Flipbook.

Saturday, April 16, 2011

Karnival Permainan Tradisional

SK Bangsar telah dijemput untuk menyertai Karnival Permainan Tradisional pada 16 April 2011 yang bertempat di IPG Kampus Bahasa Melayu. Permainan tradisional yang diadakan ialah tuju tin, batu seremban, sepak raga dan dam haji. Semua murid melibatkan diri secara aktif dalam setiap permainan yang disediakan. Murid-murid dapat mengetahui maklumat dan peraturan permainan tradisional yang telah ditelan zaman. Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang menang dapat pertandingan tradisional. Pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada IPG Kampus Bahasa Melayu yang memberi layanan yang amat mesra.
Bas yang disediakanTiba di IPG Kampus Bahasa Melayu
aktiviti memanaskan badansarapan
Permainan dam hajibermain congkakTuju tinsepak ragaGuru pengiring menerima cenderahatiHadiah yang disediakanhadiah untuk pemenangGambar bersama murid-murid SK Bangsar, guru pelatih KPLI SR-BM
Makanan tengah hari nasi putih, ayam rendang, telur dadar dan sayur campur

Monday, April 11, 2011

Minggu Kerjaya

Tarikh : 11 - 15 April 2011
Anjuran : Unit Bimbingan dan Kaunseling

Saturday, April 9, 2011

Pameran Bertema "Sayur-sayuran"

Pusat Sumber SK Bangsar sedang mengadakan pameran bertema "Sayur-sayuran" pada 4 hingga 29 April 2011 yang bertempat di PSS. Aktiviti yang diadakan ialah pameran sayur-sayuran, soalan kuiz, pertandingan mewarna dan pengunjung bertuah. Setiap aliran dan kategori akan diberikan hadiah. Jangan lepaskan peluang anda. Tambahkan ilmu anda dengan membaca.
Murid menulis jawapan soalan kuiz.

Peraduan mewarna "sayur-sayuran"Murid-murid menjawab soalan kuiz di sudut pameran PSS

Majlis Perpisahan Puan Norhayati Binti Tokis

Majlis Segunung Kasih Selaut Budi telah diadakan pada 6 April 2011 untuk majlis perpisahan Pn Norhayati Binti Tokis Guru Penolong Kanan HEM yang telah berpindah ke Sarawak. Pihak Pusat Sumber ingin memohon maaf kiranya ada salah dan silap. Kami mengucapkan selamat bertugas di tempat yang baru. Moga pengalaman mengajar di SK Bangsar akan kekal dalam ingatan.
Ucapan wakil guru oleh Encik Rosdan
Ucapan Guru Besar - Tuan Haji Nordin Bin Yaman
Hadiah untuk Pn Norhayati daripada pihak sekolah

Bergambar bersama Encik Ismail Bin Ahmad - GPK Kokurikulum

Ucapan daripada Pn Norhayati - GPK Hal Ehwal Murid

Band sekolah
Nyanyian lagu " Masihkah kau ingat"
Sijil Penghargaan daripada pihak sekolah yang disampaikan oleh Tuan Haji Nordin Bin Yaman Guru Besar SK Bangsar
Cenderahati daripada Pn Norhayati buat SK Bangsar
Hadiah daripada pihak wakil pejabat

Wednesday, April 6, 2011

Lawatan Sambil Belajar ke Putrajaya 2011

Lawatan sabil belajar ke Putrajaya telah diadakan pada 5 April 2011 bersamaan hari Selasa dengan kerjasama Pusat Sumber Sekolah dan Prasekolah. Seramai 9 orang guru pengiring yang diketuai oleh Cik Norhazalina, Cik Amie, Cik Nurfazliah, Cik Suzana, Pn Masrina, Pn Juliana, Cik Akma, Encik Mohd Nazir dan Encik Zulkifli. Manakala murid seramai 80 orang yang terdiri daripada murid-murid prasekolah, murid Tahun 5 dan 6.
Murid-murid diberi taklimat ringkas oleh Cik Norhazalina Hashim sebelum berangkat ke Putrajaya.Murid-murid beratur menaiki bas
Pemandangan dalam bas
Murid-murid berkumpul di jeti putraMurid-murid beratur masuk ke dala kapal cruisePenerangan penggunaan jaket keselamatan
Kami diberi peluang bergambar di atas kapal cruise



Murid-murid membeli-belah

Tiba di Masjid Putra

Masjid Putra

Sesi bergambar murid-murid prasekolah

membeli-belah di Masjid Putra
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...