https://www.facebook.com/penerangan/photos/a.10151100879478884.449967.230445633883/10152557777878884/?type=1&theater

BUKU POPULAR

PSS SK BANGSAR

KERATAN AKHBAR

ANTARA KERATAN AKHBAR SKB




SIJIL ANUGERAH SK BANGSAR

Sijil Penghargaan dan Penyertaan oleh SK Bangsar di peringkat zon, negeri dan Kebangsaan











Wednesday, October 8, 2014

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN MEMBACA PROGRAM NILAM PERINGKAT NEGERI WPKL 2014

Tarikh : 8 Oktober 2014 (Rabu)
Tempat : Dewan Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

Majlis dimulakan dengan kata alu-aluan oleh Encik Zainuddin B. Haji Othman (Ketua Penolong Pengarah BTPNWPKL). Seterusnya, ucapan perasmian oleh Yang Berbahagia Datin Nawal Bt Salleh (Pengarah Pendidikan JPWPKL).
Penyampaian sijil telah diberikan kepada lapan kategori individu dan empat kategori Pendidikan Khas manakala piala dan sijil telah diberikan kepada Kategori Pusat Sumber Cemerlang dan Tokoh NILAM Negeri 2014.
Alhamdulillah Pusat Sumber SK Bangsar telah dinobatkan Johan Pusat Sumber Cemerlang Peringkat Negeri WPKL.

Yang Berbahagia Datin Nawal Bt Salleh Pengarah Pendidikan JPWPKL bersalaman dengan AJK Kerja Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Membaca Program NILAM Peringkat Negeri WPKL
Puan Che Norizam Binti Abdullah Guru Besar SK Bangsar telah menerima sijil penghargaan dan piala Anugerah Pusat Sumber Cemerlang Kategori Sekolah Rendah 2014.



Tokoh NILAM WPKL 2014


Monday, October 6, 2014

MINIT CURAI BENGKEL PENGHASILAN ASET DIGITAL OLEH GPM

BORANG MINIT CURAI
(BENGKEL)

PERKARA
Bengkel Penghasilan Aset Digital oleh Guru Perpustakaan dan Media GPM

TARIKH
29 Sept – 2 Okt 2014
RUJ. FAIL
KP(BTP-PSP )8810/1/7 Jld 2(13)
MASA
8.00 Pagi – 10.00 malam

TEMPAT
BTPN Perak
ANJURAN
Sektor PLTP
BTP Bukit Kiara
PEGAWAI YANG HADIR :
Penceramah :
1.      Encik Moktar Bin Wahid
2.      Pn Hasni Binti Abdul Rahman
3.      Pn Roziaton Norin Bt Muhd Yussof
4.      En Abdul Hakim Bin Abdullah
Pengurus : Pn Sa’diah Binti Md Said

BIL.
PERKARA / ISU
TINDAKAN / MAKLUMAN
1.
Penyediaan Aset Digital
i.                    Laporan PSS
ii.                  Berita PSS
iii.                Artikel Semasa
Pn Hasni Binti Abdul Rahman

2.
Unsur KBAT dalam Penghasilan Bahan
Encik Moktar Bin Wahid
BTP Bukit Kiara
3.
Pembentangan Cara-cara Membangun Laman Pembelajaran Berdasarkan Modul Reka Bentuk Pengajaran

Pn Roziaton Norin Bt Muhd Yussof
4.
Pembinaan dan Perkongsian Laman Pengajaran dan Pembelajaran dalam VLE.

En Abdul Hakim Bin Abdullah
5.
Pembentangan Hasil Bengkel
En Abdul Hakim Bin Abdullah

TARIKH : 07102014
NAMA                   : NORHAZALINA BINTI HASHIM

TANDATANGAN :

Peserta Bengkel GPM - Kuala Lumpur, Selangor dan Perak

Sunday, October 5, 2014

BENGKEL PENGHASILAN ASET DIGITAL OLEH GURU GPM ZON TENGAH

Tarikh : 29 September - 2 Oktober 2014
Tempat : BTPN Perak



Hari Pertama
Penyediaan Aset Digital - Laporan PSS, Berita PSS dan Artikel Semasa
Pn Hasni Binti Abdul Rahman
Unsur KBAT dalam Penghasilan Bahan 
Encik Moktar Bin Wahid
BTP Bukit Kiara
Pembentangan Cara-cara Membangun Laman Pembelajaran Berdasarkan Modul Reka Bentuk Pengajaran 
Pn Roziaton Norin Bt Muhd Yussof
Pembinaan dan Perkongsian Laman Pengajaran dan Pembelajaran dalam VLE
En Abdul Hakim Bin Abdullah
Sijil Penyertaan