Saturday, February 10, 2018

LITERASI MAKLUMAT ARTIKEL MAJALAH

10 Februari 2018 Sabtu

Perjumpaan kedua Kelab Pusat Sumber Sekolah

Cikgu Norhazalina Binti Hashim menerangkan cara memilih artikel majalah dan cara menulis maklumat artikel yang dipilih.
Cikgu Zalina membimbing murid memilih artikel yang sesuai.
Murid memilih artikel majalah dalam kumpulan.

Friday, February 9, 2018

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2018

9 Februari 2018


Barisan murid Prasekolah Sayang dan Pintar
Mengadili sepanduk terbaik
Perarakan Sambuatan Maulidur Rasul murid bersama guru

Bacaan ayat suci Al-Quran disampaikan oleh adik Raidah Alieya Bt Shaharudin dan adik Nabilah Humairah Bt Mohd Nazri dari tahun 5 Bakawali. Ayat suci al-Quran yang akan diperdengarkan daripada surah Muhammad bermula ayat   1  hingga ayat 11. 
Ucapan Perasmian oleh Encik Soharto Bin Baharen Guru Besar SK Bangsar

Persembahan Nasjid

Ceramah Maulidur Rasul yang bertemakan “Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara” yang akan disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohammad Khidir Bin Ngah dari SK Setapak Indah.
Kuiz spontan
Penyampaian hadiah pertandingan sepanduk dan perbarisan terbaik. Tahniah

Thursday, February 8, 2018

TEKS JURUACARA MAJLIS MAULIDUR RASUL SEKOLAH KEBANGSAAN BANGSAR 2018

MASA
CUE
PENGUMUMAN       
CATATAN
8.30
pagi
Kata alu-aluan
Melayang serindit di atas permatang, 
Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang, 
Awal Bismillah pembuka bicara.

Bismillahirrahmanirrahim.....

Yang Berusaha,
Encik Soharto Bin Baharen,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bangsar

Yang Dihormati,
Puan Siti Maziah bt Malik,
Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum,

Puan Norsilah bt Dali,
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

En.Ikhwan Najib bin Badar,
Guru Penolong Kanan Kokurikulum,

Barisan pendidik Sekolah Kebangsaan Bangsar,
dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum w.b.t. ***

Lina
8.35 pagi
Ucapan Pengerusi Majlis

Syukur ke hadrat Ilahi  dengan izinNya kita berhimpun bagi tujuan sambutan Maulidur Rasul peringkat SK Bangsar bagi tahun 2018.
Majlis ini untuk mengenang jasa dan pengorbanan Nabi Muhammad s.a.w. Rasulullah SAW sebagai seorang insan kamil yang tinggi keperibadian dan tiada tolok tandingnya. Maka baginda perlu dijadikan ikon perpaduan ummah.
Tema pada tahun ini adalah  “Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara”
Semoga usaha kita ini mendapat kebaikan dan keberkatan daripada Allah s.w.t. InsyaAllah.

Shairol
8.40 pagi
Bacaan Doa
Bunga mawar cantik tersemat, 
Dipetik gadis di tepi titi,
Doa dibaca memohon rahmat,
Moga majlis sentiasa diberkati.

Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, majlis menjemput Al-Fadhil Ustaz Ahmad Fathy Bin Mohd Safri  untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Aamiin, ya robbal ‘aalamin...

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Al-Fadhil Ustaz Ahmad Fathy Bin Mohd Safri atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Lina



8.45 pagi
Bacaan Ayat Suci Al-Quran
Hadirin dan hadirat yang di Rahmati Allah sekalian,

Marilah kita bersama-sama untuk menghayati bacaan ayat suci Al-Quran yang akan disampaikan oleh adik Raidah Alieya Bt Shaharudin dan adik Nabilah Humairah Bt Mohd Nazri dari tahun 5 Bakawali. Ayat suci al-Quran yang akan diperdengarkan daripada surah Muhammad bermula ayat   1  hingga ayat 11. Dipersilakan.

Shodakollahul ‘azim...
Indahnya ayat al-Quran yang telah diperdengarkan tadi. Setinggi penghargaan kepada adik Raidah Alieya Bt Shaharudin dan adik Nabilah Humairah Bt Mohd Nazri   dari 5 Bakawali atas komitmen bacaan al-Quran itu tadi.

Shairol
9.00 pagi
Ucapan Dan Perasmian Guru Besar

Sudilah tuan tampil ke depan,
Tampil ke depan menyambut salam;
Sudilah tuan beri ucapan,
Beri ucapan pemanis kalam.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis diteruskan dengan menjemput Encik Soharto Bin Baharen Guru Besar SK Bangsar untuk menyampaikan ucapan dan  seterusnya merasmikan Sambutan Maulidur Rasul bagi tahun ini.Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Encik Soharto Bin Baharen Guru Besar SK Bangsar atas ucapan dan kesudian merasmikan majlis sebentar tadi.


Lina









9.30 pagi











10.00 pagi


Persembahan






Rehat – Murid Tahun 6

Dari Kedah ke Kuala Perlis,
Singgah bersantai di tepi jeti,
Persembahan pembukaan memeriahkan majlis,
Semoga hadirin terhibur hati.

Hadirin yang dihormati,

Kita serikan majlis kita pada hari ini dengan
persembahan murid.

Majlis menjemput kumpulan nasjid sekolah untuk membuat persembahan nasjid yang bertajuk Rasulullah dan hambamu Allah. Dipersilakan

Terima kasih atas persembahan nasjid sebentar tadi. Untuk pengetahuan hadirin sekalian persembahan nasjid tadi di bawah bimbingan Ustazah Nik Khadijah dan Ustazah Norhalira.

Rehat murid Tahun 4 dan 5

Shairol
10.30 pagi
Ceramah
Berkat rimbunnya si pokok jati,
Tempat burung selalu bertemu,
Sekali hidup biarlah bererti,
Isikan akal dengan ilmu.

Masa yang ditunggu sudah tiba.
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,

Majlis pagi ini akan diteruskan dengan ceramah Maulidur Rasul yang bertemakan “Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara” yang akan disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohammad Khidir Bin Ngah dari SK Setapak Indah.
Majlis dengan ta’zimnya mempersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada  Al-Fadhil Ustaz Mohammad Khidir Bin Ngah atas ceramah yang telah disampaikan sebentar tadi. InsyaAllah segala ilmu yang telah disampaikan dapat sama-sama kita amal dan sampaikan kepada orang lain.

KUIZ SPONTAN
Dijemput Ustaz untuk menyampaikan hadiah kepada murid yang menjawab soalan dengan tepat

Lina
11.40 pagi
Penyampaian Cenderahati Dan Hadiah
Hadirin dan hadirat sekalian,

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderahati kepada Yang Berbahagia Al-Fadhil Ustaz Mohammad Khidir Bin Ngah.
 Untuk menyempurnakan upacara tersebut, Majlis dengan ini  menjemput dan mempersilakan Ustaz Najib Bin Jamri Penyelaras Sambutan Maulidur Rasul untuk mengiringi Encik Soharto Bin Baharen Guru Besar SK Bangsar menyampaikan cenderahati  kepada Yang Berbahagia Al-Fadhil Ustaz Mohammad Khidir Bin Ngah. Dipersilakan. 

Terima kasih, syukran jazilan yang berbahagia  Al-Fadhil Ustaz Mohammad Khidir Bin Ngah atas kesudian bertandang ke SK Bangsar

Shairol

Hadiah pemenang
Hadirin sekalian,
Seterusnya diumumkan pemenang bagi pertandingan m sepanduk dan perbarisan terbaik
Pertandingan Sepanduk Terbaik

Saguhati :
1.
2.
3.
Tempat ketiga :
Tempat kedua :
Tempat pertama :

Perbarisan terbaik :

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Encik Soharto Bin Baharen Guru Besar SK Bangsar di atas kesudian menyampaikan hadiah kepada para pemenang sebentar tadi.

Lina
11.50 pagi
 PENUTUP
Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian,

Tuan puteri tersenyum-senyum,
Melihat mempelai direnjis dipilis,
Senyum-senyum jangan tak senyum,
Sudah kita di penghujung Majlis.

Saya mewakili majlis, ingin mengucapkan ucapan rasa syukur dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan majlis kita pada hari ini samada secara langsung mahupun tidak. Moga kita semua akan beroleh keberkatan daripada-Nya.

Dikesempatan ini, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang mengacarakan majlis ini.

Sebelum mengundur diri sambutlah salam manis untuk semua dan disudahi dengan lafaz suci. Wabillah hitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.

Dijemput kepada Encik Soharto Bin Baharen Guru Besar SK Bangsar dan  barisan pentadbir mengiringi Yang Berbahagia Al-Fadhil Ustaz Mohammad Khidir Bin Ngah untuk menikmati jamuan  di kantin sekolah, dipersilakan.


Shairol