Friday, September 25, 2015

PLC BAHASA INGGERIS

14 September 2015
Tahun : 4 Dinamik
Pn Surin


LAPORAN MINGGU PSS DAN BULAN MEMBACA 2015

1.0 PENGENALAN
Program Minggu PSS dan Bulan Membaca ialah satu aktiviti tahunan yang bertujuan untuk merangsang minat murid membaca dan mendalami ilmu pengetahuan. Selain itu,program ini juga bertujuan memberi pengiktirafan dan penghargaan atas kesungguhan dan pencapaian murid-murid dalam mencari ilmu dengan membaca.
2.0 LATAR BELAKANG
Program Minggu PSS dan Bulan Membaca dapat melahirkan individu yang berilmu, bijak berfikir serta sedar tentang pentingnya membaca untuk masa depan mereka.
2.1 TARIKH PELAKSANAAN
6 – 31 Julai 2015
2.2  JAWATANKUASA PELAKSANA
Jawatankuasa yang akan melaksanakan program ini adalah seperti di bawah :
Penasihat                  : Pn Che Norizam Binti Abdullah – Guru Besar
Pengerusi                 : Pn Siti Maziah Binti Malik - GPK Tadbir dan Kurikulum
Naib Pengerusi        : Pn Nor Shafina Bt Yasak - GPK Hal Ehwal Murid
Pn Norsilah Bt Dali - GPK Kokurikulum
Pn Tanma A/P Rajasegaran - Penyelia Petang
Penyelaras                : Cik Norhazalina Binti Hashim
Setiausaha               : Pn Rafeah Binti Badaruddin
Bendahari                 : Pn Zalina Binti Mohamad
Jurukamera               : Cik Razliana Binti Zulkapli
AJK                             : Encik Taufiq Bin Ibrahim
                                     Encik Mohd Zulkarnain Bin Nordin
                                    Pn Anita Juliana Binti Muhammad
                                    Encik Zulkafli Bin Saad
                                                Pengawas Pusat Sumber
2.3 OBJEKTIF
Adalah diharapkan pada akhir program ini para murid akan dapat :       
1.Mendedahkan murid-murid tentang kepentingan membaca dan mendalami ilmu.
2.Memberi peluang kepada warga SKB menggunakan Pusat Sumber Sekolah semaksimum untuk tujuan membaca dan membuat rujukan.
 3.Melatih murid berinteraksi, yakin dan berdaya saing di antara satu sama lain.
4. Mencungkil bakat murid mewarna ihya Ramadhan dan sampul raya mengikut kreativiti.
2.4 KAEDAH PELAKSANAAN
1.         Pameran buku berkaitan puasa dan perayaan
2.         Info maklumat Ramadhan dan Aidilfitri
3.         Pertandingan mewarna Ihya Ramadhan dan Sampul Raya
4.         Pertandingan Ucapan Raya Terbaik
5.         Jualan Buletin Raya
2.5 BAHAN-BAHAN PERALATAN YANG DIGUNAKAN
            Buku, kertas A4, Buletin Raya, liminate
3.0 HURAIAN PENILAIAN TUGASAN /AKTIVITI
3.1 Menyediakan kertas kerja
3.2 Menaip Buletin Raya
3.3 Melukis kartun raya
3.4 Borang ucapan raya, pertandingan mewarna
3.5 Menyediakan hadiah pemenang
4.0 PENCAPAIAN AKTIVITI
4.1Memberi idea dan kreativiti murid dalam pertandingan mewarna Ihya Ramadan dan sampul raya.
4.2 Murid berpeluang menyampaikan ucapan raya dalam Buletin Raya.
5.0  KEMAJUAN/MASALAH
AJK program memberi kerjasama dalam menyediakan aktiviti yang telah dirancang.
Penglibatan murid amat menggalakkan.
6.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Pusat Sumber SK Bangsar perlu mempelbagaikan aktiviti yang dapat menarik minat
murid ke PSS.
7.0 PENUTUP
Program  telah  dilaksanakan dengan sistematik dan terancang yang memberi impak yang baik dari segi mencerna minda serta memupuk minat membaca dalam kalangan  warga SK Bangsar. 

Disediakan oleh,                                                                

………………………………………..

(CIK NORHAZALINA BT HASHIM)