SEJARAH SEKOLAH

Sekolah ini telah didirikan pada penghujung tahun 1958.
Pada mulanya ia terdiri dari 6 buah bilik darjah dan sebuah pejabat pentadbiran.

1.2.1959
Sekolah ini mula dibuka dan hanya dua buah bilik sahaja digunakan.Guru Besarnya ialah Puan Echom Bt. M. Bakar.Pada masa ini hanya terdapat dua orang guru dan dua orang pekerja sahaja.
11.7.1959
Telah dianugerahkan Perisai Genap 100 tahun Kuala Lumpur.
3.1.1960
Menggunakan 4 buah bilik darjah dan murid seramai 130 orang serta gurunya bertambah kkepada 3 orang.
1.4.1963
Guru Besarnya telah bertukar ke SK Ulu Kelang dan tempat beliau telah diganti oleh Encik Abu Bakar Bin Abdullah.
12.1.1964
Encik Musib Bin Chik telah menjadi Guru Besar yang baru.Bilangan murid telah bertambah kepada 673 orang,guru 21 orang dan bilanmgan kelas adalah 10 kelas pada sesi pagi dan 5 kelas pada sesi petang.
9.8.1964
Persatuan IbubapaDan Guru (PIBG) telah ditubuhkan.Penaungnya adalah Tuan Haji Ismail Bin Panjang Aris iaitu Pesuruh Jaya Ibu kota.
19.10.1967
Rombongan dari Negara Jepun telah melawat sekolah ini diketuai oleh Encik Saburo Kanemaru.
Beliau adalah merupakan Gabenor Kogoshima,Jepun.
3.4.1968
Lawatan dari Negara Sepanyol diketuai oleh Encik Beatruz De Audia ke sekolah ini.
7.5.1968
Lawatan dari Bangkok,Thailand diketuai oleh Encik Pairoh Tandital iaitu Principal Colledge Of Education Sukumvit.
20.1.1972
Rombongan dari Negara Jepun (Nagoya) telah datrang melawat sekolah ini diketuai oleh D. Hottori dan berbincang mengenai hubungan sekolah ini dengan Sekolah Nagoya Jepun.
16.1.1973
Perjanjian sekolah Angkat di antara SK Bangsar dengan Minicipal Takayi Elimentary Schwe,City Of Nagoya,Jepun telah dimetri.
19.2.1973
Rombongan seramai 12 orang pegawai Pelajaran Daripada Indonesia datang melawat SK Bangsar.
30.8.1977
YMM Tuanku Ampuan Besar Kursiah telah melawat dan menyampaikan derma kepada 50 orang anak anak yatim.
20.1.1977
Encik Musib Bin Chik (PJK) telah bersara dan tempatnya diambil alih oleh Guru Penolong Kanan iaitu Encik Hassan Bin Omar.
23.1.1978-
Jemaah Nazir Sekolah Sekolah Persekutuan diketuai oleh Encik Ahmad Bin Saman telah melawat sekolah ini.
26.4.1979
Encik Hiroshi Sugno dan Encik Kazuyuki Sato melawat sekolah untuk Penggambaran Filem.
5.3.1980
Ribut besar telah berlaku mengakibatkan kerosakan Bangunan Blok C,Pejabat Guru Besar dan Bilik Air Bangunan Blok B dan hampir 50% buku dalam perpustakaan telah rosak.
12.4.1981
Pesta berkhatan beramai ramai anjuran PIBG telah dirasmikan oleh YB Menteri Wilayah Persekutuan Dr. Sulaiman Hj Daud.
25.5.1981
Sekolah ini telah mengalami banjir yang teruk.Air naik di Bangunan Blok D sebanyak 3 kali,murid yang hadir hanya seramai 273 orang daripada 923 orang.
23.8.1981--26.8.1981
Guru Besar telah menghadiri Seminar di Fraser Hill (Program NADI).
14.9.1981
Guru Besar menghadiri Jubli Perak Jemaah Nazir Persekutuan Di Faderal Hotel KL. Guru Besar encik Hassan Bin Omar telah bertugas di sekolah ini sehingga tahun1982.Kemudian tempat beliau telah diganti olehTuan Haji Baharin Bin Mohd. Lazim bermula pada tahun 1983 dan bersara pada bulan Oktober 1990.Jawatan Guru Besar kemudiannya disandang oleh Encik Amri Bin Derawi@encik Mohd Napiah telah mengambil alih pada tahun 1990 sehingga tahun 1991 dan telah bertukar kebahagian Peperiksaan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan sebagai Penyelia Peperiksaan Sekolah Rendah. Sementara menunggu kedatangan Guru Besar baru,tempat itu telah pangku oleh Puan Hajjah Umi Kalsom Binti Haji Abdul Latiff(Guru Penolong Kanan Tadbir Dan Kurikulum)
16.4.1992
Guru Besar baru telah datang dari sekolah Menengah Rantau Panjang,Batang Berjuntai,Selangor iaitu Encik Harrun Bin Haji Ali.Bilangan murid telah meningkat kepada 1961 orang (Pagi dan Petang),50 buah bilik darjah (25 pagi dan 25 petang),80 orang guru dan 9 orang kakitangan sekolah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...