Friday, June 19, 2015

SUMBANGAN BUKU

19062015 - Sebuah buku masakan telah disumbangkan oleh bekas murid SK Bangsar.


Thursday, June 18, 2015

SAMBUATAN IHYA RAMADAHAN

Tarikh : 18 Jun 2015
Tempat : Dewan Bestari SK Bangsar
Masa : 8.30 pagi
Ucapan GPK Tadbir dan Kurikulum Pn Siti Maziah Binti Malik
Gimik Pelancaran

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE GALERI ILMU DAN MUZIUM COKLAT

LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE GALERI ILMU DAN MUZIUM COKLAT
 ANJURAN PUSAT SUMBER SK BANGSAR
 2015
1.0 PENGENALAN
Program Lawatan Sambil Belajar ke Galeri Ilmu dan Muzium Coklat untuk memberi pendedahan kepada murid-murid dalam bidang penerbitan dan pencetakan buku. Selain itu, mengetahui sejarah coklat yang terdapat  di Muzium Coklat.
2.0 LATAR BELAKANG
Program seperti ini dapat menyediakan pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih fleksibel, menarik, berfokus dan bersesuaian dengan keupayaan serta kebolehan murid. Lawatan sambil belajar ini juga selaras dengan Kementerian Pelajaran Malaysia yang mahukan setiap murid menghadiri aktiviti luar bilik darjah yang sesuai untuk memberikan pemahaman dan pengetahuan berkaitan penerbitan dan pengiklanan.
2.1 TARIKH PELAKSANAAN
16 Jun 2015 (Selasa)
2.2  JAWATANKUASA PELAKSANA
            Penasihat                    : Pn Che Norizam Binti Abdullah – Guru Besar
            Pengerusi                    : Pn Siti Maziah Binti Abdullah- GPK Tadbir dan Kurikulum
            Naib Pengerusi           : 1) Pn Nor Shafina Binti Yasak – GPK HEM
                                                  2) Pn Norsilah Binti Dali-  GPK Kokurikulum
                                                  3) Pn Tanma Rajasegaran a/p Rajasegaran – Penyelia Petang
            Penyelaras                  : Cik Norhazalina Binti Hashim
            Setiausaha                  : Pn Rafeah Binti Badaruddin
            Bendahari                    : Cik Razliana Binti Zulkafli
            Disiplin                         : Cik Norhazalina Binti Hashim
            Jurukamera                : Encik Zulkifli Bin Saad
            Dokumentasi               : Cik Razliana Binti Zulkafli
2.3 OBJEKTIF
            2.3.1 Mendedahkan murid-murid kepada proses penerbitan buku, majalah dan coklat.
            2.3.2 Mengetahui sejarah penubuhan Galeri Ilmu dan Muzium Coklat.
            2.3.3 Menyediakan diri murid peluang untuk mendapat pengalaman pembelajaran di luar          bilik darjah dan menjadikan pembelajaran dan pengalaman yang lebih bermakna                              dan menarik.
            2.3.4 Memperkembangkan kemahiran bahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi dan                            bersosialisasi dengan masyarakat.
            2.3.5 Membentuk tingkah laku dan sikap murid untuk lebih berdaya saing.
2.4 KAEDAH PELAKSANAAN
BIL
MASA
PERKARA
CATATAN

1.

7.30  pagi
Peserta rombongan berkumpul di Dewan SK Bangsar
-       Pembahagian kumpulan
-       Taklimat oleh guru
Mendengar taklimat
2.
7.40 pagi
Sarapan di kantin


3.
8.10  pagi
Bertolak ke Galeri Ilmu


4.
9.00 pagi
Tiba di Galeri Ilmu


5.
9.05  pagi
Taklimat mengenai Galeri Ilmu – oleh wakil  Galeri Ilmu.
Catatan dibuat oleh peserta
6.
9.30 pagi
Lawatan ke Bahagian EditoriaI
Literasi Maklumat
7.
10.30 pagi
 Sesi Bergambar


8.
11.30 pagi
Mengunjungi kedai buku

Literasi Maklumat
9.
12.00 tengah hari
Bertolak ke Muzium Coklat

10.
12.30 tengah hari
Tiba di Muzium Coklat


11.
12.45 tengah hari
Melawat Muzium Coklat
Sejarah Coklat
Demo membuat coklat
Literasi Maklumat
12.
1.45 petang
Membeli-belah coklat


13.
2.30 petang
Pulang ke SK Bangsar


14
3.00 petang
Dijangka tiba ke SK Bangsar



2.5 BAHAN-BAHAN PERALATAN YANG DIGUNAKAN
            Borang kuiz dan peti kecemasan.
3.0 HURAIAN PENILAIAN TUGASAN /AKTIVITI
3.1 Taklimat kepada semua peserta berjalan lancar.
3.2 Sambutan daripada pihak Galeri Ilmu dan Muzium Coklat amat memberangsangkan.
3.3 Murid dapat menjawab soalan kuiz yang disediakan.
3.4  Murid dapat melaksanakan literasi maklumat. 
4.0 PENCAPAIAN AKTIVITI
Semua aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancer.

5.0 KEMAJUAN/MASALAH
5.1 Pusat Sumber Sekolah dapat mewujudkan jaringan sosial dengan pihak luar. Kerjasama seperti ini dapat memberikan banyak manfaat kepada warga SK Bangsar.
6.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
6.1 Semua Pengawas Pusat Sumber perlu terlibat dengan lawatan seperti ini, bukan hanya terhad kepada beberapa kumpulan sahaja.
7.0 PENUTUP
Lawatan Sambil Belajar ke Galeri Ilmu dan Muzium Coklat berjaya dilaksanakan dengan lancar. Semua peserta mencapai objektif lawatan. Peserta dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang proses edit dan penerbitan buku serta mengetahui sejarah coklat. Peserta juga mampu bekerjasama dalam kumpulan untuk melaksanakan tugasan. Semoga program ini menjadi pemangkin kepada peningkatan tahap pengetahuan serta kecemerlangan murid-murid SK Bangsar.

Disediakan oleh,                                                                              Tarikh:


………………………………………..

CIK RAZLIANA BINTI ZULKAFLI
AJK Dokumentasi,
Lawatan Sambil Belajar PSS,
Sekolah Kebangsaan Bangsar.            


 Penerangan penerbitan buku. Murid diberi peluang untuk melukis kartun menggunakan komputer.
Sesi menulis dialog kartun- kemahiran menulis

 Sesi Membeli-belah Buku
 Tiba ke Muzium Coklat
 Penerangan Sejarah Coklat 


 Demo membuat coklat
 Sesi membeli-belah coklat

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU SEJARAH WPKL

Tarikh : 15-17 Jun 2015
Tempat : SK Seri Permaisuri Kuala Lumpur
Masa : 8.00 - 4.00 petang
Modul Sejarah KSSR & Kemahiran Pemikiran Sejarah (PMS), Modul Strategi Pembelajaran dan Pengajaran , Pembelajaran Abad 21i-Think , Modul Komuniti Pembelajaran Profesional (Profesional Learning Community – PLC) SK Seri Permaisuri, KBAT, PLC, i-think, lesson study, Modul Penerapan dan Penghayatan Patriotisme













Sunday, June 14, 2015

EMEL "RUMAH TERBUKA"

Murid-murid Tahun 6 Efektif diminta menyediakan karangan bertajuk "Rumah Terbuka". Karangan perlu ditaip dan emelkan kepada Cikgu Norhazalina. Antara karangan yang telah diemelkan terdapat di bawah :